Posts

Showing posts from 2006

streamyx !

setelah sekian lama aku tidak mengonline-kan diri. aku sekarang berada di cc yg haram x best..air cond rosak dan pc yg agak lembab. tp fantasy football punya pasal..aku gigihkan jugakla. apa yang aku dapati setelah sekian lama tidak online ini ialah: 1.tiada offline msg di YM. 2.tiada apa2 di frienster. 3.e mail2 yg bodo. jadi aku igt lepas aku tulis ni..aku mau chow. pindah rumah adalah sangat meletihkan. cc ini juga adalah sangat islamic kerana kat monitor dia ada tertulis; DILARANG MENCAPAI MAKLUMAT ATAU LAMAN BERUNSUR LUCAH. ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT. potonggg....

mabuk.tapi.

pagi tadi , saya telah berbual dengan apek yang mabuk. dia datang bawak lori untuk angkat sampah2 besar kat rumah lama saya. dia maki saya mcm2. saya tunjuk sampah2 untuk dia angkat. lepas dia angkut semua letak dalam lori, dia mintak air dekat saya. saya pun cakap air minum ada dekat belakang rumah. bila dia pegi belakang rumah , saya pun chow. sekian.

jom lepak cc.

hi blogku! lama aku x jenguk kau.. keadaan sekarang agak tak terurus disebabkan aku nak pindah rumah ni akaun streamyx pon aku dah cancelkan takpelah blog , nanti time aku dah pindah , dah ada streamyx , aku layan kau ye. sekian.

aku dia dan keyboard

streamyx yg masih rosak di rumah. dan aku dah tak bekerja lagi. ini bermakna aku semakin jarang online. komputer di dalam bilik aku , di rumah , juga semakin lama dah tak disentuh sebab mak dan adik aku dah buat port layan cerita prison break. hari ini baru aku sedar, lama jugak aku dah tak pegang keyboard..hehe. oklah , masa untuk pegi komen blog orang...layannn zass..

sang adam dan hawa.berbisik di syurga.

mula mula berita penting. pasukan bola sepak malaysia bermula garang di doha . mereka tewas kepada oman... arsengal , bangun setelah jatuh. mereka tewas kepada fulham.... sekian. si kacang. dia merajuk , aku pujuk. dia merajuk lagi , aku pujuk lagi. aku pula cuba buat2 nak merajuk , tapi bila dia tgk aku merajuk , dia pun merajuk. last2 aku juga yang pujuk. tapi aku suka. esok hari terakhir aku di sini. dari jauh kelihatan beberapa warga uptm sedang berbual sakan. dan aku tersenyum sendiri.tanpa sebarang alasan...

ada adik bertanya abangnya.

di kaca tv kelihatan pelakon ida nerina dengan pakaian 'stylo' nya. bahu kiri tertutup manakala bahu kanannya terdedah. adik: dia ingat lawa la baju mcm tu abang: orang lelaki patut ada baju mcm ni. adik: kenapa? abang: kalau pergi umrah senang nak tawaf. selamat hari lahir adikku , satu satunya adikku , farah farhanah.

bab 2 : mimpi dan alamat

suatu ketika dahulu , ibuku pernah bermimpi tentang puan seri (isteri menteri besar negeri sembilan ketika itu) datang berjumpa beliau dengan pakaian serba putih. tidak berapa lama selepas itu , puan seri telah meninggal.. 2 hari lepas , datin zainon , kawan beliau memberitahu bahawa dia telah bermimpi tentang ibuku. datang kepadanya. dengan pakaian serba putih... si kacang bertanya, "apasal awak mcm rileks je.." karam singh walia pernah berkata , rumah terbakar nampak apinya , hati terbakar siapa yang tahu.. ok abaikan kata2 karam singh walia. mcm tiada kaitan.

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

seorang pegawai sedang tersenyum ketika menerima pc barunya. sedang aku memasang pc itu , dia bertanya, "baru ke?" aku menerangkan kepada beliau bahawa keseluruhan pc adalah baru termasuk lcd monitor dan wireless mouse dan keyboard. kemudian beliau membuat muka blank selepas aku bercakap dengan panjang lebar. kemudian brader jen bersuara , "ha ah baru..dia budak praktikal". "oh.. praktikal.." kata pegawai itu. i maluuuuuuuu....

menayar.

bagaimana weekend anda ? aku menempuh malam minggu yang menyakitkan hati sebab arsengal draw 1-1.lagi. same old story. ahad malam pula sungguh mencabar.sila baca karangan di bawah. MALAM AHAD SAYA. pada hari ahad malam yang lepas, saya telah pergi ke open house dr badrul , timbalan pengetua kolej burhanudin helmi ukm. tujuan saya menghadiri majlis ini ialah kerana saya hendak menunjukkan muka saya kepada beliau , jadi mungkin beliau akan membantu saya untuk stay kolej sem hadapan. kalau tidak , saya memang malas hendak ke bangi. keji kan perangai saya? semasa dalam perjalanan ke bangi , saya merasakan sesuatu yang tidak kena. rupa-rupanya tayar kereta telah terlanggar lobang dan pancit. tapi saya tenang saja , sebab saya kan kool dan kacak. eh eh tersyok sendiri pula saya. ketika itu hujan renyai2 dan saya baru keluar dari tol seremban. saya membuat keputusan untuk jalan dgn slow hingga ke hentian seremban. sebab kalau saya berenti tepi kat lebuhraya itu , mungkin bahaya menanti dan sa

kafe siber

di atas sebab2 tertentu , semalam aku sempat menyinggahkan diri di cyber cafe.. banyak betul orang kat situ..budak2 umur 4 tahun pon dah pandai lepak cc skarang. dan harga sejam 1.50 je. murah kan? aku cakap murah sebab aku pernah lepak di cyber cafe di beberapa tempat dan ia mmg sgt jauh berbeza dengan di cc yang aku pergi semalam... ketika aku di Ho Chi Minh city , aku terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan internet.biasanya aku pergi sorg2 je sebab aku dah biasa kat sana.tempat itupun bukanlah cyber cafe , tapi hanyalah satu showroom mengenai sebuah perkhidmatan internet yang baru di situ.jadi orang ramai boleh testla internet service diorg power ke x..free beb.. dan , yang paling penting sekali ialah , ondway pergi ke situ , aku terpaksa menolak banyak pelawaan ayam atau pelacur yang anda boleh lihat di mana mana , dan harga mereka adalah sangat murah.. aku juga terpaksa mengisi satu borang survey untuk syarikat tersebut setiap kali selepas menggunakan internet..b

transformasi ke stereo.

brader bo cakap , " kau kerja kat sini untuk menggemukkan badan " aku gelak saje. semalam ada makan makan.lagi. semalam juga aku pergi memasang pc baru di jabatan perancang bandar dan desa . siap dgn monitor lcd yg besar serta wireless keyboard dan mouse. pengarah dan pegawai tertentu jela yang dapat.. memasang pc adalah senang, tapi aku harus menempuh pelbagai soalan seperti; takkan 5 bijik je? abes kitorg yang lain tak ada? pc ni tak datang dengan meja baru sekali ke? ni bagus ke tak bagus komputer ni? (,")

konspirasi bising internasional

ok selamat pagi semua. aku terpaksa menunggu seseorang..dan difahamkan bahawa menunggu adalah pekerjaan yang tkde sape2 pon yg suka.. di sini aku cuba senaraikan apa yang aku kau korang manusia lakukan dalam hidup mereka.. manusia berubah manusia menipu manusia dengki manusia hipokrit manusia mengingkari janji manusia syok sendiri manusia lupa manusia leka dan lain lain lagi...perkara ini kita akan lakukan dengan sengaja/tak sengaja/tak sedar atau apa2 lah.. ok aku cuba kasi contoh pasal manusia menipu. jika anda berjanji dengan seseorang , datanglah 10 minit lewat. jika dia berkata , "aku ondway"; maksudnya dia baru nak jalan. jika dia berkata , "aku dah nak gerak"; maksudnya dia baru nak siap. jika dia berkata , "aku tgh siap"; maksudnya dia masih baring dan bermalas-malasan. jika dia berkata , "5 minit lagi sampai"; maksudnya 15 minit lagi dia sampai. manusia menipu.

suralaya dalam D major.

Image
alo. hari ini telah diadakan 'majlis makan sakan bersama rakan' di depatment aku.Ok jika korg rasa nama majlis ni agak poyo,err...mmg pon.sbb aku baruje reka.cam menarik aje bunyiknya. disebabkan kekenyangan yang melanda, pada waktu tghari aku telah membuat keputusan untuk ke masjid negeri yang tak berapa jauh dari sini.ini adalah disebabkan masjid ini dilengkapi dengan aircond di setiap sudut dan membuatkan anda akan berasa seperti di moscow. dan yang paling penting.lepas solat zohor aku bolela tido kat situ.ok mungkin perbuatan ini berbunyi keji tapi mmg ramai org baring kat situ lepas semayang...(ayat backing diri sendiri) gambar ini tiada kaitan dengan cerita..aku hanya sekadar nak berkongsi rasa kekecewaan aku terhadap 'sumpahan emirates' yang berlaku kepada arsenal..4 perlawanan berlaku perkara yang sama, arsenal mengawal setiap penjuru padang dan menyerang bertubi tubi..tetapi hanya berkesudahan dengan seri. dan akhirnya minggu lalu..mereka tertewas.. "ah ci

horia teria ho

Image
orang suruh kerja aku pegi tulis blog. aku terlupa bahawa penyelia aku di pejabat ini , kak zaimah memberitahu aku semalam yang dia ada membaca blog ini. ini bermakna...alamak..err..yang aku cerita aku tido kat surau dulu2 tu aku main2 aje. (kantoi) tapi takpe kot..seba b kak zaimah adalah seorang yang menyukan (sporting) jadi die paham anak2 buah die ..yela kot..kan kan.. alahai... aku juga telah meletakkan link beliau kat tepi ni sebagai taktik mengambil hati beliau.dengan tindakan aku ini mungkin beliau akan menganugerahkan aku anugerah pelajar praktikal paling berwawasan dan bersahaja.hahha. nampaknya semakin mengarut. banyak filem yang ditayangkan pada hari raya kat tv haritu..siap pontianak pon ada.tak ada kaitan dengan raya langsung.bila aku tgk cerita pontianak ni aku telah menyedari bahawa banyak filem yang aku tunggu2 tayangannya selama ini..ialah dalam kategori filem seram.. 1.puaka tebing biru. aku mmg ikut perkembangan filem ni dari proses pembikinannya lagi sebab ianya

awie arni mawi ina siti nurhaliza dato k

hujan turun lagi. oleh kerana pejabat bapak aku tidak berapa jauh dari sini, aku sering menjadi orang tgh bagi urusan bapak aku.sebagai contoh, hari ini aku terpaksa menghantar cek kepada office boy bapak aku yang takla 'boy' sangat..aku pon panggil die pakcik je.tapi die panggil aku 'abang'. manja gitu. "abang..tn. hj. ada kirim cek kan..pakcik datang ya?" "ok..hujan ni pakcik ..takpe ke?" "takpe.." "ok.tunggu saya dekat bawah.dekat kereta saya" dalam perjalanan aku sempat singgah di pondok jaga untuk meminjam payung.pak guard itu sedang mengaji. ok dalam hujan lebat juga aku dengan yakin melangkah untuk menyerah cek kepada pakcik...tetapi.. tetapi... cek itu tak ada...mana cek tu... "pakcik..penat saya carik ni..tak adala..err..esok dtg lagi...saya carik dulu? " kelihatan seorang lelaki tua membawa motor di dalam hujan. pak gurd pula masih mengaji. nyanyi dalam hujan. nyanyi dalam hujan. bergembira selalu. angkat tanga

aku masih hidup.

hi korang semua.. macamana raya? best tak? apesal tak best? ok la tu..nak best camana lagi... raya aku setakat ini boleh tahanla..7 buah rumah..1 wayang , beberapa buah drama dan 2 game bola.dan akhirnya aku menulis blog.. drama raya. drama raya adalah sesuatu yang perlu ada ketika raya.biasanya akan ada dua jenis drama raya yang akan kita tonton iaitu drama sedih dan drama komedi.tetapi drama pilihan aku ialah; drama menyayat hati di bulan syawal drama ini biasanya mempunyai tajuk yang lebih kurang , iaitu 'sebening syawal' 'sayu gema takbir raya' 'sehelai selendang putih' 'pondok buruk' dan lain lain tajuk yang boleh menimbulkan mood-mood sedih kau orang la. drama ini akan mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri tua yang hidup dalam keadaan yang miskin dan susah..dan mereka mempunyai anak yang derhaka dan biasanya pada tahun itu , anak mereka ini akan pulang beraya. tapi sayang , segalanya terlambat...mungkin si ibu atau si bapa telahpun meningga

selamat hari raya jumaat

hi korang semua.. sejak akhir2 ini aku sibuk membuat inventori komputer di jabatan2 lain.kerja aku hanyalah perlu mengambil no siri semua komputer yang ada di sebuah jabatan tu..kemudian conteng CPU tu no siri baru dia pakai marker.aku terpaksa pergi bersama makcik2 yang wujud kat jabatan aku ni.jadi nak diikutkan kerja ini taklah mengambil masa yang lama..tp aku terpaksa menunggu makcik ni berborak dgn member2 mereka.. sbg contoh , unit audit dalam hanya mempunyai 4 buah komputer , tetapi terpaksa mengambil masa yang lama kerana makcik team aku ni sempat bertukar2 resipi kuih raya.. menarik kan? sempena hari jumaat , aku mau mengajak korg yang tak sembayang jumaat tu (kalau ade)supaya bawak2la semayang jumaat. kepada selalu yg dtg lambat , dtgla awal supaya bole dgr khutbah. kepada selalu yang dgr khutbah , dgr2 dan hayatilah isi khutbah tu. oh ya , aku pernah membaca khutbah di sekolah aku dulu.. jom jom kite flashback ke zaman skolah.. pagi itu aku berasa sangat ngantuk dan tiada mo
Image
ok macam blog lain.... setelah sebulan kita berpuasa , dari subuh hinggalah ke zohor. ops. maghrib.. marilah kita meraikan hari kemenangan umat islam... dengan ingatan tulus ikhlas dari faridfadhly.blogspot.com maaf Zahir Batin

cakap siang pandang pandang.

P arking lot di pejabat aku mmg sangat terhad menyebabkan aktiviti double parking atau memblock kereta orang adalah aktiviti yang 'dipandang mulia' di sini . jadi kereta yang memblock biasanya akan disertakan dengan no phone , bagi memudahkan orang yang di-block memaki hamun atau memarahi orang yang mem-block kereta mereka... dan aku baru je turun bawah tadi untuk mengalihkan kereta... lepastu aku tak terus balik..sbb alang2 aku dah berjalan tu..aku pegila surau untuk tidur sepam dua.sungguh buruk perangai korg..eh maksud aku perangai aku..dan sekarang aku masih lagi dalam keadaan lalok lalok ubi.wujud ke istilah lalok lalok ubi tu? aku main type aje. lantaklah , baik aku tulis blog lagi best. cakap siang pandang pandang. petang itu aku menegur solehah , pelajar praktikal yang wujud di pejabat ini.seperti aku. tapi dia ni dekat department lain. aku membuka topik mengenai kerja2 yang telah dibuat dan bagaimana menjalani kerja seharian. "aku takde keje langsung..bosanlah&q

gelap akan hilang.malam kan bertukar siang.

Image
hi semua... 2 hari berpuasa di perantauan membuatkan aku sangat penat dan berazam untuk mendapatkan rehat yang cukup pada hari ini.beberapa teknik rehat yang cuba aku praktikkan ialah tidur , baring , berguling2 ke kiri dan kanan , tidur , bukak tv dan kemudian tidur di depan tv dan tidur. wow..sungguh banyak cara yang aku praktikkan kan? tapi bila tgh tidur tu tiba2 je badan aku dengan sendirinya pergi ke pc dan kemudian menulis blog.wow hebat kan aku? (sila angguk) oh 'perantauan' yang aku ckp tadi tu takde lah pergi mana pun..merempat di rumah bujang member aku dan mengedai (shopping) seharian suntuk semalam...'perantauan' la tu kan?..ala kire cincaila.. cerita mengenai puasa di perantauan ni membuatkan aku nak cerita sikitla time aku puasa time pegi umrah dulu.Bila time mcmni Mekah adalah sangat sesak..semua jalan adalah mcm jalan TAR..sesak abes..tapi yg bestnya bila tiba time sembayang semua jalan tu tiba2 je kosong..siap dengan tauke2 kedai sekali pun hilang..kal

16 ramadhan.

halo semua orang. hari ini adalah hari tidur. petang tadi aku telah dikejutkan oleh brader jen (jendul)..aku bangun sekejap dan kemudian ingin menyambung tidur , sekali tgk jam dah pukul 5 dan sejurus selepas itu badan aku tiba-tiba menjadi 'cargas' seperti baru lepas minum pawarut. dalam beberapa saat aku telah melesapkan diri dari pejabat dengan jayanya. ok dalam perjalanan pulang aku sempat singgah di bazaar dan aku dapat memerhatikan kewujudan ramai budak2 skolah memakai baju batik outing mereka..ya aku kenal baju tu..budak smap rupanya.teringin pulak nak pakai baju batik outing tuh.. beli kebab.roti jala.puding caramel. pukul 7 aku di meja makan. ada kebab.roti jala.puding caramel. seperti ada yang tak cukup..ape aa? oh. family aku yang tak ada rupanya. berbukalah aku seorang diri di rumah.. angkat keyboard tanda simpati kat aku. p/s: malam ni apeeee? bolaaaaa...

fikir dulu.sebelum buang.

setelah membaca tentang orang tak bertamadun di blog akirasuri. aku pernah mengalami satu kejadian aneh dan mistik , tahun lepas. ketika aku sedang mendaki great wall of china , beijing , aku telah berniat untuk menconteng nama di situ dengan alasan, kalau sampai ke situ lagi suatu hari nanti..bolehla tgk balik nama aku tu. dan. ketika dalam perjalanan aku melihat sekeliling.orang china mungkin tidak ada di situ.tapi bermacam2 jenis masyarakat di dunia ada di situ.putih dan hitam.mata sepet dan mata merah.orang arab dan tidak lupa juga orang utan <-- percubaan membuat lawak. jadi dalam perjalanan aku membuang sampah dengan penuh konfidennya. "tak maula buang sampah kat negeri org dik.buat malu je" tegur seorang lelaki. "tak kentangla mcmni" <-- ayat penyedap cerita oh. orang malaysia pun banyak di situ.niat menconteng dinding juga turut terhenti selepas itu. mistik kan kan? sila angguk 3 kali. p/s: jangan buang sampah merata rata.

gadis mencaduk.

Image
pernahkah anda puasa 'setengah hari' masa kecik2 dulu? aku pun. tapi semalam aku dah tak puasa setengah hari dah.. semalam aku puasa 3 jam. lepas sahur tidur.bangun pukul 11. pukul 12 tidur balik. bangun pukul 5. hebat kan...puasa 3 jam. jadi disebabkan aku dah 'mencapai kejayaan' yg cemerlang..aku telah membuat keputusan untuk menulis blog.mungkin kat sini aku bolehla meng-ekspresikan kebanggaan aku.. ha ha. di sini aku ingin cerita pasal perempuan lawa. apa yg ada pada perempuan lawa ? biasanya lelaki akan teruja jika ada 'aweks hot'. jadi kerana inilah perempuan lawa perlu digunakan sebagai model barangan dan produk. sebuah filem juga memerlukan heroin yang ada rupa dan mantap. pelbagai jawatan2 utk perempuan lawa juga telah wujud seperti gadis litar la..awek bagi hadiah kat podium..dll. wujud juga 'gadis booth' selalunya kalau ada pameran mcm pc fair tu...kerja diorg ni hanyalah melepakkan diri di booth untuk menarik perhatian pengunjung utk pergi ke

iklan.

Image
"mana perginya 3 orang itu ya?"mereka bertanya. mereka tidak tahu. mana hilangnya tuan doktor yang mereka harapkan. "lihat orang itu..kita akan sentiasa mempunyai harapan jika beliau masih ada" kata mereka sambil menunjuk ke arah john locke.orang tua itu. tua tapi berbudi. keras tapi mengerti. a tale of two cities.apakah nasib jack , kate dan sawyer yg ditangkap oleh 'others'. pembukaan season 3 .malam ini.( jadi esok baru bole download. ) sekian saja iklan lost cakap melayu di faridfadhly.blogspot.com p/s: virus chii diterima..tunggu..

mana hilangnya orang itu?

Image
jika anda membaca entry perkara terindah di dunia , si kacang ada dalam senarai itu..jadi.. kali ini aku nak cerita sikitla pasal 1st date aku dengan si kacang manela tau nnt aku lupa ke..bolela baca bende ni balik. mula2 aku mengenali si kacang ialah pada sem pertama aku di ukm.pada waktu kuliah kmk.... group projek kmk aku terdiri dari ikan , abang burung dan ramai lagi la..siap ade sorg mamat cine nih xde geng teros join kitorg...skali terlebih ahli lak..maka dengan slambenya akak tutor tuh memilih seorang 'loser' untuk dicampak ke group lain.. mesti korg rasa 'loser' tu aku kan? salah tu... maksud aku salah kalau korg x teka aku.. maka tercampaklah aku ke group budak2 pompuan yg sorg pon aku x kenal..budak multimedia rupenya diorg sume.pastu dtgla watak si kacang ni kat aku lalu bertanya.. "nnt kite buat discussion ok..blablabla" "bagila no phone blablabla" sebenarnye sepatah haram die ckp pon aku x amik 'port' sbb aku tgh tension tim

inderaloka kita.

berdua di dalam kereta kami pulang dari tarawikh. seperti biasa laluan pintas kami gunakan untuk ke stesen minyak. dan. ketika pulang , short cut , berdiri sendiri seorang lelaki ; di bahu jalan.di dalam gelap. dan aku , memandu dengan lebih laju.... "ibu pernah lalui situasi sebegini dahulu, tapi bukan jantan , perempuan berbaju putih" jelas ibu kepada aku. "oh.saya juga" "saya pula pernah terlihat 2 ekor kuda , ya kuda , ketika hendak me-mapley-kan diri jam 3 pagi di bangi dulu" ya , kuda. seram kan? hiii hiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiii (gelak seram)

Selamat Hari Ramlah!

selamat pagi semua! apa kabar? hari ini adalah hari yg ceria! sebab hari ini ialah hari ramlah.selamat hari ramlah... semalam aku berbuka kat kedai..sbb org cakap buka kat kedai barula kool...ntah aku rasela.ha ha. menu yang bertuah yg telah dipilih oleh aku ialah " indonesian curry prawn mee " yg gambar die mmg xnak kalah nye.skali tgk2 dapat mee kari asas je.maka timbullah perasaan ingin mencarut dalam hati yang lara ini. tapi setelah melihat satu insiden yg lain , budak opis aku order kueh teow kungfu skali tetibe akak tu betolkan.. "mane ade kueh teow kung fu laa..kueh teow cantonese nama dia" dengan nada yg penuh menghina dan 'ek'....skali bile dapat mcm kueh teow apetah die dapat.kueh tiow org asli kot sbb xde rupe kantonis langsung.. ha ha.die lagi loser dr aku. apa kata kedai semalam menamakan semula menu "indonesian curry prawn mee" die tu kepada "mee kari asas" ke..atau "mee kari biasa dan diletak 2 ekor udang" . s

kamu hanyalah kamu.

fiuh. gigi bawah aku patah. tapi dalam mimpi. apa maksudnya tuh? tadi di dalam mesyuarat jabatan pertanian negeri sembilan. aku telah dilayan seperti hero. walaupon. website diorg xdela hebat sgt aku bikin. "jadi encik farid dah buat untuk kita blablabla" "apa kata encik farid duduk kat sini je blablabla.." "saya rasa hadiah pertandingan laman web kita kasi encik farid blablabla" "blablabla encik farid ni kool la blabla" ok ayat last tu aku cakap sendiri dalam hati la. jadi tu lah hero yg aku ckp. hero kan? bukanla hero mcm orang terbang, superhero malaysia tuh. kalau yg itu tentulah nama aku encik suparman. tapi sebelum mesyuarat bermula, aku terpaksa melepak dgn pakcik2 itu. *perbualan dalam loghat nogori "kat mana kita nak minum ni?" "kedai mamak bawahtu la kan banyak" "kau ada cawan tak?" "straw pon straw laa.." aku senyum senyum aje sebab aku kan kool "bole tahan gak kering diorg nih".aku.dal

sehari sebelum puasa.

aku ada satu idea. jika kau keseorangan dalam komuter yang sesak. mendengar perbualan orang lain adalah sangat menghiburkan. di hadapan aku seorang wanita dan anak kecil.duduk. di sebelah , 3 orang amoi.berbual sakan. "i was like..omg..blablabla...wtf? blablabla..helllooo..blablabla..oh my god!" lawak perempuan mmg x best.lawak amar lagi best kot walaupon diulang ulang. ha ha. senyum kepada anak kecil.dan ibunya.kot. "helo...ok nanti aku sampai". seorang itu menjawab telefon. oh.rupanya melayu.ingatkan amoi. aku usha mereka. xdela lama..tgk2 mcm tu aje. yela yela..mmg aku ushala aweks tuh senang cite. oo..melayu... sampai di sebuah stesen orang yg duduk sebelah makcik tu turun. dengan sepantas kilat aku melompat mcm goalkeeper nak tangkap bola ke tempat duduk itu. pastu aku ckp, "semua org jgn x puas hati eh..saya mmg layak duduk sini sbb mmg betul2 kat depan saya seat nih.harap semua faham!" dalam hati akula.padahal xde sape pedulik pasal aku pon time tuh

"luke...i am your father"

Image
tahukah kau.wujudnya agama jedi. ya jedi. golongan pahlawan yg baik dlm star wars itu. agama ini telah di 'official'kan pada 2001 dan kebanyakannya rakyat australia. skarang kalau x silap 390,000 jedi wujud kat dunia. jadi kalau agak2 kalau kau jumpe jedi kat mana2..x payahla bg salam. ckp kat dia "may the force be with you" adakah tuhannya george lucas? yoda jadi ape pulak? adakah org yg murtad akan dianggap anakin skywalker? adakah setiap penganut diwajibkan memiliki lightsaber? mungkinkah alim ulama akan memiliki lightsaber kaler purple mcm master windu? ha ha. sebenarnya pada pendapat aku golongan2 ini pada asalnya tidak mempunyai agama atau atheis.jadi agama jedi ni kira mcm bolela dari xde kan. fanatik yg terlampau kepada star wars. mungkin banyak lagi agama yang tidak di-official-kan seperti agama matrix ke , lord of the ring ke prison break ke (tetibe je).tapi cite dua hati best aa ade kyra.nampaknya semakin lari tajuk. kena stop cepat nih. jadi sebenarnya aku

dua hati

nadia dan kyra memasuki pertandingan miss bradden. dan, mereka berjaya melangkah ke top4. pada peringkat ini kyra menggayakan pakaian ala hindustani. nadia dengan pakaian ceongsam. huh, tiada sesi swimsuit dalam pertandingan ini. ok cerita aku hari ini bermula, pada sesi terakhir pertandingan ini. "apakah 5 perkara yang penting dalam diri anda" soalan kepada nadia. perkara penting pertama bagi saya ialah mama dan papa saya.kerana tanpa mereka saya tidak ada di sini. perkara kedua ialah diri anda , kerana anda yang menyoal saya. ketiga ialah diri saya ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat menyoal saya. keempat , diri saya juga ,kerana tanpa saya , anda tidak akan dapat jawapan dari saya. kelima ialah anda penonton semua , kerana akan mendapat pemenang miss bradden anda" bagi aku jawapan nadia adalah jawapan pemenang. "apakah hadiah paling istimewa pernah cik kyra hadiahkan pada seseorang?" assalamualaikum. hadiah paling istimewa saya ialah surah al fatihah

selamat hari lahir...lagi.

Image
seketika selepas berakhirnya peristiwa di atas. kulan,menelfon aku. kulan: farid,kau dah dgr cerita belum? aku: ha..pecite... kulan: kau tau kan..mak kau pegi hadyai dgn mak aku kan? aku: ha ah..kenape? kulan: aku n ak bgtau kau ni..pasal mak kau. aku: (diam sekejap) kenape? kulan: kat sana ada serangan bom. aku: .... kulan: tapi kau jgn risaulah..mak aku dgn mak kau selamat..sekarang diorg kene duduk dalam hotel..x bole nak keluar sampai esok. cheh..mamat ni mmg bikin saspen.buat seketika aku merasa amat amat amat cuak.setelah aku call bapak aku semua lepastu alhamdulillah la semua selamat. jelas terpancar kelegaan di muka aku ketika mak aku sampai rumah , semalam. mak aku tgh seronok shopping ketika letupan itu berlaku, dan terpaksa berlari lebih kurang sebatu jugakla untuk carik tempat perlindungan. selamat hari lahir kepada bonda ku tercinta Pn. Rosmah. Alhamdulillah. mungkin birthday yg paling diingati oleh beliau. mungkin begitu agaknya.mcm orang2 yg dalam drama m

selamat hari lahir ili liyana

Image
hari semalam. aku diarahkan ke jabatan agama negeri sembilan dengan membawa antivirus. aku dengan semangatnya melangkah dan terasa diri amat penting. walaupun sebenarnya xlah penting mana. tapi tahukah kau pejabat agama dan jabatan agama adalah lain sama sekali? aku pergi ke pejabat agama , bukan jabatan agama. "saya dari uptm , tadi ada encik pipi dtg buat maintenance kan?".dengan nada yakin. "saya bukan pekerja kat sini".wanita itu. cheh.di sini skill untuk mengcover line amat penting. cuba beberapa skill seperti buat2 nak call org opis (padahal x call pon) atau gaya bz yg lain. skill meludah sambil diselang selikan dgn mencarut adalah dilarang sama sekali.tu skill x bole pakai. oh lagi satu, apesal la awek tuh kena gi pejabat agama eh? hmm hmm. dipendekkan cerita dengan koolnya (padahal dah malu) aku diberitahu bahawa jabatan agama adalah bangunan di sebelah. ingat.jabatan agama dan pejabat agama.beza tu.jangan jadi mcm aku.ha ha. ok lupakan kisah itu. hari ini

bola situ sana sini

Image
harini merupakan hari lahir ibu si kacang .aku hanya sempat mengirimkan sms lewat malam tadi.bole tahan gakla poyo sms tuh.aku mendapat reply yg berbunyi : thks for d bday wish.U're the champion, 1st one to wish me.Uncle pun dah kalah. ha ha senyum senyum sebelum tido. aku nak kata rapat dgn mak si kacang nih xla sgt.adela beberapa kali berbalas msg dan call kot.ada sekali tu aku call mak dia sebab aku mendapat berita yang si kacang telah pengsan dan masuk klinik.terus aku call mak dia.rupanya tu semua dusta semata.hampeh.nasib baik aku bijak menunjukkan reaksi2 kool dan tenang abes.(padahal terasa bodo kena kencing) time birthday aku dulu juga makbapak si kacang ade belanja aku makan kat area bangi jugakla. sangat gigih aku menjaga tingkah laku dan tatatertib. ha ha.padahal rambut serabai abes. kesimpulannya kita kena pandai amik ati orang tua pasangan kita.(poyo) tunjukkan yg kau , orang yang bawak anak dia ke hulu ke hilir tu , orang yg boleh dipercayai. bende2 nih sebenarnya

pesona algebra

ada sebuah bilik kecil.banyak di pasar raya.di dalamnya ada orang menyanyi dengan membayar rm1 utk satu lagu.pernahkah kau.menyanyi di situ bersama kawan.tiba tiba nyanyian kau sengau.bukan! bukan sengau yang itu.sengau disebabkan anda menutup hidung.ya , kawan kau baru sahaja kentut di dalam bilik itu. sila buka pintu dengan cepat jika anda mengalami kejadian seperti ini. hari jumaat merupakan hari enjoy jugakla disebabkan hari itu kami makan special sikit.aryn kerja last day.budak praktikal yg paling awal habes. petang itu lepas waktu pejabat aku berjumpa ah cong , rakan seperjuangan yg sama2 ditangkap menconteng tangki sekolah beberapa tahun yang lalu , menyebabkan sijil spm aku ditahan. argh , kalau result gempak xpela jugak. jadi kami minum bersama dan berbual2 mengenai realiti kehidupan (poyo) "apa mau bikin pasni chong?"aku. "karaoke jom".ah cong. = )

berikan aku diari.

malam nisfu sha'ban.bukak buku catatan baru, aku terfikir utk baca yasin tp bertangguh2 sampai sekarang. semalam penyelia ukm datang melawat. menyanyi riang dalam hati. sambil berjalan aku berfikir. apakah hari ini lebih baik dari semalam. apa kebaikan aku buat hari ini. apakah setiap hari aku sama saja. cukup! bukan! bukan itu yg aku nak cerita hari ini. tepat pukul 5 ptg aku sudahpun berada di depan lif. pintu lif terbuka. lif penuh. semua orang memandang ke arah aku. "bye", aku berkata sambil mengangkat tangan. pintu lif tertutup semula. apa yg aku buat ni? hidup mcmni bikin gua gila... p/s=aku telah selamat menaiki lif 2 sesi berikutnya.tiada lawak "kau kentut ke?" dalam lif kali ini. = )

makan.di kafe.

Image
seperti biasa kami makan tengah hari di kafe. "kau tgk makcik tuh" kata hawa sambil menunjuk ke arah makcik kening tebal , satu watak yang selalu ada time aku kat kafe. "biar je aa..slambeje kau kutuk kening dia".aku. "eh bukanla..tgk kaki dia".hawa. baru aku perasan yang kain die terbelah , nampak paha. ape daaa..baik xyah pakai tudung. aku terasa malu walaupon aku bukan anak dia. aku terpikir yg kalau die x pakai tudung..org x rasa pape kot?tp x jugak sbb dia dah tua. lantaklah. mcm2..... di sini juga aku selitkan beberapa cara memakai tudung yg salah dan sering tidak diambil peduli oleh masyarakat. tu tgk tuu..die ingat kool abes aa pakai tudung camtu.parit habesss... tapi bagi remaja yang mementingkan fesyen terkini,mungkin ini cara yang baru untuk kelihatan matang dan bergaya. cubalah! fewit! kepada makcik,insaflah. apa kata makcik memakai baju kurung yang xde belah2 dan tudung mawi. pasti bertambah manis. cubalah! (berapa banyak cubalah daa..) aku s

perempuan melayu terakhir

dalam sebuah episod gol & gincu. reza telah memberitahu putri bahawa dia tidak berapa suka cara putri dan 'tak cukup melayu'. reza : u ckp english je.lagu melayu kurg dgr.pemikiran dan cara hidup western sgt. putri: i suka makan sambal belacan ape. ini membuatkan putri x berpuas hati dan membuat beberapa perubahan. dia menonton cerita main main cinta. dia bercakap dalam bahasa melayu yang skema abes. dia membaca novel melayu. dia cuba mengajak reza menonton teater melayu. "ckp kat reza..kalau die tu melayu asli x payah kerja kat tempat futsal tu..futsal kan game orang putih" "melayu cina india tu nama saja..x penting.semua orang ada identiti sendiri.semua org unik" "melayu suka dgr lagu melayu , suka amik tau hal org , mkn sambal belacan , dengki hal org , pemalas..tu la melayu." perempuan melayu terakhir ni aku pon x paham apela sebenanye...tp pada pendapat aku perempuan melayu terakhir tidak semestinya perempuan yang lemah lembut dan sopan sa

sejam sebelum pulang.

Image
tiada cerita malam merdeka . jika anda melihat anak anak muda sedang makan beramai2 di kedai, biasanya 2 orang akan tunduk memandang telefon bimbit mereka. berambus ashley cole jose antonio reyes pascal cygan selamat datang william gallas julio baptista denilson (kapten pasukan brazil u19) ting ti tu tu tinini nini ting tididing ting ting. stadium paroi masuk free esok.

mendeklamasikan sajak.

semalam , seorang minah telah mengalami kemalangan setelah membiarkan anjing kesayangannya memandu kereta.nenek itu mengawal minyak dan brek dan anjingnya mengawal stereng. alasan,anjingnya gemar bermain2 dgn stering kereta. ha ha ha.gelakkan dia. aku pulang dari pejabat dgn cara yg agak berlainan hari ini,mak aku yg angkat. ini kerana parking lot x leh dibuat parking. pak lah si menteri perdana dtg pejabat.harini aku tgk semua org pakai name tag. ketika di pejabat, aku: semua orang..pak lah dah sampai ke blom ha? semua orang : pak lah baruje balik. sampai di rumah , seekor anjing duduk betul2 dekat gate rumah aku. ia mengingatkan aku dekat minah tadi. aku segan2 nak pegi bukak gate.(sebenarnye takut). peristiwa itu telah membuat aku mencipta satu sajak pendek khas, bertajuk 'anjing'. anjing, bole berambos tak? anjing tol laaa... pendek kan.ha ha ha.

iklan

ok jika aku diberi peluang menghasilkan iklan merdeka ianya seperti ini:- scene 1 dua orang pelajar sekolah rendah yang berkawan baik didalam kelas. cikgu mengajar mereka satu lagu. nyanyi dalam hujan.nyanyi dalam hujan. bergembira selalu. angkat tangan.simpul jari.rapat siku. rucaca. rucaca. rucaca. mereka pulang bersama sama menaiki basikal.menyanyi lagu yang baru mereka pelajari. scene 2 waktu terus berlalu. dua sekawan itu sedang berjalan jalan di kawasan gelap. Lelaki : hm.tv dah x betul.mawi.siti.poyo betol. kawannya : tapi aku masih lepak dgn kau.walaupun kau poyo. Lelaki : hm.nasib baik kau ada.kau je yang aku ada. mereka menyanyikan lagu kegemaran mereka.dalm versi yang lebih matang. scene 3. Anak kecil : pakcik , jomla kite dah lambat. Lelaki : hm.lek loo.biar lambat asal selamat. Anak kecil : betolla arwah ayah selalu cakap pakcik ni poyo. mereka pergi bersama ke pusara teman baik, juga ayah kepada anak kecil itu. scene 4. Lelaki itu termenung sambil tersenyum. "hmm...p

di ambang merdeka

Image
semalam kami telah menerima jalur gemilang seorang satu di pejabat. sekali lagi. "kau ambik aa..aku xnak",kata kalvin. "apa kita mau buat dgn benda ni..x payahla",kata kak fara. aku pulang dgn membawa beberapa bendera. biarkan saja dlm kereta. mengibarkan jalur gemilang bukanlah jawapannya. oh lihat gadis ini,dia menunjukkan kebanggaannya sebagai rakyat Malaysia. =)

Ctrl + V

Image
1.aku menekan butang print screen. 2.membuka program paint. 3.menekan ctrl+v. 4.terciptalah post ini. screenshot 1 ini ialah ape yg aku dapat bila nak gi blog fav aku,mikon.dah 2-3 hari gak aa aku try nak gi tp jadi camni.Mikon ialah seorang mamat melayu yang mengatakan diri dia anarkis dan beliau juga tidak mempunyai agama.kuat minum.tapi mamat ni ilmu dia banyak.kisah hidup yg amat best.die jugak bersekolah kat skolah agama satu ketika dulu.aku x sure aa time tu die dah ethis ke blom.die dah delete blog die ke hape?mikon..aku bosan. "berikan mikon sebotol arak (mmg x cukup..ok 5 botol) dan dia akan membuat anda menangis" screenshot 2 series kegemaran ramai prison break season 2 dah mula.hahha..tp aku x dload lagi aa..opis ni xleh torrent.balik rumah nnt aa aku dload.rindu kat scofield.rindu kat mamat pendek2 tuh apetah name die.season ni nampaknye dah xde penjara..sbb diorg dahpon selamat chow dgn jayanya time season 1.jadi skangni cite pasal camana diorg kat luar aa..kene

apa kau mau jadi?

pagi tadi , ondway pegi kerja. pagi di era dgn topik : kalau anda diberi peluang menjadi orang lain utk sehari.siapa anda mau jadi? antara jawapan caller2: 1.Dato' K. 2.Donald Trump. 3.Donald Trump. 4.Bill Gates. 5.Menteri Kewangan. Ok ni antara yg 1st aku dengar..majoriti nak jadi org yg kaya. 6.Linda Onn 7.Solehudin Al Ayyubi 8.bapak saya oh,x seperti yg aku jangka.nampaknya rakyat Malaysia masih ada jawapan selain dari orang kaya yg ternama. "mari kita tgk msg pula" , kata encik kiran. "saya nak jadi pompuan la..jadi laki x best" kate seorang brader. haha ini mungkin petanda hari yang ceria. p/s=aku tidak mendengar lawak "saya menang moto!" dari caller hari ini. lagu bonus untuk korang... balada minah memulas mesin masa nyanyian tokrimau dan gitartong anda mau jadi siapa? haa

hari ini hari isra' dan mikraj

semalam telah dilangsungkan majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah pakcik aku. aku membuat keputusan pergi asing2 ngn mak bapak aku,strategi utk balik awal la kire.bole layan bola. kat sane baru aku sedar bahawa aku agak 'lost' n terkapai2 laa bile ngn saudara mara.selama ni aku biasanya akan melepak dgn sepupu aku yg aku ngam.tp mlmtu diorg xde. aku terpaksa membuat 2 pilihan , lepak ngn org tua atau lepak ngn anak anak kecil. jadi sesampainya aku kat sana,beborakla ngn golongan tua. bg kategori lama x jumpa , diorg tanya , "apa bikin skarang?" kalau advance sket, "camana kerja?" lagi advance pon ada , "kau kenal x kak yati , die keje kat pejabat suk tuh" setelah melepakkan diri dgn org2 tua bermulalah majlis yasin dan tahlil. pastu makan. lepas makan , aku membuat keputusan utk lepak ngn budak2 kecik la pulak. sungguh terkapai kapai rasanya xde geng. di luar terdapat ramai budak2 tgh main bola. haa..ada gak hiburan,bisik hati aku. "haa..me

berhenti menangis puteri seroja ku

Seroja seorang anak yatim piatu yang hidup di dalam kesedihan.Seroja tinggal bersama ibu saudara serta sepupunya , Jelita.Sejak kecil,seroja meluahkan segala kesedihannya kepada bulan. Kepada sahabatku bulan, apa khabar bintang dan awan? malam ini aku bersedih lagi. Seroja akan menulis surat kepada bulan , dan kemudian mencampak surat itu ke langit.dengan harapan bulan akan membacanya.ya dia begitu yakin bulan akan membacanya. Setiap surat itu akan jatuh ke bumi , dan seorang pemuda, akan membaca surat itu setiap pagi.pemuda ini juga telah jatuh cinta kepada penulis surat tersebut. Tuan Arif,pengurus kepada seroja di pejabat begitu meminati keperibadian seroja. juga telah jatuh cinta kepadanya. Namun , lumrah manusia , Jelita dan ibunya penuh dengan hasad dengki. difitnahnya seroja. dibenci semua. Tuan Arif juga turut terpedaya. Suatu malam seroja bermimpi. Bulan datang kepadanya. "Bangunlah Seroja , kebenaran ada padamu" Bila terjaga , seroja gembira.Bulan telah membalas su

sekolahku playgroundku

Image
alhamdulillah , aku masih lagi hidup pada hari ini. pukul 5 pg lagi aku bgn , tgk england vs greece. lpstu sambung holland vs republic ireland. aku grak2 khas ke pejabat di saat robin van persie menjaringkan gol ke-4. tiada apa2 cerita di pejabat yg aku boleh tulis di sini. baru sekejap td aku bukak balik gambar aku yg lama2,gambar time skola2 dulu.orang kata sekeping gambar punyai seribu cerita.sekeping mmc juga skang bole memuatkan seribu gambar(ape kaitan?).jadi setelah membuat kaji selidik gambar2 tu , aku juga telah menyedari bahawa "semangat aku bertambah kuat" skarang berbanding zaman skola dulu.hahha. gambar 1 gambar ini diambil time SPM , 2002 ,di mana kedai makcik kelantan ini adalah 'port' kitorg lepak mlm2.perjalanan utk ke kedai ini sebenarnya amat mencabar.peserta2 ekspidisi terpaksa menjalani latihan-latihan khidmat negara seperti memanjat tembok dan berjalan dala m longkang.jijik pon jijik la...fly gi kedai makan nye pasal.nak pg sini pon timing nak k