Posts

Showing posts from May, 2007

hipokrasimu

aku tidur pukul 6 pagi tadi, selepas menyaksikan kekalahan liverpool di final. orang man u kata , " lebih baik kalah semi daripada kalah final ". orang liverpool kata , " lebih baik masuk final daripada tak masuk final ". hari ini aku rasa aku mau tulis panjang2 dekat sini disebabkan hari ini secara officialnya aku telah meninggalkan ukm.meninggalkan kawan kawan.meninggalkan alam mimpi. aku tulis entry ini dengan laju , jadi sila baca dengan laju. (bak kata mikon) sebelum berangkat pulang ke seremban hometownku syurgaku , aku salam kawan2 seperjuangan yang sedang menghabiskan sisa2 hidup sebagai student ukm. ada yang pesan nak mintak keja dengan bapak aku. ada yang suruh aku doakan supaya dia rajin sembayang. ada yang suruh aku doakan dia supaya dia kawin cepat. lega jugak bila aku dah chow dari situ.. dah tak ada C++ , java yang perlu aku fikir. tiada 3dml dan tiada Flatland Rover. tiada model baka atau psikodinamik. tiada lagi metodologi dan kajian kesusasteraan.

tahyul

Image
mak aku adalah seorang wanita pesimis yang gemar kepada benda benda tahyul. mak aku suka layan member dia yang suka menurun. hari itu member dia menurun..dan bagitau mak aku yang adik aku kena kawin dengan anak no3. dan mak aku suruh adik aku carik balak anak ke-3 keesokan harinya. aku cakap, "die kene putus cinta 5 kali dulu , baru boleh jumpa anak no3 tu" mak aku , "apasal kau cakap mcm tu" aku bagitau yang aku boleh menurun jugak. tapi malangnya mak aku tak layan. atau mungkin aku patut tukar ayat awal aku tadi kepada: mak aku percaya kepada benda2 tahyul kawan dia yang menurun tu bagitau sahaja. selamat hari ibu mak.(tahun ini aku lupa nak wish dekat dia) p/s; adakah muka aku sama seperti asyraf sinclair?

bab 3 : mimpi dan alamat

semalam gua jumpe antu. gua tanye hantu tu... "kau ni mmg betul2 ade ke ni? ke aku mimpi je ni?" hantu tu cakap kat aku..."this is real dude" aku tak ingat die cakap apa sebenarnya..main type je tu.. pastu aku jalan2 lagi..terjumpa la pulak dengan kawan gua iaitu ah cong. tiba2 ah cong cakap kat gua bahawa exam gua mantap...4 flat tuuu. gua tanye ah cong... "kau biar bena woi..sekali aku mimpi je ni.." ah cong bagitau yang ini bukan mimpi.. disebabkan gua tak puas hati gua tanye lagi skali. "ni bukan mimpi kan?" ...lepas tu aku terjaga...mimpi rupanya. cirittttttokompostrakosotosss

bila viva berakhir..

hari itu aku tengok semua orang buat muka serius. cuak sungguh. kalau ada yang senyum...turn dia dah lepas la tu. aku kena present final project aku depan 5 orang lecturer. tunggu turn dari pukul 2 sampaila pukul 6 dahla aku tak makan dari pagi sebab goyang.. sambil2 tunggu turn tu sempat jugakla aku mengunyah keyboard pc makmal sebagai tanda kebulur.. ada kawan aku yang dah keje time present tu. bolela belagak kat lecturer.. "saya dah keje ni..ni pun mintak cuti half day sebab nak viva ni.." aku tak pakai skill tu. aku pakai skill..."company tu mmg dah nak belila project yang saya buat ni" ok kepada kawan2 yang pergi interview tu good luck la... dan tahniah kepada yang dah keje tu. "...You're not your job.you're not how much money you've got in the bank. You're not the contents of your wallet. You're not your family, and you're not who you tell yourself.... You're not your name.... You're not your problems.... You're not y

takziah

aku berasa sangat sedih dan kecewa dan bengang sebab seorang kawan aku baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. takziah kepada john locke.. yang meninggal dunia pada lost season 3 episode 20.. tamat sudah watak yang aku agung agungkan selama ini... john telah dibunuh oleh ben dalam perjalanan pulang dari berjumpa jacob , orang yang paling berkuasa di pulau itu. " Well, I guess there's a first time for everything. " -john kepada ben , selepas ben memberitahu tiada sesiapa yang boleh berjumpa jacob selain dirinya. bye bye john locke.

hantu? mana hantu?

Image
oleh kerana kami terpaksa melepak kat ukm ni tanpa hala tuju untuk beberapa minggu lagi... maka malam itu... kami telah membuat satu program kembara amal. atau nama tidak rasminya merayau di dalam U berjalan kaki di sepertiga malam. dulu2 pun cikgu aku selalu galakkan kita orang buat macam ni. tapi tu beribadah di sepertiga malam la, bukan merayau-rayau. dalam ramai2 , aku yang paling goyang..sebab setiap tempat yang kitorg jalan adeje cerita dia.. seram tuuu... tapi aku rasa kalau orang lain nampak kitorg , diorg igt kitorg hantu.. di bawah ini ialah hasil penemuan entiti yang tiba tiba muncul sebelah aku dalam gambar aku malam itu. seram kan..kan... kelihatan makhluk halus itu tersenyum ke arah kamera...jangan biarkan hidup anda diselubingi.....misterii....