Posts

Showing posts from August, 2007

mampukah apa yang kita bina hari ini membawa kita ke hadapan? selamat hari kebangsaan ke-50 dari petronas

iklan di atas adalah berbayar. hari ini aku dikejutkan dengan sebuah email yang sama-sama aku dan si kacang tulis pada tahun lepas, melalui laman web future me . masa tu aku dengan dia tengah buat praktikal.biasalah takde kerja jadi aku jumpa benda tu dan cadangkan dekat dia supaya menulis email untuk future.canggih kan bunyik dia? aku pun tak tau apasal masa tu aku boleh pilih 31 ogos 2007, mungkin semangat patriotik yang tinggi di dalam jiwa sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan aku tu. well. berikut ialah kandungan email yang baru aku dapat tadi.aku dah tak ingat langsung pasal benda ni.macam nak nangis bila baca ...(ok sila cakap aku poyo) (The following is an e-mail from the past, composed on Friday, October 13, 2006, and sent via FutureMe.org) Dear Future Farid Fadhly, nampaknya syg dh grad. i bet skrg ni dh bbrp hari/mggu sejak dpt ijazah tu. so, dh dpt keje blom? org rs mesti syg dh keje....sbb syg kan xsabar2 nk keje. lgpon b4 dpt ijazah tu syg dh keje kan. congartulations s

hujung bulan,

Image
semua graduan segar (fresh graduate) sekarang secara majoritinya mempunyai misi dan visi yang sama, tengah mencari wang. tahniah kepada kawan aku yang dah ada business ternak kambing kecil kecilan. kepada yang kerja dengan orang, selamat ambik duit gaji. yang tak kerja, selamat bekerja nanti, dan lepastu selamat dapat gaji. nah kamu semua, ambik duit ni. aku belanja. perhatian: 1) click gambar, kemudian right-click dan print. 2)gunting dan lekatkan bahagian depan dan belakang wang. 3)print 10 kali untuk wang bernilai RM100. jika mahu RM5000, kira sendiri. 4)kertas double A lebih afdal. selamat mencuba!

hari yang indah ialah bila kamu tidak perlu belajar dan boleh menonton bola sepak.

the last word on power. baru-baru ini lecturer aku telah menjemput seorang wakil dari MAS, untuk menceritakan pengalaman beliau selama 20++ tahun dalam syarikat tersebut. beliau mula menceritakan bagaimana MAS dulu dan sekarang. bagaimana MAS mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. bagaimana seorang lelaki bernama Idris Jala bertanggungjawab merombak semula MAS dan menyelamatkan syarikat tersebut. dan beliau melakukannya dengan satu sumber inspirasi- sebuah buku berjudul the last word on power. semua pelajar diberi peluang untuk membelek2 buku tersebut. "its a heavy book.takes time to finish it".dia cakap. aku pegang buku tu, tak berat pon.ringan je. (kamu semua, at least cuba senyum, aku buat lawak tu) aku tak suka baca buku..kalau setakat buku pelajaran tu...er..lagila aku tak suka. aku teringin nak baca buku.teringin je laa.. aku hanya suka baca blog dan surat khabar. walaupun ada orang kata apa yang kita boleh percaya dalam akhbar hanyalah keputusan nombor ekor. jadi aku

ayyo, onnodai intelligence pathu kannu koosadhu

aku tak faham macamana lecturer MBA boleh cakap selama 3 jam tanpa henti. tak nampak ke kau punya student semua buat kerja lain? hari ini waktu dalam kelas aku dah berjaya menguasai beberapa perkataan mencarut dalam beberapa bahasa seperti bahasa perancis, bahasa parsi dan bahasa rusia. aku rasa macam kool je perbuatan tu. (sebab tula aku tulis kat sini) di dalam kelas juga aku terfikir, kenapa lecturer bagi Master dalam pentabiran perniagaan, yang begitu hebat dan berpengalaman, tidak mentadbir perniagaan? kenapa dia jadi lecturer? apasal dia tak buat business sendiri? berapa banyak lecturer yang betul-betul mahu jadi lecturer pada asalnya? dan adakah anda betul2 tahu, apa yang anda mahu jadi? ok sila jawab semua soalan ini dan hantar pada saya minggu depan (ada gaya lecturer tak?) Jenny: Do you ever dream, Forrest, about who you're gonna be? Forrest Gump: Who I'm gonna be? Jenny : Yeah. Forrest Gump: Aren't-aren't I going to be me?

sejauh mana wireless rumah anda boleh mempengaruhi kehidupan seharian.

farid fadhly: pukul brape makan farid fadhly: lapar la pulak farid fadhly: 麥擱共啊~~ r k: pas maghribi farid fadhly: ok r k: kang mak panggil ya, kami sekeluarga berhubung melalui laptop dari bilik masing2 di rumah. *sigh

man u tersungkur.dan tidur aku mungkin lebih nyenyak jika arsenal menang.

Image
ketika aku menulis ini ,blog ini telah berusia 1 tahun 12 hari, dan selama itu jugalah gambar kat atas ni berada di situ. seorang pembaca setia blog ini* bertanya, "kenapa kau letak gambar tu?" pada hari ini, setelah 1 tahun 12 hari, aku nak cerita sikit pasal gambar ni. gambar ini adalah gambar seorang lelaki memegang payung yang sedang terbang mengikut flow.beliau juga sempat menarik tangan seorang perempuan untuk bersama-samanya. go with the flow secara mudahnya bermaksud - aku pada waktu ini ialah seorang pelajar master dalam business admin, juga memain peranan dalam business bapak aku secara part time, mempunyai seorang awek yang sudah bekerja yang perlu dijaga,menghabiskan masa di upm dan office, dan sedikit masa di hujung minggu untuk buat semua benda yang tak mampu dibuat pada weekdays. jadi 'go with the flow' di sini merujuk kepada segala keputusan,cara berfikir,tindak tanduk,personaliti dan ketrampilan haruslah dibuat berdasarkan situasi aku yang disebutkan

mengapa ubi jadi kayu, gigi sakit, pencuri kena tangkap dan perempuan mengandung.

sebab lambat cabut. p/s=arsenal menang lagi, dan man u the red devils masih kekal di dalam neraka. i sukeeeeeee.

aku tak suka siti nurhaliza. terutamanya kalau dalam talk show.

"so amacam siti skang dah kawen?" "siti dah gemuk skarang?" "siti mengandung ke?" "siti nak anak berapa?" "dato k bagi support tak?" "honeymoon?" hiburan,gossip dan puji-pujian. itu yang kita suka. tapi aku suka adlin aman ramli.dia pandai tanya soalan. "lagu apa yang dato k selalu request siti nyanyi sebelum tido?" err...menyanyi macamana tu? =)

lihat kampusku yang tenang. damainya alam ciptaan tuhan.

Image
ok pada pendapat aku meletakkan gambar sendiri di blog adalah keji. tapi setelah dirujuk akta blog bab 34: gambar konvokesyen takpe. entri ini diisi dengan gambar-gambar yang mewakili perasaan aku pada 12 Ogos 2007. melalui gambar-gambar ini, sila tulis karangan cereka dengan perkataan anda sendiri, tidak melebihi 2500 patah perkataan. tata!

EPL , konvokesyen , kayangan dan EPL.

Image
English Premier League telah bermula.Aku lebih looking forward untuk match arsenal malam ini berbanding konvo. Hari ini hari konvokesyen.Hari yang sepatutnya menjadi hari yang dinanti-nantikan oleh aku. tapi feeling tu masih tak ada lagi.dah sampai sana nanti baru ada kot? bapak aku boleh ajak aku pergi tengok tanah ketika meeting semalam. aku cakap " lupa ke? " dia jawab " oo..ha ah..kalau macamtu ayah pergi sorang je la " takpelah, biar semua orang buat kerja yang semua orang suka. pagi2 lagi tadi dia dah keluar.jangan pukul 12 tak sampai rumah lagi sudah. filem kayangan sedikit mengecewakan aku.tiada kelainan seperti yang aku harapkan. permulaan filem ini memberikan sedikit harapan kepada aku di mana watak fazura , graduan human science , gadis Kuala Pilah ,yang tidak mahu bekerja di kota terutamanya KL kerana membenci kapitalisme. filem ini sepatutnya mengetengahkan watak fazura yang terperangkap dalam idealismenya sendiri. tetapi setelah berjumpa dengan anak-

blues malam raptai konvo

cinta itu love. aku cinta kau. aku rasa cinta bila kau telefon,aku jawab 'kejap lagi org call balik' dan kau merajuk. aku rasa cinta bila kau telefon masa balik kerja tapi aku dah tidur.dan kau merajuk. aku rasa cinta bila aku nak merajuk,kau tak pujuk tapi kau pulak yang merajuk , last2 aku yang pujuk. aku rasa cinta bila aku kutuk kau tulang dan kau kutuk aku capang. dan juga bila kau sepak aku sambil cakap "babita!" aku rasa cinta bila aku baling telefon sebab gaduh dengan engkau. tapi tak apa, sekarang aku dah pakai phone murah. tapi bila dah pakai phone murah,aku dah tak suka baling telefon lagi. sebab sekarang aku dah pandai , kalau gaduh dalam telefon, esok mesti kau baik balik dengan aku punya. cinta itu love. aku cinta kau. aku cinta kau,si kacang. p/s=esok kita baik balik kan?

negaraku..negarakuku

video 'negarakuku' yang disiarkan di youtube telah menjadi bahan bualan hangat semalam. mak aku pun dah pandai layan youtube , bermula dari semalam. kool kan mak gua? beberapa hari lepas mak aku tiba2 cakap , "mak teringinla nak tengok simpson movie.jomla temankan mak.." dalam erti kata lain mak aku offer aku jadi driver dia. maklumlah,tempat yang mak aku tau kat bangi ni cuma warta , billion dan restoran asam pedas. itu pun kalau jalan dari rumah.kalau dari tempat lain confirm dia sesat. memandangkan aku dioffer untuk layan wayang free, dan aku memang anti sosial sekarang, maka aku telah menyertai PMWBI (program-menonton-wayang-bersama-ibu) tersebut.. sesampai di mines sementara menunggu show bermula mak aku pergi masuk kedai kasut. disebabkan show nak start aku masuk kedai tu untuk panggil dia...kemudian 3 aweks jurujual tu tanya " makcik nak pergi mana nak cepat2 ni makcik?" "err..nak pergi tgk wayang..ni ha anak makcik ni la yang paksa makcik tema

ke arah kecemerlangan filem malaysia.

jikalau anda menonton FFM ke-20, anda dapat saksikan yang natasha hudson telah memenangi anugerah pelakon harapan wanita bagi file chermin .tapi yang ambik hadiah orang lain.dia tak datang. aku tau apasal dia tak hadir malam itu. aku jumpa dia kat seremban.gempak kan aku... mula2 dari belakang aku ingat orang putih mana yang tiba tiba lepak kat seremban ni.lepastu aku tengok dari depan...waa natasha hudson siut.. mari kita ikuti perbualan aku dengan beliau: aku: weh natasha hudson, po cito kau kek somban lak ni? natasha: ak ela..den memang orang somban..apola ekau ni. aku: mak aihh..sekampung la kito.. natasha: yola...den ni nampak yo camni..den org kampung yo.rumah den kek pilah. aku: la..orang pilah kosan eh...eh beburak ni raso koring lak tokak ha..jom poie minum jap.. natasha: elok bona la tu..buleh kito chill.. selepas itu aku dan natasha hudson melepak di kedai mamak sambil berbincang mengenai masa depan.. ops , baru aku sedar.itu aku berangan je.lepas aku nampak die tu..err

untukmu hasif ariff halim

hari ini aku ada feel sikit tak bestla. tapi aku tak tau pasal apa. sebelum ni aku ada baca atau tengok kat tv , ada orang yang jadi tak betul dan tak tau nak buat apa, sampai dia boleh gelak dan nak nangis dalam masa yang sama. dan aku baru buat macam tu sebentar tadi. adakah itu stress? atau temporarily insane? temporarily insane adalah bagus bila saat saat tertentu - macam kes seorang lelaki yang menikam isterinya di bahagian dada sebanyak 20 kali satu ketika dulu. beliau terlepas daripada hukuman kerana dipercayai ' temporarily insane'.orang siuman tak tikam isteri 20 kali. jadi kepada siapa-siapa yang mahu tikam orang , anda sudah tahu berapa tikaman yang perlu dibuat untuk terlepas dari hukuman. haha. berbalik kepada situasi aku tadi , mungkin benda tu berlaku sebab lawatan kelas aku ke sebuah company di midvalley dibatalkan dan kelas berjalan seperti biasa di upm. gampang betol.tak pasal2 kena buat assignment. atau mungkin, hakikatnya belajar adalah stress. untuk menghil