Posts

Showing posts from November, 2006

sang adam dan hawa.berbisik di syurga.

mula mula berita penting. pasukan bola sepak malaysia bermula garang di doha . mereka tewas kepada oman... arsengal , bangun setelah jatuh. mereka tewas kepada fulham.... sekian. si kacang. dia merajuk , aku pujuk. dia merajuk lagi , aku pujuk lagi. aku pula cuba buat2 nak merajuk , tapi bila dia tgk aku merajuk , dia pun merajuk. last2 aku juga yang pujuk. tapi aku suka. esok hari terakhir aku di sini. dari jauh kelihatan beberapa warga uptm sedang berbual sakan. dan aku tersenyum sendiri.tanpa sebarang alasan...

ada adik bertanya abangnya.

di kaca tv kelihatan pelakon ida nerina dengan pakaian 'stylo' nya. bahu kiri tertutup manakala bahu kanannya terdedah. adik: dia ingat lawa la baju mcm tu abang: orang lelaki patut ada baju mcm ni. adik: kenapa? abang: kalau pergi umrah senang nak tawaf. selamat hari lahir adikku , satu satunya adikku , farah farhanah.

bab 2 : mimpi dan alamat

suatu ketika dahulu , ibuku pernah bermimpi tentang puan seri (isteri menteri besar negeri sembilan ketika itu) datang berjumpa beliau dengan pakaian serba putih. tidak berapa lama selepas itu , puan seri telah meninggal.. 2 hari lepas , datin zainon , kawan beliau memberitahu bahawa dia telah bermimpi tentang ibuku. datang kepadanya. dengan pakaian serba putih... si kacang bertanya, "apasal awak mcm rileks je.." karam singh walia pernah berkata , rumah terbakar nampak apinya , hati terbakar siapa yang tahu.. ok abaikan kata2 karam singh walia. mcm tiada kaitan.

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

seorang pegawai sedang tersenyum ketika menerima pc barunya. sedang aku memasang pc itu , dia bertanya, "baru ke?" aku menerangkan kepada beliau bahawa keseluruhan pc adalah baru termasuk lcd monitor dan wireless mouse dan keyboard. kemudian beliau membuat muka blank selepas aku bercakap dengan panjang lebar. kemudian brader jen bersuara , "ha ah baru..dia budak praktikal". "oh.. praktikal.." kata pegawai itu. i maluuuuuuuu....

menayar.

bagaimana weekend anda ? aku menempuh malam minggu yang menyakitkan hati sebab arsengal draw 1-1.lagi. same old story. ahad malam pula sungguh mencabar.sila baca karangan di bawah. MALAM AHAD SAYA. pada hari ahad malam yang lepas, saya telah pergi ke open house dr badrul , timbalan pengetua kolej burhanudin helmi ukm. tujuan saya menghadiri majlis ini ialah kerana saya hendak menunjukkan muka saya kepada beliau , jadi mungkin beliau akan membantu saya untuk stay kolej sem hadapan. kalau tidak , saya memang malas hendak ke bangi. keji kan perangai saya? semasa dalam perjalanan ke bangi , saya merasakan sesuatu yang tidak kena. rupa-rupanya tayar kereta telah terlanggar lobang dan pancit. tapi saya tenang saja , sebab saya kan kool dan kacak. eh eh tersyok sendiri pula saya. ketika itu hujan renyai2 dan saya baru keluar dari tol seremban. saya membuat keputusan untuk jalan dgn slow hingga ke hentian seremban. sebab kalau saya berenti tepi kat lebuhraya itu , mungkin bahaya menanti dan sa

kafe siber

di atas sebab2 tertentu , semalam aku sempat menyinggahkan diri di cyber cafe.. banyak betul orang kat situ..budak2 umur 4 tahun pon dah pandai lepak cc skarang. dan harga sejam 1.50 je. murah kan? aku cakap murah sebab aku pernah lepak di cyber cafe di beberapa tempat dan ia mmg sgt jauh berbeza dengan di cc yang aku pergi semalam... ketika aku di Ho Chi Minh city , aku terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan internet.biasanya aku pergi sorg2 je sebab aku dah biasa kat sana.tempat itupun bukanlah cyber cafe , tapi hanyalah satu showroom mengenai sebuah perkhidmatan internet yang baru di situ.jadi orang ramai boleh testla internet service diorg power ke x..free beb.. dan , yang paling penting sekali ialah , ondway pergi ke situ , aku terpaksa menolak banyak pelawaan ayam atau pelacur yang anda boleh lihat di mana mana , dan harga mereka adalah sangat murah.. aku juga terpaksa mengisi satu borang survey untuk syarikat tersebut setiap kali selepas menggunakan internet..b

transformasi ke stereo.

brader bo cakap , " kau kerja kat sini untuk menggemukkan badan " aku gelak saje. semalam ada makan makan.lagi. semalam juga aku pergi memasang pc baru di jabatan perancang bandar dan desa . siap dgn monitor lcd yg besar serta wireless keyboard dan mouse. pengarah dan pegawai tertentu jela yang dapat.. memasang pc adalah senang, tapi aku harus menempuh pelbagai soalan seperti; takkan 5 bijik je? abes kitorg yang lain tak ada? pc ni tak datang dengan meja baru sekali ke? ni bagus ke tak bagus komputer ni? (,")

konspirasi bising internasional

ok selamat pagi semua. aku terpaksa menunggu seseorang..dan difahamkan bahawa menunggu adalah pekerjaan yang tkde sape2 pon yg suka.. di sini aku cuba senaraikan apa yang aku kau korang manusia lakukan dalam hidup mereka.. manusia berubah manusia menipu manusia dengki manusia hipokrit manusia mengingkari janji manusia syok sendiri manusia lupa manusia leka dan lain lain lagi...perkara ini kita akan lakukan dengan sengaja/tak sengaja/tak sedar atau apa2 lah.. ok aku cuba kasi contoh pasal manusia menipu. jika anda berjanji dengan seseorang , datanglah 10 minit lewat. jika dia berkata , "aku ondway"; maksudnya dia baru nak jalan. jika dia berkata , "aku dah nak gerak"; maksudnya dia baru nak siap. jika dia berkata , "aku tgh siap"; maksudnya dia masih baring dan bermalas-malasan. jika dia berkata , "5 minit lagi sampai"; maksudnya 15 minit lagi dia sampai. manusia menipu.

suralaya dalam D major.

Image
alo. hari ini telah diadakan 'majlis makan sakan bersama rakan' di depatment aku.Ok jika korg rasa nama majlis ni agak poyo,err...mmg pon.sbb aku baruje reka.cam menarik aje bunyiknya. disebabkan kekenyangan yang melanda, pada waktu tghari aku telah membuat keputusan untuk ke masjid negeri yang tak berapa jauh dari sini.ini adalah disebabkan masjid ini dilengkapi dengan aircond di setiap sudut dan membuatkan anda akan berasa seperti di moscow. dan yang paling penting.lepas solat zohor aku bolela tido kat situ.ok mungkin perbuatan ini berbunyi keji tapi mmg ramai org baring kat situ lepas semayang...(ayat backing diri sendiri) gambar ini tiada kaitan dengan cerita..aku hanya sekadar nak berkongsi rasa kekecewaan aku terhadap 'sumpahan emirates' yang berlaku kepada arsenal..4 perlawanan berlaku perkara yang sama, arsenal mengawal setiap penjuru padang dan menyerang bertubi tubi..tetapi hanya berkesudahan dengan seri. dan akhirnya minggu lalu..mereka tertewas.. "ah ci

horia teria ho

Image
orang suruh kerja aku pegi tulis blog. aku terlupa bahawa penyelia aku di pejabat ini , kak zaimah memberitahu aku semalam yang dia ada membaca blog ini. ini bermakna...alamak..err..yang aku cerita aku tido kat surau dulu2 tu aku main2 aje. (kantoi) tapi takpe kot..seba b kak zaimah adalah seorang yang menyukan (sporting) jadi die paham anak2 buah die ..yela kot..kan kan.. alahai... aku juga telah meletakkan link beliau kat tepi ni sebagai taktik mengambil hati beliau.dengan tindakan aku ini mungkin beliau akan menganugerahkan aku anugerah pelajar praktikal paling berwawasan dan bersahaja.hahha. nampaknya semakin mengarut. banyak filem yang ditayangkan pada hari raya kat tv haritu..siap pontianak pon ada.tak ada kaitan dengan raya langsung.bila aku tgk cerita pontianak ni aku telah menyedari bahawa banyak filem yang aku tunggu2 tayangannya selama ini..ialah dalam kategori filem seram.. 1.puaka tebing biru. aku mmg ikut perkembangan filem ni dari proses pembikinannya lagi sebab ianya