Posts

Showing posts from September, 2007

the science of sleep

ada beberapa golongan yang wujud dalam satu komuniti, yang boleh kita kategorikan sebagai jenis A, B, C, D, E dan mungkin F. apa yang aku mahu kata, mari kita jangan tergolong dalam kategori-kategori ini. kita buat liga kita sendiri. majoriti rakyat malaysia pergi sekolah. pelajaran mereka semakin lama semakin menjurus kepada satu bidang apabila pelajaran mereka memasuki level yang baru. dan apabila tamat belajar, mereka kerja. yang belajar engineering, jadi engineer. yang belajar achitecture, jadi architect. apa kata kita tak perlu jadi seperti ini. mari join liga di mana kamu semua harus mencari satu lagi x factor untuk melengkapi specialization yang kamu ada. pada setiap level dalam hidup, kamu semua sentiasa mempunyai satu lagi anak tangga yang perlu dinaiki. sebagai contoh pencipta mcdonald pada asalnya pandai membuat hamburger. bagaimana dia berjaya? dia belajar real estate. business sebenar beliau ialah bagaimana mencari potential place untuk franchise beliau, burger dia biasa j

duhai maha, siramilah.

Image
halo semua orang. hari ini saya telah merasakan sedikit kegembiraan sebab ada 'duit dari alam ghaib' yang tiba-tiba muncul dalam akaun bank saya. akibat merasa pelik, ape lagi saya pun keluarkanlah duit itu cepat-cepat. langkah pertama saya adalah simpan separuh duit itu ke dalam akaun lain. selepas itu saya telah membelanja emak saya rm 500 tanpa sebab. selepas itu saya main internet. aku telah jumpa satu benda yang kool selain daripada email untuk future(futureme.org) yang aku cerita haritu. morphthing membolehkan anda menggabungkan gambar wajah anda dengan orang lain. sungguh mudah, hanya perlu upload 2 gambar dan morph. aku telahpun menerai (mencuba) morph gambar jude law dan brad pitt, tiba-tiba hasilnya keluar gambar sebijik cam muka aku. pelik bukannn? haha contoh, aku+charlize theron♥=maknyah cun ok sebenarnya aku buat banyak gambar aku+si kacang♥ tapi takkan nak post sini pulak kan? poyo gila. layan sendiri sudaa. selamat mencuba!

apabila juadah sahur anda ialah bolasepak.

Image
sedikit mengenai champions league minggu ini. yang tak layan bola, pergi sambung kerja. cristiano ronaldo minggu ini pulang ke portugal untuk menentang kelab asalnya, dan menjaringkan gol. dia mengangkat tangan tanda meminta maaf kepada penyokong tuan rumah. apabila perlawanan tamat beliau mendapat tepukan gemuruh di Lisbon. sama seperti apa yang berlaku pada henrik larrson ketika beliau pulang ke celtic beberapa season yang lalu. peringatan: anda perlu jadi hero yang benar-benar kelas 1 untuk menjadi seperti ini. kalau tak, confirm dah kena boo atau baling botol macam rooney balik everton. mungkin lepas ni giliran Henry? di sini juga aku ingin selitkan gambar aku dengan Henry sekitar 2000 di Stade de France. siapa kagum, angguk tiga kali. tata.

kenapa masjid ada karpet merah? sultan selangor datang solat tarawikh.

kumpulan kami membuat satu case study mengenai sebuah syarikat yang dimiliki oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah, dan aku menyedari betapa syarikat ini mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit, iaitu fadzilah kamsah sendiri. itu kita panggil goodwill. macam david beckham yang bernilai kira-kira RM10 bagi setiap saat dia bernafas. atau mawi yang bernilai beratus ribu sebulan. "apa yang kami perlu tahu ialah apa itu asset, memilikinya, dan kami akan kaya?" "it's that simple" , rich dad jawab. "jika ia semudah itu, mengapa semua orang tidak kaya?" "sebab mereka tidak tahu beza antara asset dan liabiliti", jawab rich dad lagi. pergi cari beza asset dan liabiliti. apa yang aku boleh kata ialah, asset ialah apa saja yang boleh mendatangkan income. ok kepada kamu semua yang baca ini, pergi cari duit dan beli apa sahaja asset yang kamu mampu. apa jua jenis asset. lupakan handphone baru atau shit-we-dont-need yang lain. bila keluar, pakai baju b

lee chong wei menang, taufik hidayat kalah lalu meminum air tanda tak puasa.

Image
bagaimana puasa hari ini? aku harap kamu semua betul-betul dapat apa yang kamu cari di bulan Ramadhan, dan bukan hanya lapar dan dahaga. minggu ni boleh dikira sebagai minggu yang baik untuk aku, menyambut hari lahir si kacang, arsenal menang, berbuka puasa di kampung, investment berjalan lancar. dan, semestinya champions league dan heroes bermula. fuh nikmat sungguh. er, maksud aku benda nikmat di samping ibadah di bulan puasa. aku juga berasa janggal kerana tidak mengalami stress untuk beberapa hari, sebab lecturer aku cakap orang yang tak ada stress adalah orang abnormal. orang abnormal pun selalunya ada stress. aku tetap merindui LOST . siapa yang tak suka lost, pergi layan series lain, aku cadangkan cinta medik atau apa2 drama yang ada awal berlakon. sekian.

ramadhan, aku cakap. what's that? tanya thomas.

Mutawali merupakan classmate yang selalu menegur aku di kelas. mungkin aku pernah beberapa kali cakap arab dengan dia. jadi dia suka tegur aku. "kaifa haluk mutawali?" "haiya nazhabu ila hadikatul aghnam" "ana uhibbu aruz wa dujjaj" aku cakap kat dia. "aiwahh.." dia jawab. macam kamu semua selalu dengar dalam lagu yasin. aku suka borak dengan dia sebab banyak benda aku dapat. kalau lepak dengan budak-budak iran, biasanya aku belajar mencarut dalam bahasa parsi dan mereka belajar mencarut dalam bahasa melayu. kiri! aku dan mutawali berbual mengenai cara dia menyambut ramadhan di Sudan. dan bagaimana masyarakat di sana menyambut Aidil Fitri secara sederhana , Aidil Adha secara besar-besaran. di sana, biasanya mereka membeli seekor kambing hidup-hidup dan terus campak dalam bonet kereta.Bila sampai rumah, anak-anak diorang akan main2 dengan kambing tu untuk satu malam. dan esoknya, mereka sembelih dan makan kambing tu sama-sama. haha. selamat berpua

nin jiom pei pa koa

hari itu aku bagitau beberapa pelajar wanita kelas aku, 2 dah kawin dan sorang lagi dalam proses. aku cakap, mamat dari saudi tu hensem gila. lelaki arab ni, kebanggaan dia ialah macamana dia jaga jambang dan janggut dia, tambah aku lagi. mereka jawab, "kau gay." kepada orang lelaki semua, jangan sesekali sebut pasal kehenseman lelaki lain. dan semalam aku baru tau tok degawan yang nyanyi lagu dalam gila-gila remaja. p/s=satu lagi hari yang bosan di internet.

booth 15, Property & Home Exhibition, Alamanda Putrajaya.

ada satu teori yang kita panggil, work-life balance. teori ini membincangkan bagaimana work life dan social life perlu seimbang, untuk seseorang itu lebih maju di dalam kerjaya mereka. ini bermakna life aku adalah salah, secara teori. mana ada work-life balance kalau kamu bekerja dan belajar pada masa yang sama. tapi itu secara teori.teori hanya untuk jawab exam. secara realitinya, ia adalah jauh lebih teruk daripada teori. hari ini selepas sejam belajar di dalam kelas, kami mula bergerak ke sebuah tempat penternakan kambing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai business ternakan kambing. kambing-kambing di situ diberi makan napier grass (aku tak tau ejaan betul dia), sejenis rumput yang mampu memanjang dalam masa yang sangat singkat. dalamlecturer aku kasi penerangan tu dengan selamba dia boleh makan sekali rumput tu. ada beberapa classmate aku juga cuba mengambil hati lecturer dengan buat2 berminat untuk rasa rumput tu.aku tak nak. biasalah, aku kan cool. tapi tiba2 sorg awek class

aku lapar. bagi aku makan.

maksud aku jiwa aku lapar. hidup aku dah tak ada hiburan. hanya sedikit internet di sebelah malam. itu pun yang ada hanya neraka, persetankan regret dan saharil . dan fantasy football . damn. aku dahagakan blog bermutu, live matches dan LOST.

so, do you like fat guy with no money?

perempuan cakap, lelaki kuat menipu. sebenarnya tidak.lelaki tak suka menipu.lelaki cuma suka 'menerangkan hal sebenar'. bila lelaki kantoi buat benda yang perempuan tak suka, perempuan akan membebel dan lelaki akan, bukan menipu, tapi menerangkan hal sebenar. faham? sebagai contoh.pada zaman dahulu, tinggallah seorang lelaki tua yang hanya bekerja mencari kayu api.aset yang dimiliki oleh beliau hanyalah sebilah kapak buruk.satu hari kapak beliau terjatuh ke dalam tasik.beliau berasa amat sedih dan kecewa. datanglah isterinya dan membebel " tula sape suruh mengelamun blablablabla " tiba-tiba muncul jin tasik dan memberi kapak emas kepada lelaki itu. " ini bukan kapak saya " jawab lelaki itu dengan jujur. seterusnya kapak perak dan gangsa. dan akhirnya kerana jujur, beliau mendapat kesemua kapak emas,perak, gangsa dan kapak milik beliau. tidak beberapa lama selepas itu, lelaki itu berjalan-jalan di tepi tasik itu bersama isterinya. tiba-tiba isterinya terjatu