Tuesday, August 29, 2006

mendeklamasikan sajak.

semalam , seorang minah telah mengalami kemalangan setelah membiarkan anjing kesayangannya memandu kereta.nenek itu mengawal minyak dan brek dan anjingnya mengawal stereng.

alasan,anjingnya gemar bermain2 dgn stering kereta.

ha ha ha.gelakkan dia.

aku pulang dari pejabat dgn cara yg agak berlainan hari ini,mak aku yg angkat.
ini kerana parking lot x leh dibuat parking.
pak lah si menteri perdana dtg pejabat.harini aku tgk semua org pakai name tag.

ketika di pejabat,

aku: semua orang..pak lah dah sampai ke blom ha?
semua orang : pak lah baruje balik.


sampai di rumah , seekor anjing duduk betul2 dekat gate rumah aku.
ia mengingatkan aku dekat minah tadi.
aku segan2 nak pegi bukak gate.(sebenarnye takut).

peristiwa itu telah membuat aku mencipta satu sajak pendek khas, bertajuk 'anjing'.

anjing,
bole berambos tak?
anjing tol laaa...

pendek kan.ha ha ha.

Monday, August 28, 2006

iklan

ok jika aku diberi peluang menghasilkan iklan merdeka ianya seperti ini:-

scene 1
dua orang pelajar sekolah rendah yang berkawan baik didalam kelas.
cikgu mengajar mereka satu lagu.

nyanyi dalam hujan.nyanyi dalam hujan.

bergembira selalu.
angkat tangan.simpul jari.rapat siku.
rucaca.
rucaca.
rucaca.

mereka pulang bersama sama menaiki basikal.menyanyi lagu yang baru mereka pelajari.

scene 2
waktu terus berlalu.
dua sekawan itu sedang berjalan jalan di kawasan gelap.

Lelaki : hm.tv dah x betul.mawi.siti.poyo betol.
kawannya : tapi aku masih lepak dgn kau.walaupun kau poyo.
Lelaki : hm.nasib baik kau ada.kau je yang aku ada.

mereka menyanyikan lagu kegemaran mereka.dalm versi yang lebih matang.

scene 3.

Anak kecil : pakcik , jomla kite dah lambat.
Lelaki : hm.lek loo.biar lambat asal selamat.
Anak kecil : betolla arwah ayah selalu cakap pakcik ni poyo.

mereka pergi bersama ke pusara teman baik, juga ayah kepada anak kecil itu.

scene 4.
Lelaki itu termenung sambil tersenyum.
"hmm...poyokah aku?"

nyanyi dalam hujan.nyanyi dalam hujan.
bergembira selalu.
angkat tangan.simpul jari.rapat siku.
rucaca.
rucaca.
rucaca.

muzik2 tenang muncul.suara komersial mengatakan ,
"persahabatan adalah hidup"
"salam hari kebangsaan dari faridfadhly.blogspot.com"

maya karin,erra fazira,fazura,fasha sandha,linda rafar,dan beberapa nama lagi akan membintangi iklan ini.
menjadi orang lalu lalang.
oh, mawi dan siti tiada.

ha ha ha.





Friday, August 25, 2006

di ambang merdeka

semalam kami telah menerima jalur gemilang seorang satu di pejabat.
sekali lagi.

"kau ambik aa..aku xnak",kata kalvin.
"apa kita mau buat dgn benda ni..x payahla",kata kak fara.

aku pulang dgn membawa beberapa bendera.
biarkan saja dlm kereta.

mengibarkan jalur gemilang bukanlah jawapannya.

oh lihat gadis ini,dia menunjukkan kebanggaannya sebagai rakyat Malaysia.
=)

Wednesday, August 23, 2006

Ctrl + V

1.aku menekan butang print screen.
2.membuka program paint.
3.menekan ctrl+v.
4.terciptalah post ini.


screenshot 1
ini ialah ape yg aku dapat bila nak gi blog fav aku,mikon.dah 2-3 hari gak aa aku try nak gi tp jadi camni.Mikon ialah seorang mamat melayu yang mengatakan diri dia anarkis dan beliau juga tidak mempunyai agama.kuat minum.tapi mamat ni ilmu dia banyak.kisah hidup yg amat best.die jugak bersekolah kat skolah agama satu ketika dulu.aku x sure aa time tu die dah ethis ke blom.die dah delete blog die ke hape?mikon..aku bosan.

"berikan mikon sebotol arak (mmg x cukup..ok 5 botol) dan dia akan membuat anda menangis"

screenshot 2



series kegemaran ramai prison break season 2 dah mula.hahha..tp aku x dload lagi aa..opis ni xleh torrent.balik rumah nnt aa aku dload.rindu kat scofield.rindu kat mamat pendek2 tuh apetah name die.season ni nampaknye dah xde penjara..sbb diorg dahpon selamat chow dgn jayanya time season 1.jadi skangni cite pasal camana diorg kat luar aa..kene survive jgn sampai kene tangkap dgn warden.eh eh cam cite kat skola la pulak.selamat menonton prison break season 2!!

[13:28] young_tze: dh tgk prison break?
[13:33] farid_fadhly: x dload lg beb
[13:33] farid_fadhly: kau dah tgk blom?
[13:33] young_tze: br lps
[13:33] young_tze: xyh tgk la
[13:33] young_tze: xbest sial
[13:34] farid_fadhly: apesal aa
[13:34] young_tze: xyh tgk terus season 2
[13:34] young_tze: mcm pu** jek
[13:34] young_tze: nyesal klu ko tgk

screenshot 3
ini pula ialah email yang aku terima semalam tapi baru baca.penyelia sudah mau datang awal september.oh rileks..aku tau apa mau cakap sama itu penyelia..haha.aku terkejut apabila melihat nama kat bawah aku tu,nor solehah binti haji nain(aku x kenal),unit kewangan wisma negeri.mak aihh xtau lak ade budak ukm kat sini.bukan budak kos aku kot.ape pulak die buat kat unit kewangan tuh? website unit kewangan pon aku yg buat.bole tahan minahni..unit kewangan kat sebelah pejabat menteri besar tuh.jangan2 die ialah akak ban (akak jamban) atau linda.dua watak yang kitorang slalu kutuk & nampak kat cafe.hahaha.

kepade sape2 kenal minah ni..sile angkat mouse anda.

sekian.terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku yang mengarut ini.
= )

Tuesday, August 22, 2006

apa kau mau jadi?

pagi tadi , ondway pegi kerja.
pagi di era dgn topik :

kalau anda diberi peluang menjadi orang lain utk sehari.siapa anda mau jadi?

antara jawapan caller2:

1.Dato' K.
2.Donald Trump.
3.Donald Trump.
4.Bill Gates.
5.Menteri Kewangan.

Ok ni antara yg 1st aku dengar..majoriti nak jadi org yg kaya.

6.Linda Onn
7.Solehudin Al Ayyubi
8.bapak saya

oh,x seperti yg aku jangka.nampaknya rakyat Malaysia masih ada jawapan selain dari orang kaya yg ternama.

"mari kita tgk msg pula" , kata encik kiran.

"saya nak jadi pompuan la..jadi laki x best" kate seorang brader.

haha ini mungkin petanda hari yang ceria.

p/s=aku tidak mendengar lawak "saya menang moto!" dari caller hari ini.



lagu bonus untuk korang...balada minah memulas mesin masa nyanyian tokrimau dan gitartong

anda mau jadi siapa? haa


Monday, August 21, 2006

hari ini hari isra' dan mikraj

semalam telah dilangsungkan majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah pakcik aku.
aku membuat keputusan pergi asing2 ngn mak bapak aku,strategi utk balik awal la kire.bole layan bola.
kat sane baru aku sedar bahawa aku agak 'lost' n terkapai2 laa bile ngn saudara mara.selama ni aku biasanya akan melepak dgn sepupu aku yg aku ngam.tp mlmtu diorg xde.

aku terpaksa membuat 2 pilihan , lepak ngn org tua atau lepak ngn anak anak kecil.

jadi sesampainya aku kat sana,beborakla ngn golongan tua.

bg kategori lama x jumpa , diorg tanya , "apa bikin skarang?"
kalau advance sket, "camana kerja?"
lagi advance pon ada , "kau kenal x kak yati , die keje kat pejabat suk tuh"

setelah melepakkan diri dgn org2 tua bermulalah majlis yasin dan tahlil.
pastu makan.

lepas makan , aku membuat keputusan utk lepak ngn budak2 kecik la pulak.
sungguh terkapai kapai rasanya xde geng.

di luar terdapat ramai budak2 tgh main bola.
haa..ada gak hiburan,bisik hati aku.

"haa..meh sini..abg jadi keeper..cpt2! sepak!" kata aku kepada anak2 kecil itu.
tiba2, dengan kuatnya bola telah landing betol2 di..err..kemaluan aku.
x bole malang lagike aku mlmni?

berlalulah aku terbongkok2 menahan senak ke arah kereta.balik lebih awal dari yang dijangka.
dari jauh terdengar gelak tawa anak2 kecil.
sekian.


p/s:hari ini hari isra' dan mikraj..malangnya radio n tv bagaikan menyambut hari pernikahan siti nurhaliza.

Saturday, August 19, 2006

berhenti menangis puteri seroja ku

Seroja seorang anak yatim piatu yang hidup di dalam kesedihan.Seroja tinggal bersama ibu saudara serta sepupunya , Jelita.Sejak kecil,seroja meluahkan segala kesedihannya kepada bulan.

Kepada sahabatku bulan,
apa khabar bintang dan awan?
malam ini aku bersedih lagi.

Seroja akan menulis surat kepada bulan , dan kemudian mencampak surat itu ke langit.dengan harapan bulan akan membacanya.ya dia begitu yakin bulan akan membacanya.

Setiap surat itu akan jatuh ke bumi , dan seorang pemuda, akan membaca surat itu setiap pagi.pemuda ini juga telah jatuh cinta kepada penulis surat tersebut.

Tuan Arif,pengurus kepada seroja di pejabat begitu meminati keperibadian seroja.
juga telah jatuh cinta kepadanya.

Namun , lumrah manusia , Jelita dan ibunya penuh dengan hasad dengki.
difitnahnya seroja.
dibenci semua.
Tuan Arif juga turut terpedaya.

Suatu malam seroja bermimpi.
Bulan datang kepadanya.
"Bangunlah Seroja , kebenaran ada padamu"
Bila terjaga , seroja gembira.Bulan telah membalas suratnya.

Seroja memberitahu semua , bulan telah membalas surat-suratnya.
tiada siapa yang percaya.
oh , ada seorang yang percaya ,pemuda yang telah membaca surat-suratnya.

benarkah bulan telah benar2 membalas surat seroja?
siapakah cinta sejati seroja?

pagi ini ,ili liyana menangis , lagi.
aku pernah memberitahu seseorang ketika 1st year dulu , "aku mau mencari seroja aku"
aku juga pernah memberitahu seseorang tidak berapa lama dulu "aku dah jumpa seroja aku"

ada satu scene di dalam cerita itu di mana seroja , sedang membaca puisi , dan telah didengari oleh Tuan Arif.

Akan ku pintal buih-buih,
Menjadi tali mengikatmu.
Akan ku anyam gelombang-gelombang,
Menjadi hamparan ranjang tidurmu.
Akan ku tenun awan gemawan,
Menjadi selendang, Menudungi rambut mu.
Akan ku jahit bayu gunung,
Menjadi baju pakaian malam mu.
Akan ku petik bintang timur,
Menjadi kerongsang meyinari dada mu.
Akan ku jolok bulan gerhana,
Menjadi lampu menyuluhi rindu mu.
Akan ku rebahkan matahari,
Menjadi laut malam mu.
Menghirup sakar madu,

Kekasih... Hitunglah mimpi-mimpi,
Yang membunuh realiti, dari syurga ilusi...

khas aku tujukan kepada kau tau siapa.
bangunlah serojaku , aku ada di belakangmu.

Thursday, August 17, 2006

sekolahku playgroundku

alhamdulillah , aku masih lagi hidup pada hari ini.

pukul 5 pg lagi aku bgn , tgk england vs greece.
lpstu sambung holland vs republic ireland.
aku grak2 khas ke pejabat di saat robin van persie menjaringkan gol ke-4.

tiada apa2 cerita di pejabat yg aku boleh tulis di sini.

baru sekejap td aku bukak balik gambar aku yg lama2,gambar time skola2 dulu.orang kata sekeping gambar punyai seribu cerita.sekeping mmc juga skang bole memuatkan seribu gambar(ape kaitan?).jadi setelah membuat kaji selidik gambar2 tu , aku juga telah menyedari bahawa "semangat aku bertambah kuat" skarang berbanding zaman skola dulu.hahha.

gambar 1

gambar ini diambil time SPM , 2002 ,di mana kedai makcik kelantan ini adalah 'port' kitorg lepak mlm2.perjalanan utk ke kedai ini sebenarnya amat mencabar.peserta2 ekspidisi terpaksa menjalani latihan-latihan khidmat negara seperti memanjat tembok dan berjalan dalam longkang.jijik pon jijik la...fly gi kedai makan nye pasal.nak pg sini pon timing nak kene baekk,dlm kol 1-2 pg bole aa pg.jgn gi lepas maghrib lak kan tu bengap org kate.tp time tu warden pon mmg dah malas buat keje,sbb kitorg pon dah nak berambos..spm la katekan.fly gi kedai makan ni juga sebenarnya adalah aktiviti yg jarang dilakukan sebelum tu,selalunya org akan fly utk beli barang kat town.ade sorg budak pompuan batch aku kantoi fly kat town dgn alasan ingin mencari ketenangan.solo2 beb..gilak ahh.selain itu yg aku plg igt ialah *** , member seperjuangan aku pernah fly utk membeli seluar dalam. gile ke hape kau nih?


gambar 2

gambar sebelah ni pulak diambil ketika aku dan rakan rakan seperjuangan telah terpilih (sgt bertuah) untuk menyertai..err..kem budak2 jahat.hahha nama skema bagi kem ni ialah kem masih ada yang sayang.mak aihhh x bole loser lg ke nama?kitorg xdela jahat pon tp dah terpilih nak buat camane ye x?kem ni mmg sempoi aa sbb siap ada satu hari kitorg bgn sketnye lambat,matahari dah tegak.bgn2 sume pelik apesal xde program pd hari tu.tp dgn slambenye fasi tu ckp,"saya tgk kamu semua tido..penat..x sampai hatila nak kejut,kansel jela program.".hahha bolelak camtuh.ade satu pg tu pulak ade program qiamullail,dlm kol 3-4 pg.sume budak mmg x bole tahan mau tido.bile abang imam tu angkat takbir je,sume teros baring tido kat tmpt sembayang tuh.perangai macam sampah..hahha pastu bile tahiyat akhirje sume bangun dan buat2 tgh duduk tahiyat.hahha.kesimpulannye mmg best aa kem nih.


gambar3

zaman senior aku di sekolah menengah mmg bestla.makan dah xyah beratur.air suruh budak amik.baju suruh budak gosok.walau camane jambu pon muke korg , junior mesti gerun nye.hahha.dorm aku, al-maturidi mmg heaven la sbb satu geng sume duduk satu bilik.sure2 jadi target warden2.hahha.ada satu pagi time tu aku x turun smayang subuh,tetibe warden naik bilik carik budak ponteng.budak2 lain sempat masuk dlm loker..aku yg tgh pakai towel je time tu xtau nak gi mane..terus 'sujud' kat belakang katil ujung.cuak die xyahla ckpla..pastu bolelak 2 org warden yg usha bilik akutu x bukak lampu.seb baekk.. "budak2 bilik ni sume teruk2 ni..kene check selalu", kata warden tuh.pastuh blah..hahha.fiuhh!!

oh lagi satu , gambar di bilik aku ini juga telah membuktikan bahawa aku adalah fan arsengal yang sejati..hahaha.


mari mengingati nostalgia sekolah rock n roll anda =)

Tuesday, August 15, 2006

sweetheart?


"saya minta ibu bapanya mengajar agar dia lebih berlapik ketika bercakap" -rais yatim


ffm sentiasa mengundang kontroversi.kali ini cerita amani.
amani 'speaking' ketika memberi ucapan.
orang lain x suka.
kata orang , gubra sesat dan menyesatkan.
amani kata," if membuat filem itu mencemar budaya , lets do it more often"
orang lain x suka.

aku pula memandang perkara ini dari perspektif yang berbeza.aku telah membuat kesimpulan bahawa , amani , sebenarnya adalah lebih 'cute' drpd kakaknya aleya.
(ok ini ialah part di mana anda patut gelak.aku buat lawak tuh.)

aku rasa aku tau apa perasaan amani pada ketika itu.ketika dia menewaskan maya karin dan erra fazira.untuk seketika , ku hilang kawalan diri (amani menyanyi2 riang).okla amani..lepasni aku nak tgk adik ko belakon lak..err..cite mukhsin tu poster die cam x lawa je?

"walaupon dah mng anugerah..amani x patut lupa diri"
"saya kasihan kepada fatimah abu bakar , saya sgt menghormatinya"
"saya berduka cita dgn sikap bintang filem muda itu"

-kata2 yg ditujukan kepada amani selepas acara , oleh beberapa nama terkenal.

"saya minta ibu bapanya mengajar dia berlapik ckp dan x menghina bangsa dan bahasa sendiri.kalau x suka ckp melayu jgn jelaskan di khalayak ramai" - sambung menteri itu lagi.

ada satu watak kegemaran aku , memberi komen terhadap beliau

"amani ada menyebut alhamdulillah , itu bahasa arab" -yasmin ahmad.


hahha...steady aa yasmin ahmad =)



Sunday, August 13, 2006

merah biru warnanya

liverpool 2
chelsea 1


jd setelah di-pk2 balik..arsengal pon bole makan chelsea gak kot.hahha.

undur 2 jam,sebelum game bermula.

aku mengusha ch 4 , ffm ke 19.
umie aida si dukun menyampaikan award dgn osman ali.
aku suka osman ali.
aku suka bukak api dan surat untuk bulan.

undur beberapa jam lagi..siang td.

aku melepakkan diri di pesta konvo,UKM.si kacang dan sepupunya yaya pon ade.amar dan kecik pon ade.xde bende pon..ade car salon ngan skuter salon.bole gak aa layan..panas mmg panas..layan ttp layann..

undur lagi..mlm smalam.

aku dgn begitu konfidennya telah mengajak asip (rakan seperjuangan) melayan community shield, Liverpool vs chelsea di mapley.gigih gak aa mamat tu dtg dr upm..skali salah hari.bola mlm esok daa.hampeh betol.kitorg hanya melepak2 di kolej dan keluar gi mkn kol 4 pagi.keluar berdua je ala2 romantis gitu.budak lain sume dah membuta.lps mkn balik kolej balik...aku dgn lajunya melompat ke arah katil adam.itulah kali terakhir aku melihat asip.bile aku bangon die dah ilang.aku rasa lps aku lelap tu dia chow tros kot.ape aa lu.lepak loooo..

undur beberapa jam sebelum itu.

aku pegi mengusha wayang cite click dgn si kacang.
kelihatan begitu ramai anak-anak rempit berkeliaran.
filem remp-it full house.
aku cuba untuk mencadangkan filem remp-it kpd si kacang, tetapi dgn pantas ditolak mentah2.
hahha.
layan jugakla cite click nih...msg yg disampaikan adalah begitu jelas,family adalah lebih penting dari perkara2 lain.(kerjayala terutamanya).Tapi filem ini bagi aku sebenarnya terlalu biasa la..ending pon dah boleh agak.biasala kan.tp Adam Sandler mmg ada klas la.aku suke mamat tuh.

will u still love me in the morning?
forever & ever babe

ok..yg ini last.undur lagi,malam sebelum itu.

aku berada di sebuah hotel di port dickson.ada dinner.mak bapak aku ada kat bawah.
pelbagai soalan melintas di kepala.

siapa menang? Liverpool ke Chelsea?
Ape aku mau bikin weekend nih?
Pergi ukm?

ok,cerita tamat di sini.terima kasih kerana sudi membaca..hahha.




Friday, August 11, 2006

mungkinkah?

hari ini aku masih hidup seperti biasa.

mungkin hari ini adalah hari yang baik.mungkin.

aku sampai di pejabat agak lambat dan hari ini tidak seperti hari2 yang lain.
aku , dgn sbb yg aku sendiri pon x tahu, membuat keputusan untuk berpuasa sunat pada hari ini-satu pekerjaan yang lama aku x buat,tp selalu aku buat dolu-dolu.hahha..skola agama.

mungkin aku selalu makan sekali sehari akhir2 ini.lebih baik puasa.
atau mungkin hari ini si kacang puasa ganti,jadi aku turut puasa.
mungkin.


nampaknya hari aku bermula pada waktu petang.'spot' baekk aku mungkin sememangnya x dpt digunakan lg selepas nih..mulai esok nampaknya aku terpaksa tawaf parking lot pejabat SUK 7 pusingan setiap pagi.cirit tol aa..

p/s: carutan yang ditulis dgn pen pada gambar terpaksa dirahsiakan hahha

org slalu cakap sesuatu perkara berlaku dengan sbb dan ada hikmahnya.aku ,selepas itu , pergi berbuka puasa dgn si kacang kat area2 rumah dia dan membungkus lauk untuk santapan mereka sekeluarga.pastu beli kuih baulu utk bapak die lak.dpt gak aa aku bodek mak dia..mcm biasa.hahha.

"one of the most difficult things to give away is kindness for its usually returned."

-kata kata ini telah terpampang di sebuah kedai makan yg aku singgah tadi.kedai makan pon sudah pandai sekarang.
aku teringat kat 'pot' lepak aku n budak2 kat bangi, Bangi Bistro yang buat bende yg sama.Awal2 rajin aa diorg tulis satu hari satu ayat.pastu dah lame2,dah x tukar dah.ayat tu aje hari2.
diharap kedai tadi tidak mencontohi Bangi Bistro. hahhaha = )

"jibet,hari ni air free?"


hm.mungkin hari yang baik.mungkin.


Tuesday, August 08, 2006

err..selamat datang?

harini merupakan hari kelahiran blog ini.
dan ia akan berada dalam ingatan aku sama seperti hari lahir orang2 yg lain.
hahha.
aku telahpun memasukkan post2 aku yg sebelum ini aku tulis di blog@frenster.
masih belum terlambat,kot?
mungkin byk 'sampah-sampah' yg menyemakkan akan ditambah di tepi2 ini lagi, sbb aku rasa kebanyakan blog yg aku baca biasanya akan berbuat begitu.
dan kepada yang sudi mengunjungi blog ini mcm biase aaa..aku mengucapkan terima kasih.

hahahha.
kerja mmg membosankan.
aku ingin belajar setiap masa.
; )


Wednesday, August 02, 2006

apakah perkara terindah di dunia?

Mlmni aku tgk balik video klip kegemaran aku , Rama-rama.Video klip lagu nih mengenai seorang lelaki yang mencari di mana letaknya perkara yang terindah di dunia.Ketika di dalam perjalanan mencari beliau telah bertanya kepada seorang peniaga cd dan seorang pemain gitar.hampa.

"Tempatnya tidak jauh dari sini",kata seorang lelaki yg sedang membaca buku.

"hujung sana",kata akak jual nasi lemak.

akhirnya beliau berjumpa dgn seorang pelukis..

OK,aku xnak cite pasal video klip ni sebenanye..disebabkan mlmni aku agak 'layan blues' sket jadi aku nak cite aa pasal perkara terindah di dunia.

Apakah yang dikatakan indah?Bagi aku seseorang akan cakap sesuatu tu indah apabila benda tu dia suka.Orang x ckp indah pada benda yg dia x suka.hmm.. x jugak.Indah tu bende yg best tp x semestinya kita suka.(?).Jadi perkara yang terindah di dunia ni aku x fahamla sgt tp aku bole jawab aa..hahha.antara perkara yang terindah di dunia bagi aku ialah:-

Keluarga
Keluarga adalah perkara terindah di dunia bagi aku.Mak,bapak dan adik aku.

Si kacang.
ili liyana adalah perkara terindah di dunia.sebenarnya 1st yang keluar dari kepala otak aku adalah die nih,baru family aku.Tp ade sebab2 yg aku sendiri pon xtau menyuruh aku letak family aku dulu.Bile happy,aku carik dia.bile down aku jumpe dia.Bila ada problem aku carik dia.kadang2 aku xnak jumpa dia pon aku carik dia gak.hm,camana tuh?

Belajar.
aku letak belajar kat sini sbb aku dah belajar kat 4 tempat yang berbeza.4 pemikiran yg berbeza.mcm2 org aku dah jumpe.mcm2 kawan aku dah ade.sktpj.smapl.UM.UKM.dan time keje aku mmg xkan merasa bende2 mcmni lg.

OK,aku tau byk lagi bende2 yg bole aku letak tapi 3 tu ialah yg 1st terlintas dlm kepale hotak aku nih.bola mungkin perkara terindah.makan ketika lapar mungkin perkara terindah.berak mungkin perkara terindah.(????)

"kalau itu yg kamu cari", kata pelukis tadi.

"banyak perkara yang indah di dunia ini,cuma kita tak nampak"

"bagaimana nak melihatnya?" tanya pemuda itu lagi.

tgk aa video klip tuh..xkan aku nak cite sampai abes?


Rama rama terbang tinggi
Menghiasi taman ini
indah berwarna warni
jangan pisahkan aku dan dia
biarkannya melintasi kesunyian hati
jangan pisahkan aku dan dia
biarkannya menemani daku di sini


Apakah perkara terindah di dunia? ; )