Posts

Showing posts from August, 2006

mendeklamasikan sajak.

semalam , seorang minah telah mengalami kemalangan setelah membiarkan anjing kesayangannya memandu kereta.nenek itu mengawal minyak dan brek dan anjingnya mengawal stereng. alasan,anjingnya gemar bermain2 dgn stering kereta. ha ha ha.gelakkan dia. aku pulang dari pejabat dgn cara yg agak berlainan hari ini,mak aku yg angkat. ini kerana parking lot x leh dibuat parking. pak lah si menteri perdana dtg pejabat.harini aku tgk semua org pakai name tag. ketika di pejabat, aku: semua orang..pak lah dah sampai ke blom ha? semua orang : pak lah baruje balik. sampai di rumah , seekor anjing duduk betul2 dekat gate rumah aku. ia mengingatkan aku dekat minah tadi. aku segan2 nak pegi bukak gate.(sebenarnye takut). peristiwa itu telah membuat aku mencipta satu sajak pendek khas, bertajuk 'anjing'. anjing, bole berambos tak? anjing tol laaa... pendek kan.ha ha ha.

iklan

ok jika aku diberi peluang menghasilkan iklan merdeka ianya seperti ini:- scene 1 dua orang pelajar sekolah rendah yang berkawan baik didalam kelas. cikgu mengajar mereka satu lagu. nyanyi dalam hujan.nyanyi dalam hujan. bergembira selalu. angkat tangan.simpul jari.rapat siku. rucaca. rucaca. rucaca. mereka pulang bersama sama menaiki basikal.menyanyi lagu yang baru mereka pelajari. scene 2 waktu terus berlalu. dua sekawan itu sedang berjalan jalan di kawasan gelap. Lelaki : hm.tv dah x betul.mawi.siti.poyo betol. kawannya : tapi aku masih lepak dgn kau.walaupun kau poyo. Lelaki : hm.nasib baik kau ada.kau je yang aku ada. mereka menyanyikan lagu kegemaran mereka.dalm versi yang lebih matang. scene 3. Anak kecil : pakcik , jomla kite dah lambat. Lelaki : hm.lek loo.biar lambat asal selamat. Anak kecil : betolla arwah ayah selalu cakap pakcik ni poyo. mereka pergi bersama ke pusara teman baik, juga ayah kepada anak kecil itu. scene 4. Lelaki itu termenung sambil tersenyum. "hmm...p

di ambang merdeka

Image
semalam kami telah menerima jalur gemilang seorang satu di pejabat. sekali lagi. "kau ambik aa..aku xnak",kata kalvin. "apa kita mau buat dgn benda ni..x payahla",kata kak fara. aku pulang dgn membawa beberapa bendera. biarkan saja dlm kereta. mengibarkan jalur gemilang bukanlah jawapannya. oh lihat gadis ini,dia menunjukkan kebanggaannya sebagai rakyat Malaysia. =)

Ctrl + V

Image
1.aku menekan butang print screen. 2.membuka program paint. 3.menekan ctrl+v. 4.terciptalah post ini. screenshot 1 ini ialah ape yg aku dapat bila nak gi blog fav aku,mikon.dah 2-3 hari gak aa aku try nak gi tp jadi camni.Mikon ialah seorang mamat melayu yang mengatakan diri dia anarkis dan beliau juga tidak mempunyai agama.kuat minum.tapi mamat ni ilmu dia banyak.kisah hidup yg amat best.die jugak bersekolah kat skolah agama satu ketika dulu.aku x sure aa time tu die dah ethis ke blom.die dah delete blog die ke hape?mikon..aku bosan. "berikan mikon sebotol arak (mmg x cukup..ok 5 botol) dan dia akan membuat anda menangis" screenshot 2 series kegemaran ramai prison break season 2 dah mula.hahha..tp aku x dload lagi aa..opis ni xleh torrent.balik rumah nnt aa aku dload.rindu kat scofield.rindu kat mamat pendek2 tuh apetah name die.season ni nampaknye dah xde penjara..sbb diorg dahpon selamat chow dgn jayanya time season 1.jadi skangni cite pasal camana diorg kat luar aa..kene

apa kau mau jadi?

pagi tadi , ondway pegi kerja. pagi di era dgn topik : kalau anda diberi peluang menjadi orang lain utk sehari.siapa anda mau jadi? antara jawapan caller2: 1.Dato' K. 2.Donald Trump. 3.Donald Trump. 4.Bill Gates. 5.Menteri Kewangan. Ok ni antara yg 1st aku dengar..majoriti nak jadi org yg kaya. 6.Linda Onn 7.Solehudin Al Ayyubi 8.bapak saya oh,x seperti yg aku jangka.nampaknya rakyat Malaysia masih ada jawapan selain dari orang kaya yg ternama. "mari kita tgk msg pula" , kata encik kiran. "saya nak jadi pompuan la..jadi laki x best" kate seorang brader. haha ini mungkin petanda hari yang ceria. p/s=aku tidak mendengar lawak "saya menang moto!" dari caller hari ini. lagu bonus untuk korang... balada minah memulas mesin masa nyanyian tokrimau dan gitartong anda mau jadi siapa? haa

hari ini hari isra' dan mikraj

semalam telah dilangsungkan majlis bacaan yasin dan tahlil di rumah pakcik aku. aku membuat keputusan pergi asing2 ngn mak bapak aku,strategi utk balik awal la kire.bole layan bola. kat sane baru aku sedar bahawa aku agak 'lost' n terkapai2 laa bile ngn saudara mara.selama ni aku biasanya akan melepak dgn sepupu aku yg aku ngam.tp mlmtu diorg xde. aku terpaksa membuat 2 pilihan , lepak ngn org tua atau lepak ngn anak anak kecil. jadi sesampainya aku kat sana,beborakla ngn golongan tua. bg kategori lama x jumpa , diorg tanya , "apa bikin skarang?" kalau advance sket, "camana kerja?" lagi advance pon ada , "kau kenal x kak yati , die keje kat pejabat suk tuh" setelah melepakkan diri dgn org2 tua bermulalah majlis yasin dan tahlil. pastu makan. lepas makan , aku membuat keputusan utk lepak ngn budak2 kecik la pulak. sungguh terkapai kapai rasanya xde geng. di luar terdapat ramai budak2 tgh main bola. haa..ada gak hiburan,bisik hati aku. "haa..me

berhenti menangis puteri seroja ku

Seroja seorang anak yatim piatu yang hidup di dalam kesedihan.Seroja tinggal bersama ibu saudara serta sepupunya , Jelita.Sejak kecil,seroja meluahkan segala kesedihannya kepada bulan. Kepada sahabatku bulan, apa khabar bintang dan awan? malam ini aku bersedih lagi. Seroja akan menulis surat kepada bulan , dan kemudian mencampak surat itu ke langit.dengan harapan bulan akan membacanya.ya dia begitu yakin bulan akan membacanya. Setiap surat itu akan jatuh ke bumi , dan seorang pemuda, akan membaca surat itu setiap pagi.pemuda ini juga telah jatuh cinta kepada penulis surat tersebut. Tuan Arif,pengurus kepada seroja di pejabat begitu meminati keperibadian seroja. juga telah jatuh cinta kepadanya. Namun , lumrah manusia , Jelita dan ibunya penuh dengan hasad dengki. difitnahnya seroja. dibenci semua. Tuan Arif juga turut terpedaya. Suatu malam seroja bermimpi. Bulan datang kepadanya. "Bangunlah Seroja , kebenaran ada padamu" Bila terjaga , seroja gembira.Bulan telah membalas su

sekolahku playgroundku

Image
alhamdulillah , aku masih lagi hidup pada hari ini. pukul 5 pg lagi aku bgn , tgk england vs greece. lpstu sambung holland vs republic ireland. aku grak2 khas ke pejabat di saat robin van persie menjaringkan gol ke-4. tiada apa2 cerita di pejabat yg aku boleh tulis di sini. baru sekejap td aku bukak balik gambar aku yg lama2,gambar time skola2 dulu.orang kata sekeping gambar punyai seribu cerita.sekeping mmc juga skang bole memuatkan seribu gambar(ape kaitan?).jadi setelah membuat kaji selidik gambar2 tu , aku juga telah menyedari bahawa "semangat aku bertambah kuat" skarang berbanding zaman skola dulu.hahha. gambar 1 gambar ini diambil time SPM , 2002 ,di mana kedai makcik kelantan ini adalah 'port' kitorg lepak mlm2.perjalanan utk ke kedai ini sebenarnya amat mencabar.peserta2 ekspidisi terpaksa menjalani latihan-latihan khidmat negara seperti memanjat tembok dan berjalan dala m longkang.jijik pon jijik la...fly gi kedai makan nye pasal.nak pg sini pon timing nak k

sweetheart?

"saya minta ibu bapanya mengajar agar dia lebih berlapik ketika bercakap" -rais yatim ffm sentiasa mengundang kontroversi.kali ini cerita amani. amani 'speaking' ketika memberi ucapan. orang lain x suka. kata orang , gubra sesat dan menyesatkan. amani kata," if membuat filem itu mencemar budaya , lets do it more often" orang lain x suka. aku pula memandang perkara ini dari perspektif yang berbeza.aku telah membuat kesimpulan bahawa , amani , sebenarnya adalah lebih 'cute' drpd kakaknya aleya. (ok ini ialah part di mana anda patut gelak.aku buat lawak tuh.) aku rasa aku tau apa perasaan amani pada ketika itu.ketika dia menewaskan maya karin dan erra fazira.untuk seketika , ku hilang kawalan diri (amani menyanyi2 riang).okla amani..lepasni aku nak tgk adik ko belakon lak..err..cite mukhsin tu poster die cam x lawa je? "walaupon dah mng anugerah..amani x patut lupa diri" "saya kasihan kepada fatimah abu bakar , saya sgt menghormatinya&quo

merah biru warnanya

liverpool 2 chelsea 1 jd setelah di-pk2 balik..arsengal pon bole makan chelsea gak kot.hahha. undur 2 jam,sebelum game bermula. aku mengusha ch 4 , ffm ke 19. umie aida si dukun menyampaikan award dgn osman ali. aku suka osman ali. aku suka bukak api dan surat untuk bulan. undur beberapa jam lagi..siang td. aku melepakkan diri di pesta konvo,UKM.si kacang dan sepupunya yaya pon ade.amar dan kecik pon ade.xde bende pon..ade car salon ngan skuter salon.bole gak aa layan..panas mmg panas..layan ttp layann.. undur lagi..mlm smalam. aku dgn begitu konfidennya telah mengajak asip (rakan seperjuangan) melayan community shield, Liverpool vs chelsea di mapley.gigih gak aa mamat tu dtg dr upm..skali salah hari.bola mlm esok daa.hampeh betol.kitorg hanya melepak2 di kolej dan keluar gi mkn kol 4 pagi.keluar berdua je ala2 romantis gitu.budak lain sume dah membuta.lps mkn balik kolej balik...aku dgn lajunya melompat ke arah katil adam.itulah kali terakhir aku melihat asip.bile aku bangon die dah

mungkinkah?

Image
hari ini aku masih hidup seperti biasa. mungkin hari ini adalah hari yang baik.mungkin. aku sampai di pejabat agak lambat dan hari ini tidak seperti hari2 yang lain. aku , dgn sbb yg aku sendiri pon x tahu, membuat keputusan untuk berpuasa sunat pada hari ini-satu pekerjaan yang lama aku x buat,tp selalu aku buat dolu-dolu.hahha..skola agama. mungkin aku selalu makan sekali sehari akhir2 ini.lebih baik puasa. atau mungkin hari ini si kacang puasa ganti,jadi aku turut puasa. mungkin. nampaknya hari aku bermula pada waktu petang.'spot' baekk aku mungkin sememangnya x dpt digunakan lg selepas nih..mulai esok nampaknya aku terpaksa tawaf parking lot pejabat SUK 7 pusingan setiap pagi.cirit tol aa.. p/s: carutan yang ditulis dgn pen pada gambar terpaksa dirahsiakan hahha org slalu cakap sesuatu perkara berlaku dengan sbb dan ada hikmahnya.aku ,selepas itu , pergi berbuka puasa dgn si kacang kat area2 rumah dia dan membungkus lauk untuk santapan mereka sekeluarga.pastu beli kuih

err..selamat datang?

harini merupakan hari kelahiran blog ini. dan ia akan berada dalam ingatan aku sama seperti hari lahir orang2 yg lain. hahha. aku telahpun memasukkan post2 aku yg sebelum ini aku tulis di blog@frenster. masih belum terlambat,kot? mungkin byk 'sampah-sampah' yg menyemakkan akan ditambah di tepi2 ini lagi, sbb aku rasa kebanyakan blog yg aku baca biasanya akan berbuat begitu. dan kepada yang sudi mengunjungi blog ini mcm biase aaa..aku mengucapkan terima kasih. hahahha. kerja mmg membosankan. aku ingin belajar setiap masa. ; )

apakah perkara terindah di dunia?

Mlmni aku tgk balik video klip kegemaran aku , Rama-rama .Video klip lagu nih mengenai seorang lelaki yang mencari di mana letaknya perkara yang terindah di dunia .Ketika di dalam perjalanan mencari beliau telah bertanya kepada seorang peniaga cd dan seorang pemain gitar.hampa. "Tempatnya tidak jauh dari sini",kata seorang lelaki yg sedang membaca buku. "hujung sana",kata akak jual nasi lemak. akhirnya beliau berjumpa dgn seorang pelukis.. OK,aku xnak cite pasal video klip ni sebenanye..disebabkan mlmni aku agak 'layan blues' sket jadi aku nak cite aa pasal perkara terindah di dunia . Apakah yang dikatakan indah?Bagi aku seseorang akan cakap sesuatu tu indah apabila benda tu dia suka.Orang x ckp indah pada benda yg dia x suka.hmm.. x jugak.Indah tu bende yg best tp x semestinya kita suka.(?).Jadi perkara yang terindah di dunia ni aku x fahamla sgt tp aku bole jawab aa..hahha.antara perkara yang terindah di dunia bagi aku ialah:- Keluar