Wednesday, March 12, 2008

pagi.

implikasi daripada political scene di Malaysia haritu, kita dapat tengok klci jatuh menjunam macam kita pulas kepala paip habis-habis pastu tak tutup2. pukul 2.58 bursa tutup sekejap, for the first time dalam sejarah sebab market dah down cecah 10% dalam masa beberapa jam.

bila bukak balik market rebound sampai semalam, tapi still tak kuat sangat.

winners: long term investor.

start invest. buy low sell high. warren buffet kata start early.

kalau anda start saving rm100 sebulan pada umur 25, dengan compunded interest 12% setahun, anda ada rm979,307 pada umur 65.

lu orang pikir la sendiri (nabil la pulak)

Wednesday, March 05, 2008

berita hari ini.

hari ini ada 8 orang imam di kelantan kantoi time nak pergi cashkan cheque.

dan siti nurhaliza.

ta!

Monday, March 03, 2008

ahmad

aku ada sebuah pendrive.

size nya 1gb.

pendrive ini aku beli masa belajar di ukm dulu, aku tak ingat berapa ringgit.

pendrive ini aku letak sekali dengan key chain kunci kereta aku.

pada sabtu yang lepas, aku pergi menonton arsenal di UIA gombak.

UIA banyak orang arab.

baru aku tau orang arab ramai sokong arsenal.

setelah game tamat, aku telah tercicir kunci kereta.

aku menjadi sangat takut, sebab spare pun mmg dah tak ada.

keesokan harinya seorang mat arab telah menelefon aku dan memulangkan kunci kereta itu. ahmad namanya.

aku menjadi sangat gembira, rupanya dalam pendrive tu ada resume aku.

selepas berbual-bual, ahmad sempat mintak sebatang rokok.

aku cakap aku tak ada, aku bagi dia sepuluh ringgit.

TAMAT.