Posts

Showing posts from 2009

anda segan nak mintak hutang kat kawan-kawan?

Image
ingat, RM jutaan & ribuan sahaja!

khalifah

pada suatu zaman dahulu, manusia hidup untuk survive . mereka memburu untuk makan. bertukang membuat rumah untuk berteduh. tapi bukan semua orang reti memburu dan bertukang. Orang yang pandai buat rumah akan 'berniaga' dengan cara menjual perkhidmatan membuat rumah mereka dan dibayar secara barter. mungkin dengan makanan yang banyak. Jika orang yang pandai buat rumah tidak banyak dalam sesebuah penempatan tersebut, maka mereka boleh demand barang-barang yang lebih sedikit dari average, mungkin makanan macam ikan jenahak atau kain sutera. its about supply and demand. manusia perlu menuntut ilmu supaya mereka boleh memiliki kemahiran tertentu, agar mereka boleh hidup. oleh kerana sistem barter sangat leceh, mungkin seseorang peniaga tak ada barang yang pelanggan mahu dan sebaliknya, duit telah dicipta sebagai 'medium of exchange'. Manusia akhirnya hidup aman dan damai kerana boleh mendapatkan keperluan hidup mereka dengan mudah. Mereka boleh makan, berteduh, beribadah se

muallaf

Image
akhirnya, tanpa deleted scenes, 'muallaf' akan ditayangkan mulai esok. walaubagaimanapun dua baris dialog akan di-'mute'-kan, iaitu "you look like nuns" dan "people will think we're wahabis"; according to amir muhammad. islam dalam konteks dunia adalah sangat diverse, kalau kita kumpulkan orang islam malaysia, turki, iran, china, afrika, arab saudi etc., rasa-rasa dengan mata kasar pun kita boleh nampak beza. Di Malaysia, orang islam melayu lebih sensitif, lagi-lagi kalau sebut pasal wahabi. aku rasa kalau aku cerita sikit apa aku rasa pasal wahabi ni pun akan ada orang yang condemn. midvalley yuk

kalau ada anak macamni nak pergi kerja pun pikir 10 kali

rimbun dan redup kasihMu. Kau, tempatku berpayung.

Di manakah lagi dapat ku rebahkan rasa gundah ini. waktu sekolah dulu, dalam sebulan at least ada sekali dia orang ada buat satu program dekat surau. biasanya dalam program tu dia orang akan kumpul ramai2, tutup lampu dan 'kepala' dia akan lead dengan zikir munajat dan nyanyi lagu ketuhanan. Di samping itu kepala dia juga akan 'basuh' dengan kata-kata menusuk sampai ramai jugak budak-budak yang nangis menginsafi dosa masing-masing. tapi gua dan kawan-kawan biasanya akan tido, sebab alang-alang dah tutup lampu, tido la kan? hari ini setelah 8 tahun berlalu, gua miss saat itu. selamat tahun baru. hijrahkanlah diri ini

dengan nama tuhan, yang maha pengasih, maha penyayang

matahari terbit seperti biasa, tidak pernah terlewat walaupun sesaat. burung-burung terbang berkicauan di langit biru. sekumpulan mat bangla bergurau senda sambil berjalan ke kilang. politikus minum semeja sambil ketawa dengan ideologi perjuangan masing-masing. kanak-kanak bangun lewat dan berkira-kira apakah rancangan menarik cuti sekolah di tv hari ini. broker-broker saham berdebat dengan market outlook mereka. penebar roti canai sudah mula sengal-sengal tangan. laut, langit, gunung-ganang, serangga di darat dan ikan di lautan semuanya berzikir memuji Sang pencipta kehidupan, pencipta alam semesta dan pencipta cinta. what a beautiful day hidup adalah ujian interaktif yang menghiburkan, dan thank god we are still alive. ujian ini juga kadang kala boleh menjadi sangat kejam, supaya kita lebih dekat dengan Yang mencipta ujian. and yes, its a beautiful morning, sedang man united, chelsea, sp*rs, city dan liverfool tewas menghadapi ujian tuhan, 'budak sekolah sukan' arsenal menan

Pengalaman gua berbulan madu di Lisbon, Portugal

Image
kami juga sempat menyinggah rumah cristiano ronaldo dan monumen perang peninggalan alfonso d albuquerque di lisbon. sekian

henry pegang bola itu

Image
PARIS, 18 November 09, pasukan perancis atau les bleus telah berjaya melayakkan diri ke kejohanan piala dunia setelah bermain dengan masa tambahan ketika perlawanan playoff menentang Republik Ireland. walaupun match ini tidak keluar tv, penulis telah menonton melalui internet streaming bagi menyaksikan kemuncak perlawanan ini. ketika perlawanan seakan-akan perlu disudahkan dengan tendangan penalti, datang satu magic moment yang dihadiahkan oleh tuhan. thierry 'legendary' henry telah menahan bola dengan tangan, dan kemudian mengadjust bola tersebut supaya mudah untuk disepak, juga dengan tangan, dan disudahkan oleh william gallas. berbeza sedikit dengan maradona dan messi, moment magic hadiah tuhan ini masih akan dikenang sebagai "Le hand of god". dengan tenang beliau bermain bola tampar 'cheat' celebrate goal "gallas tidak celebrate langsung gol itu, beliau asyik buat muka macam budak sekolah fly yang takut kantoi disoal siasat oleh warden.", komen

pengalaman gua menonton bola di stadium paroi

gua telah dibesarkan di paroi sejak dari razali lagi. waktu tu, stadium paroi masih under construction. orang negeri sembilan layan bola kat tengah2 bandar. sekarang stadium tu dah jadi seremban parade. sekarang semua perlawanan bola n.sembilan diadakan di stadium paroi. nak turun stadium paroi tu memang jalan kaki je dari rumah gua. orang paroi dengan pasukan bola negeri sembilan ni boleh kata memang ngam la. kalau ada bola tu memang satu rumah tu akan turun beb, dengan nenek-nenek diorang sekali kalau ada. budak-budak sebaya gua dulu memang main bola petang-petang kat tepi stadium. sebab boleh usha pemain negeri sembilan training. ada satu hari tu gua dan budak-budak hingusan lain pernah dipelawa untuk berlatih dengan hero import n.sembilan dari brazil, gus cerro. "hey kids, come here play with me", dia ajak. gua main sebat je dialog tu. gua dan kawan-kawan terus menangis kegembiraan di situ juga. tapi rupa-rupanya bukanlah kitorang main sangat, sebab gus cerro suruh berba

tunjukkan saya perkara terindah di dunia

mereka tanya macamana life lepas kahwin. "terasa hidup lebih bermakna", aku jawab. "contohnya?" mereka tanya lagi. "banyakla.." aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Hari ini aku dapat satu jawapan untuk soalan 'contohnya' tu, sewaktu dia cium tangan aku lepas mengaminkan doa setelah selesai solat maghrib bersama. Kalau aku mati, aku mau mati dalam feeling yang macam ini. Email sent by my mobile

o re piya

scene paling touching tanpa menggunakan sebarang dialog, pemergian ibu hafiz secara simbolik dengan malaikat maut datang membawa buah-buahan, keseluruhan mood climax movie diwakili dengan tarian gadis india , dan setiap konflik watak-watak akhirnya diluahkan dan selesai pada persembahan malam talentime. i miss yasmin's movies.

selamat hari raya dari scha dan fahrin

celcom merupakan sebuah mobile dan broadband provider yang tidak asing lagi di malaysia. bernaung di bawah syarikat yang baru di-'rebranding' bernama axiata berhad, empayar syarikat ini boleh dikatakan boleh mengalami consistent growth setiap tahun di mana mereka setakat ini menjalankan operasi lebih 10 buah negara termasuk indonesia, india, sri lanka dll. axiata berhad juga dengan bangga memberitahu produk celcom 3G mereka boleh didapati dengan full coverage di puncak gunung kinabalu dan di tengah hutan Maliau Basin di pendalaman sabah. celcom juga telah menggunakan fahrin dan scha sebagai model iklan mereka. iklan dia kira macam ala-ala 'sweet' gitu. berbaloi-baloi... pada hari raya ke-5 yang lalu, celcom telah bagi panas line. satu malaysia huru hara. ada yang terlepas deal juta-juta katanya. tapi counter axiata yang disenaraikan di papan utama bursa malaysia telah mencanak naik pada hari itu. gua yang dekat kl masa tu pun problem, lagi kan puncak kinabalu. satu kerj

selamat hari raya dari future

Image
hi farid. gua adalah diri lu dari future. tujuan gua mencoret warkah ini ialah untuk memberitahu lu supaya rilek sikit. gua tau lu skang tengah pening pasal kerja dan dalam masa yang sama sibuk membuat 'persiapan'. lepastu balik rumah pun lu kena bincang pasal kerja dengan bapak lu. rilekla bapak lu bapak gua jugak (tetibe). peh gila tension bai. kata orang berakit-rakit ke hulu, berenang renang ketepian. biasala tu beb. gua rasa lu patut buat satu list apa priority kerja yang lu kena buat mulai skarang. dari yang paling penting sampai yang least penting, dan bila due date. kalau tak esok lusa kompom lu lagi pening punya. oh lupa nak bagitau, hari ini hari raya. tak lama lagi lu pun nak raya kan, dahla lu satu apa pun tak setel. okla gua nak chow, bini ngan anak-anak panggil. diorang semua kirim salam kat lu. ta! salam aidilfitri farid fadhly sekeluarga 1 syawal 2018 (pada tahun ini internet telah menjadi terlalu canggih hingga boleh menghantar email ke masa silam)

rekod dicipta untuk dipecahkan.

Image
malam tadi, lightning bolt telah memecahkan lagi rekod dunia yang dia sendiri cipta. bila melihat kejayaan demi kejayaan yang dicipta oleh beliau, jangan sesekali anda fikir "ah, he just born special. dia memang dah lari laju tengokla badan dia macamana" etc. there's must be something special about this man. mesti ada satu rahsia yang pelari-pelari lain tidak tahu. mesti ada sesuatu yang dia buat tapi pelari lain tak buat. kalau anda pernah dengar/baca the secret atau law of attraction, secara ringkasnya semua successful people dalam dunia ini (termasuk bolt) mempunyai mentaliti dan mindset seorang yang berjaya sejak dari dulu lagi. dari kecil golongan ini memang live as a winner, mereka berfikir sebagai seorang winner, bercakap, bergaul, bermain dan (sila tambah kata kerja yang lain) sebagai orang yang mereka mahu jadi. bolt won the match even before the game, dia 'hidup' sebagai champion dan orang percaya yang dia seorang champion. Adakah dia perlu risau denga

orang hebat akan pergi ketika dia di puncak karier.

pada tahun 2001, gua dan empat orang budak sekolah gua yang lain telah mewakili daerah seremban barat dalam jambori pengakap peringkat negeri. sepanjang jambori itu, aktiviti malam hari ialah menyanyi beramai-ramai dan aktiviti memekak team seremban barat diketuai oleh seorang macha. nama dia gua kurang ingat. selain lagu-lagu pengakap, macha ini juga akan lead kitorang dengan lagu2 hip zaman tersebut seperti lagu junaidah 365 dan pergi tak kembali. salute beb orang india boleh hafal lagu rabbani. Al Fatihah kepada Arwah Ustaz Asri.

below average, average, above average.

walaupun kata m nasir ijazah terbaik datangnya dari jalanan- dari pengalaman bersalaman dan bercakaran, kelulusan akademik adalah satu perkara yang lain. orang yang ada phd berfikir tidak sama dengan cara orang yang ada master berfikir dan begitulah seterusnya. proses menuntut ijazah master adalah lebih straight forward di mana cuma ada 3 golongan iaitu average, above average dan below average. tidak ada student betul dan tidak ada student salah (secara kasarnya), jika anda average, anda hanya dapat B atau B+. Thats what i love so much about the course, aku perlu fikir adakah jawapan aku adalah jawapan orang kebiasaan? dan anda perlu take the risk untuk keluar dari golongan average, tapi mungkin jawapan anda ialah jawapan 'A' atau mungkin jawapan itu tergolong dalam golongan 'C' dan 'D'. the world is cruel, macam course MBA yang aku ambil, and like the stock market, where the winner take it all and the loser must fall. 90% people in the stock market is the loser

the number of time you win or lose doesnt matter. its how much you lose when youre wrong and how much you win when youre right -george soros

Image
jarang aku cerita pasal share trading aku di sini, tapi hari ini hari yang sangat special di mana aku loss dalam masa beberapa minit sahaja. hari pertama menggunakan platform baru, jupiter securities yang mana order yang dibuat matched dengan sangat cepat, aku baru ambil feel untuk click buy terus match. tak apalah, orang kata tuition fee. next counter yang menarik ialah GPACKET (green packet berhad), tech industry, yang mana subsidiary mereka p1 wimax mendapat local contract dan sedang dalam perbincangan untuk memasuki indian market. target entry price pada 86.5 sen (break 200ma resistance) with volume. MACD bergerak ke positive region (buy signal). must close above 200ma untuk confirm long term bullish trend. renung-renungkan, dan selamat beramal!

the story teller.

Al- Fatihah di mana kan ku cari ganti serupa denganmu the inspiration, great malaysian who really loves her country, the one who took our film industry to the next level. so mana kita nak pergi ni? tanya aku kepada film industry.

paling jauh pemain bola malaysia boleh pergi

score 2 gol dalam perlawanan menentang manchester united dan headline akhbar perdana keesokan harinya terpampang "saya sudah tahu gaya van der sar".

life's a climb but the view is great kata hannah montana

hari ini kawan aku yang baru-baru ini tuhan seakan-akan menarik segala nikmat dalam hidup beliau, mendapat peluang kedua. bagaimana rasanya 'mati hidup kembali' ? kalau kau dilahirkan buta, apa perkara pertama kau buat jika tuhan berikan kau penglihatan?

balada minah dan mamat

sebuah karya pemuisi cyber tegar abdullah jones; balada mamat dan minah. mamat membuka celana anunya mengiring ketepi tidak menegang tidak bisa bikin minah bising mengerang sejak hari dulu hingga hari kini mamat hanya bimbang tentang anunya tentang ininya sembahyangnya kucar-kacir kadang-kadang tiga kadang-kadang dua mamat tidak runsing kerana yakin mati dihari tua kepada minah mamat bilang "sebentar yang,abang keluar beli kopi,abang akan cari yang lebih power dari semalam" minah tersenyum tidak malu "cepat sikit bang,ayang tak tahan" jerit minah kuat hingga terdengar jiran "persetankan orang,mamat laki aku" kata minah dengan mata dibuat-buat kuyu bergegas mamat menuju warung matanya melilau mencari kopi yang diketip dipapan yang ini sudah dicuba minggu lalu yang inu sudah dicuba minggu yang lagi satu dua-dua itu jenama baru dalam pasaran dua-dua itu tidak menepati sasaran orang sibuk bincang pasal selsema babi siapa syiah siapa wahabi mamat tidak angkat p

relax

dia tanya, "kenapa kau tak cari kerja lain, relax sikit" kalau relax yang kau cari, relaxla yang kau dapat. macam tyler durden kata dalam fight club, "i just dont want to die without any scars".
Image
Semalam, sebuah lori membawa kamera telah terbalik dan barang-barangnya telah bersepah keluar. Kebetulan pula bos syarikat kamera itu juga tidak ada. macam ni punya marketing pun kalau tak laku jugak tak taula. setelah penat usha, gua akhirnya membeli pop corn berjenama digi sebelum pulang.

300 years ponzi scheme called banking.

total debt bagi setiap penduduk US secara purata telah menjangkau 160,000 dollar, masih belum ditolak kanak-kanak dan orang tua. Dan malam ini official unemployment rate di US telah mencecah 26 years high dengan 9.5%, 4.67 juta job losses pada bulan jun. Siapa yang akan membayar hutang-hutang ini jika semakin banyak pekerjaan yang hilang? More debt will be created. Macam lagu saleh yaakob, gali lubang tutup lubang, pinjam duit bayar hutang. money,my friend, yang kau cari dan kira setiap hari tidak akan pernah cukup selagi kita masih di dalam ponzi scheme ini. Money cant buy happiness. Happiness is the way. Robert frost kata your whole life boleh diungkapkan dengan 3 words; It goes on. Menarilah dan terus tertawa Walau dunia tak seindah syurga Bersyukurlah pada yang kuasa Cinta kita di dunia selamanya

gossip

tahun 2008 menyaksikan penubuhan blog-blog hiburan yang wujud bagai cendawan tumbuh di alam cyber negara kita. Bermula dengan ruangan gossip forum cari, isi kandungan gossip ini mula dicompile dengan lebih kemas oleh sekumpulan manusia ke dalam bentuk blog. Trend ini, yang mana boleh menarik jutaan pembaca melalui page rank enjin carian biasanya akan disertakan dengan tajuk-tajuk panas supaya pautan tersebut boleh menarik lebih ramai pembaca. Jadi kita dapat lihat tajuk-tajuk gossip seperti "artis x terbukak baju di AIM" (padahal butang dia terbukak), "artis y nenek paling seksi di malaysia" dan "artis z pamela anderson malaysia". Hari ini aku tengok ada blog yang dah tak ada idea bagi posting bertajuk "berapa agaknya saiz bra pamela malaysia?". fuck!, jerit gua sambil mengkarate meja

kami tak hot, kami cool.

seperti hari-hari lain, driving balik kerja sambil dengar xfresh fm; topik kali ini ialah apa yang kawan-kawan korang selalu kutuk korang? "saya mamat dari klang, kawan-kawan saya selalu main telinga saya sebab telinga saya capang. Kadang-kadang masa diorang tengah on the phone, diorang akan pegang telinga saya untuk mendapat coverage yang lebih jelas" Humang aih teghaso den jang!

your boyfriend bought me this shirt.

ah cong cakap dia ada million-dollar idea. bukak kedai tidur di tengah2 kl. Satu jam tidur rm10. Terasa mengantuk amat sangat tapi tak ada tempat nak landing? Nak tidur di office tapi segan dengan boss? Bini anda shopping lama sangat sampai anda tak tau nak ambik port kat mana? Kami ada penyelesaiannya! dua abad lalu mungkin orang tidak terfikir ada 'kedai' untuk buang air.nanti masa aku tua, aku rasa, mungkin ada kedai untuk orang bernafas.

world champion 0 - mesir 1.

Image
setelah tewas saat-saat akhir dengan brazil, akhirnya mesir yang diterajui mohamad zidan sujud syukur di stadium. terleka dengan hal dunia sekejap mahasiswa al azhar beb!

Semangat.

Malam itu aku dan jabbar memandang dunia dari sudut berbeza. Dengan mengambil inspirasi 'the obama deception', kami mula berbincang mengenai dunia hari ini yang dikawal oleh satu kelompok multi billionaire dengan agenda maha besar mereka. Boneka utama mereka bernama obama yang kita gelar 'hope'. financial hoax. propaganda global warming. masa depan islam dan afrika. dan seribu persoalan lagi. aku dan dia tak dapat apa-apa kesimpulan daripada perbincangan itu; kami makan sepam dua lepastu tidur sampai siang.

pengalaman saya bertemu arsene wenger.

Image
semalam aku dan bojed atau nama timangannya jed senderos telah pergi berjumpa dengan arsene wenger. siapa yang 'true' saja yang turun ke dataran merdeka semalam. bojed telah membawa buku patrick vieira:my autobiography dengan harapan arsene wenger akan menandatangan buku tersebut. gila tak ada kaitan. lainla kalau dia bawak poster arsene ke.  arsene masih lagi belum keluar jadi kami telah bergambar dengan klon beliau. masa ini aku tiba tiba dapat feeling yang lain macam betul. kalaula sekali bukan arsene yang keluar tapi kembar arsene dari indonesia, memang gua karate perut bojed. nak-nak pulak kembar arsene tu keluar dengan kembar obama indonesia tu. memang cantit. gambar ni merupakan gambar paling dekat aku capture pada hari itu. masa ni aku dan bojed jerit arsene dan dia pandang sambil senyum. mata bertentang mata beb. tak jauh dari situ juga seorang mamat menjerit "wei arsene jual adebayor la wei" seolah olah arsene wanger fasih berbahasa melayu. kelihatan juga se

makan.

seorang staf dari pejabat lawyer call. "en farid,  this thursday u free tak? my lawyer nak ajak jumpa dekat mana-mana la, boleh dia pass our profile sekali" "thursday", aku jawab, "pukul berapa tu saya tak boleh nak confirm, nanti pagi khamis u call balik". itu jawapan standard. barula nampak busy tak busy sangat orang kata. "u biasa makan restaurant mana?" dia tanya lagi. restoran apa paling mahal dekat kl hah?

brother love.

sebagai seorang lelaki yang menyokong industri muzik dan filem tanah air, radio dalam kereta aku akan sentiasa terpasang dengan frekuensi xfresh.fm. kalau kau dengar xfresh pagi-pagi, biasanya akan ada satu segmen brother love.  brother love ni kerja dia jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah percintaan, orang baru nak mengorat, propose, breakup dan segala macam hal jiwang dan kuntum lagila. pagi tadi semasa dalam perjalanan ke site, brother love telah contact seorang awek yang bernama natasha. brother love bagitau natasha yang ex boyfriend dia nak dekat dia balik. "saya dah malas nak fikir soal lelaki la brother love", natasha jawab. "oho" balas brother love, "habis kau nak bercinta dengan apa pulak lepas ni, kuda?" macam gampang.

10 minit sebelum game.

aku tak sangka diorang boleh buat video macam ni untuk match bola.

1%

orang jepun depan aku kata, dalam kehidupan kita akan berjumpa 30,000 orang.  3,000 daripadanya di tempat belajar dan kerja. 300 daripadanya menjadi kawan. aku dan kau, kebarangkaliannya ialah less than 1%.

back to the future ep.2

Image
malam tadi ketika andrei arshavin scored his first hat-trick in arsenal shirt, beliau memberi isyarat 'tiga' menggunakan jari ala-ala ikrar pengakap. tapi beberapa minit selepas itu, fernando torres menyamakan  kedudukan. ketika itu, aku sms bojed, "jangan risau arshavin score 4 malam ni, walcott assist". dan aku terbayang arshavin akan celebrate dengan isyarat empat jari pula. minit ke 90, apa yang aku cakap berlaku. larian pantas walcott berjaya menjerat liverpool dan mengumpan arshavin untuk gol ke-4. bojed msg, "betul siut kau cakap". aku tak ingat macamana aku boleh sampai ke sini, tapi aku yakin aku memang dari future.

double frustration.

satu malam. 2 matches. fa cup semi final.  satu di paroi, satu di wembley. 6 hours mortal kombat. at one point, aku rasa dalam pukul 940 malam, bayangan final di bukit jalil dan wembley muncul di depan mata aku. what a night. well, worst-case scenario happened. dua-dua game end up kalah 2-1, selepas leading 1-0. at least tak ada rusuhan-tak-dapat-terima-kekalahan bakar trak polis di hometown gua. sigh.

hello selamat berjumpa.

sebelum keluar dating officially buat  kali pertama, aku dan dia hanya berbual di messenger. "nanti-nanti kalau kita jumpa, aku kasi okey" "hm, ntah bila la tu.." "jom kita jumpa sekarang?" "ha?" dan, macam itu saja, my whole life bertukar serta-merta.

in the name of God.

"life is like black man's left testicle, it's always not right and not fair" "thats really disgusting, abah" 10 bintang untuk talentime.

gambar khairy jamaludin

Image
semoga kejayaan abang, akan menjadi inspirasi kepada si adik.

sekolah

masa zaman aku sekolah menengah dulu, aku masih terlalu 'budak' untuk fikir apa yang aku akan buat dalam masa sepuluh tahun akan datang. habis jauh aku boleh fikir pun, prep malam nak pakai baju apa. tak pun kalau malam ni ponteng aktiviti maghrib isyak, kantoi tak? siapa warden bertugas?  tak silap aku benda paling cool budak-budak form 2 boleh buat ialah masa weekend, boleh tayang t shirt lawa-lawa turun kantin makan nasi tomato. maklumlah masa prep belum boleh pakai t shirt lagi macam senior. masa itu juga aku pernah terfikir untuk jadi doktor. gila ke apa. ada hati nak jadi doktor. sebab masa tu aku selalu berangan nak jadi doktor bersalin. bila aku buat kerja tu, mesti semua perempuan yang aku kenal akan bersalin dengan aku. cuba kau bayang budak-budak perempuan kat sekolah, kolej, universiti dll nanti akan bersalin dengan kau. belum lagi perempuan yang kau selalu usha diam-diam dari jarak 25 ela dan buat kau tak tidur malam. bila diorang datang buat checkup, dengan tenang

panggilan

"aku rasa kau perlu ada dua phone, satu private dan satu untuk kerja" aku jawab, aku tak perlu 2 phone, aku dah berjaya overcome rasa bersalah jika tak angkat panggilan-panggilan penting. plus, aku tak ada simpan nombor dengan nama "jangan angkat" dalam phone book, macam mak aku. "siapa dalam ramai-ramai, yang kau tak akan jawab call dia?" err..malaikat maut?

manure

Image
saya afundi paul scholes untuk next england goalkeeper!

back to the future

sebagai seorang trader saham yang 'baru nak up', aku selalu berangan yang aku boleh pergi ke masa yang lepas. travel through time. 30 minit yang lepas pun jadilah. kadang-kadang 30 minit boleh buat aku miss profit sebanyak RM750. dan kalau aku boleh buat macam tu, apa yang perlu aku buat hanya sms diri aku sendiri. tak payah sms panjang-panjang, "buy now" pun jadilah. pagi tadi aku dapat satu sms misteri. unknown number. dia sms aku satu harga. aku check online, memang betul harga yang dia sebut tu. siapakah orang itu? kenapa dia sms aku? adakah angan-angan aku selama ni jadi realiti? betulkah sms tu dihantar oleh future me? patutkah aku gamble untuk beli? saspen kan? bersambung..

dari notice board surau mni towers - boikot produk yahudi dan cadangan produk alternatif.

Image
memang ada sense of humor. ha ha.

peti aduan.

Image
jika anda ada membeli/menyewa bangunan pejabat atau rumah kedai di putrajaya, anda mungkin akan melalui beberapa siri pengalaman manis dengan perbadanan putrajaya. mereka akan selalu membuat rondaan, skuad terjah mereka memang ramai. datang macam nak gaduh. jadi anda perlu settlekan awal-awal lesen perniagaan anda. tapi lesen perniagaan ni orang ada daya ketahanan je boleh apply. bayangkan kau beli bangunan tu, tapi semua benda yang kau nak buat dengan bangunan tu kena tunggu approval dari putrajaya. lesen pulak kena renew RM500 setahun. contohnya kalau nak renovate, kena apply dan setiap kaki persegi yang kita renovate kena charge. lepastu dia nak arkitek yang berlesen untuk submit renovation tu. lepas tu kena approval bomba. pendek kata semua benda dia nak. kalau nak apply signboard, saya kena bagi surat 'kenapa saya design signboard saya macamtu'. satu lagi hal saya memang tension betul dengan kakitangan dekat putrajaya ni. orang yang handle punyalah ramai. ada sekali tu say
Image

boring boring arsenal.

menjadi pasukan kelima terbaik dalam liga, live match arsenal kini tidak lagi menjadi prioriti untuk espn dan starsports siarkan. macam game sabtu lepas yang disiarkan 2 jam lewat, menyebabkan aku akan menjauhkan diri dari internet sebelum menonton game itu. tv pun tak tengok, handphone aku off takut org sms aku result. tepat pukul 1, aku terus bukak tv dan layan game dengan penuh nervous. takut jugak kalau tiba-tiba channel tu keluarkan result yang berjalan kat bawahtu. pada minit ke 35, adik aku keluar dari bilik, dia tengok tv dan kemudian cakap "eh, bukan arsenal dah habis ke? tadi ada member cakap dekat ym arsenal bodo draw 0-0" sadis gila beb. hancur. "diamla!" aku jawab. aku terus tukar channel astro ceria tanda protes. gerakk...gerii...gasinggg!

restoran hameediyah

jarang aku nampak minah yang seksi dan daring macam yang aku nampak kat depan aku ni. selalu kedai mamak ni penuh dengan mak-mak je. aku minum sorang-sorang dekat depan kaunter. kerja berlambak kat office. dia lalu depan aku buat muka serius. "ane!" seksi jugak suara dia. "bagi silly cos!" nak mintak cili sos pun tersasul. nervous la tu.

telah terhurai peristiwa. cinta teragung di puncaknya. ledang telah menjadi saksi. percintaan sejati. laksamana dan puteri. keduanya abadi.

Image
sultan mahmud, i love u. sounds gay? macam dalam joe & faridah, come on honey, he's just another guyyy.

stand up, if u hate tottenham

si kacang sudah balik! beberapa hari sebelum dia pergi ke indo, aku cakap, "cang, orang dah niat kalau arshavin masuk arsenal, orang tulis nama dia kat jersey" dia jawab, "kalau pasal bola laju je, tulis nama orang la kat jersey" takkan aku nak tulis si kacang? mak ai. confirm kena gelak dengan penyokong spu*s. aku jawab kat dia, "cang, nama awak orang dah lama tulis dalam hatiku ini" tapi dia balas dengan carutan, bukan romantik ke camtu?

butterfly effect

pada satu hari ali pergi ke kedai untuk membeli kondom. kondom putih 40 sen.  kondom hitam 50 sen. kondom biru 60 sen.  ali bawak cukup-cukup 50 sen, terpaksala dia beli kondom hitam. nak ikutkan dia memang nak beli yang biru, kool sikit orang kata. kecewa jugakla ali, kalau ada 10 sen dah boleh beli yang biru. 10 taun lepas tu, anak ali tanya bapak dia, "bapak, apasal saya ni hitam sangat bapak, malu dengan kawan-kawan". nasib baik kurang 10 sen, ali jawab, kalau tak biru kau! the butterfly effect. butterfly effect aku boleh simpulkan sebagai beberapa rantaian kejadian yang berlaku di atas semua keputusan yang kau buat, walaupun benda yang sangat kecil. seperti sama ada kau mau kentut sekarang atau tahan, dan kentut 2 minit akan datang. mungkin kalau pilih pilihan kedua, kau akan pendek umur, mati sepuluh tahun lebih awal berbanding pilihan pertama. butterfly effect aku rasa boleh dilukis dalam bentuk flowchart yang sangat besar. dan banyak pilihan yang akan menyebabkan kau

dreamer

kampung dato harun tu bapak kau punye ke? dia tanya. aku jawab, dalam malaysia ni ade dua orang je nama harun, bapak aku yang lagi satu. develop satu township atau taman perumahan yang dinamakan sempena nama aku will always be my biggest dream. taman tun dr farid. kalau main cash flow 101, aku akan pilih dream untuk bina business school kanak-kanak yang ada their own stock market managed by school's admin. mesti gambar aku terpampang dekat hall. kalau nak bagi contoh terdekat, masa zaman aku budak-budak dulu, bapak aku ada kawan nama dato rashid. bini dia nama datin rashidah. memang perfect couple la nama rashid & rashidah. datin rashidah ni dulu sama-sama bukak kedai florist dengan mak aku. dato rashid ni pulak developer, masa zaman tu dia develop satu taman dekat seremban dan taman tu dinamakan sempena nama bini dia. salah seorang partner dalam project tu pulak memang buat music production, dan atas sebab-sebab tertentu, diorang kena buat satu lagu untuk project tu. tak lama

walimah.

hukum menghadiri walimah atau perkahwinan adalah wajib, sama ada kau dapat kad atau tak dapat kad. hukum kad ni aku tak tau siapa yang cipta. last weekend aku pergi dua wedding budak sekolah, yang dua-dua aku tak rapat. satu wedding penuh dengan kawan-kawan sekolah, dan satu lagi tak ada langsung kawan sekolah yang datang. kepada adham dan khuzaili, kalau kau dah jadi menteri 20 tahun dari sekarang, at least bila aku datang jumpa kau nanti, kau ingat aku ada datang wedding kau. selamat pengantin baru, dude.

23

Image
any message to arsenal fan, andrey? "trust in me, trust in arsenal" arshavin transfer saga, at last, officially ended. sehari selepas transfer deadline. how about that. on and off and on and off and on. 20 million, 15 million, 13 million, 15 million plus potong gaji, berada di london, tak berada di london, tak ada plane, pakai private jet, working permit is on, wenger deny working permit rumour, already signed, tak jadi sign, deal is off dan pulang ke airport tapi flight batal sebab london salji teruk dalam 4 tahun, then the deal is on again, pejabat FA tutup awal sebab salji teruk, FA tak luluskan, FA luluskan, arshavin pakai no 13, arshavin pakai no.23. at last.

hari wilayah.

hari ini, wilayah persekutuan putrajaya, cuti. tapi aku kena siap lagi awal dari biasa. pukul 8 dah jalan pergi ke seremban. kena jumpa pegawai kat PTG seremban ada isu geran tanah. pegawai tu kata, "muda-muda lagi dah jadi pengarah. ada tanah. baguslah dah takeover business father you." "saya kuli je", jawapan standard aku. bukan semua anak nak kerja dengan father dia, dia jawab. "you tau anak dato' isa (bukan isa samad, kebetulan aku memang kenal dato' isa ni, seremban is a small place), anak dia tak nak kerja dengan father dia. dia sekarang buat modelling. ada jugak offer berlakon sikit-sikit" aku kata, dalam hati, nasib baik muka aku tak hensem. badan tak tough. kalau tak berlakon drama rtm la agaknya aku sekarang.

duit adalah ilusi, faham betul-betul, dan kau akan jadi kaya raya.

kau rasa, benda apa paling mahal dalam dunia? dia tanya. aku cakap, benda paling mahal dalam dunia semuanya ada dekat engkau, penglihatan kau, pendengaran, akal yang waras, tangan, kaki, boleh berak dan kencing dengan normal. salah, dia kata. benda yang paling mahal, sebenarnya, adalah benda yang duit pun tak boleh nak beli. duit adalah ilusi, faham betul-betul, dan kau akan jadi kaya raya.

arshav in?

Image
arshavin transfer saga adalah sangat memenatkan, menimbulkan sindrom sukar tidur untuk beberapa malam, dan menyebabkan aku lebih mudah untuk bangun subuh. dan oleh kerana mahukan update yang terkini, aku terpaksa belajar bahasa russia. baru boleh dapat update dari website-website russia. website bahasa russia memang mencabar, sebab dahla abjad greek memang boleh merabunkan mata, lepastu banyak sangat iklan-iklan perempuan seksi. website akhbar arus perdana pun still banyak. kalau setakat web ala-ala ohbulan takdela aku heran sangat. tercabar beb. fenomena ini juga menyebabkan aku dah obses dengan character2 greek dan nama dalam profile aku dah ditukar kepada abjad greek,   фαрίδ фαδλι macam kool je buat camtu.  Аршавин !  

al- amirati !! (Malaysia 0 - UAE 5)

semalam, lepas pulang hampa dari stadium bola sepak cheras, aku terfikir apa lagi yang media nak komen tentang pasukan kebangsaan atau nama garangnya - harimau malaya. 'same old story' ? hari ini, aku tengok harian metro, ada gambar 5 bijik telur. IDEA BUSUKKKK!

monday blues

aku tanya kawan aku dari indonesia, di indo fireman dipanggil apa? "pemadam api", dia jawab. aku cakap pemadam api di sini orang panggil fire extinguisher - dan fireman dipanggil bomba. macam mana boleh bomba, dia tanya. Badan Operasi Menyelamat dan Bantuan Am, jawab brader din. aku dah hidup 20+ tahun, boleh berbincang dengan kawan mengenai the collapse of banking and capitalism, derivatives dan economic transparency; macam mana maksud bomba pun aku tak tau ni?

franck bilal ribery

Image
franck ribery bagi aku adalah salah seorang player yang paling entertaining atas padang, sebaris dengan ronaldinho, messi, zidane, henry dan ronaldo. masa dia orang on form la. selepas bermain 1st half dalam friendly bayern munich di jeddah, dia dan team mate hamit altintop sempat menunaikan umrah di makkah, kira-kira 70 km dari jeddah, dan kemudian kembali semula ke jeddah pada sebelah malam sebelum berangkat pulang ke jerman. agak2 dia ada jumpa michael jackson ke kat sana?

apo kono eh jang

Image
malam itu Helmi Eliza Alias, penjaga gol kedah dan malaysia berkunjung ke paroi. aku duduk betul2 kat sisi gol dia. half time dia dah lepaskan 2 gol. muka dia down beb. dari start ref tiup wisel permulaan orang kutuk2 dia. bola kat tgh padang pun org dah jerit "shoot je woi kiper dia lubuk". "keeper burung puyuh balikla woi". dan banyak lagila. masa dia masuk padang untuk sambung 2nd half, dia masuk dengan muka meyakinkan. dapat semangat baru agaknya. tapi orang tetap kutuk2 dia. sapa suruh lepas gol bodoh masa main malaysia. tapi dia tak peduli. menten je muka dia. dia cium dua-dua tiang gol, biasala semua player ada gaya ritual masing-masing. tiba-tiba budak kecik sebelah aku jerit, "syirik!" seluruh stadium terdiam, termasuk pemain dan pengadil mendengar kata-kata budak itu lalu beristighfar. helmi menangis teresak-esak. budak kecik pun pandai kondem dia. ah, macam dia tak biasa menangis atas padang. p/s=jom turun stadium malam ini

sepetang dengan google talk

me : pobondo eh   Zaini : kau tau la kan 1:31 PM  heboh² suh boikot produk amarika n israelie kan?    macam mana dari segi application yg vast?    mksudnye tenet, us server hosting, ngn google ke? facebook ke? 1:32 PM  semua kena fuck ke?    tu belum cerita employment lagi   me : tula sal   Zaini : yg kerja nestle semua kena berenti siapa nk tanggung?    *aku takdela against idea tu tapi cam ade care lain...   me : ala duit dlm malaysia ni pun sbnanye bukan yahudi jugak ke yg funding byk 1:33 PM  janji kau sembayang suda   Zaini : peh

2008

kalau ada orang tanya aku apa yang kau paling ingat pada tahun 2008. aku akan cakap 2008 adalah tahun yang sangat mencabar. mencabar bagi seorang trader dan investor saham, dan pelajar MBA yang mahu grad on time. bursa malaysia adalah sebuah pasar yang banyak mengajar aku untuk lebih kenal siapa aku, sejauh mana aku boleh control emotion, greed, confidence, disipilin, adakah untung itu untung atau rugi itu rugi, sejauh mana boleh let go, kalaulah aku beli dan kalaulah aku tak jual. mempersembahkan, brokers hands on their faces blog . ta

aku kagum tengok setengah-setengah orang yang PR punyalah bagus terutama bila mereka melobi.

aku pernah hantar kasut futsal aku kat depan cimb bangi, pakcik tukang kasut tu orang panggil sabaruddin tukang kasut. umur dia aku rasa dah masuk 50. pakai baju kemeja, kepala pakai headband. macam pemain basketball kat amareka.masa aku hantar kasut tu dia mintak no handphone. aku bagi. petang tu dia sms; "kasut anda sudah siap, sila ambil". malam itu aku main futsal buat skill ronaldinho passing bola sambil pandang luar. teknik aidil zafuan tackle rita pun aku buat. keesokan harinya aku mendapat sms daripada sabarudin tukang kasut lagi, triing. "macamana kasut tu, ok tak?" sumpah kalau kasut aku koyak aku carik dia.

selamat 2009

rosni, 42, lelaki yang aku kenal sejak aku budak-budak lagi. kadang-kadang orang panggil dia mat dangdut. kerja runcit-runcit kat pejabat, tapi bapak aku banyak book dia jadi driver. kereta bapak aku dulu penuh dengan kaset dangdut. lagu-lagu dia memang rare, lagu zombie versi dangdut pun ada. kira lagu-lagu yang hit masatu versi dangdut semua mamat ni ada. ada sekali dulu aku main scrabble dengan dia, berbekalkan kamus bahasa inggeris di tangan. tapi dia bubuh word 'coli'. start lepas tu kita orang main scrabble dalam bahasa melayu. perkataan mencarut yang rare pun kadang2 keluar la, dapat markah bonus. aku dengar sekarang dia tak kerja. siapa yang tengok permasyhuran yang dipertuan besar negeri sembilan hari tu mesti perasan ramai orang kat istana terkejut tuanku muhriz kene up jadi raja. siap bertempik2. tuanku muhriz ni anak tunku munawir, abang tuanku jaafar. dulu time tuanku abdul rahman mangkat, patut tunku munawir yang up, tapi time tu dia dah mangkat, anak dia tunku mu