Posts

Showing posts from April, 2010

surat untuk bulan

orang kata, manusia boleh menikmati pemandangan bulan penuh sebanyak 936 kali sepanjang hayat mereka; salah satu dari 936 itu ialah malam ini. Seroja yang dulu gemar menulis surat curahat (baca:curahan hati) kepada bulan, kini telah mempunyai suami dan seorang anak. dia tidak perlu lagi meluahkan perasaannya kepada bulan. bulan pun tak akan baca surat-surat yang dia kirim. "reality bites", ujar seroja. "dunia ini bukan yang macam aku bayangkan dahulu, zaman ni siapa yang bodoh akan ke belakang. manusia survive dengan mengharapkan somebody will be stupid enough to call themselves 'consumer'. everyone have to be a fool and hoping another fool will take their place. well thats what makes the world go round.", bahas seroja penuh falsafah. seroja sambung permainan sudoku level 5 beliau. jika setiap tahun seroja boleh up satu level sudoku, she will die a genius.

le fabuluex destin d'ili liyana

Image
pukul 9:53 malam, di tv3 sedang tersiar drama futuristik 'jidin'. jidin baru saja mencipta Alat Komunikasi Global (AKG). sementara itu cikgu hairi, isteri dan 2 orang anaknya sedang menikmati teh susu di meja halaman rumah. meja itu baru saja beliau beli 2 bulan lepas di sungai buloh. meja di halaman rumah ini biasanya diperbuat daripada simen dan dicat warna perang 3 tona. dahulu meja sebegitu hanya memerlukan kos kira-kira rm50, tapi disebabkan harga simen yang naik sebanyak rm1.50 sekampit sejak sebulan lalu, harga meja itu telah naik kira-kira 30%. jiran cikgu hairi, aku, yang dalam masa yang sama sedang menonton tv3 sedang menukar ke saluran lain kerana rancangan jidin telahpun tamat. seperti hari-hari biasa yang lain, menonton tv adalah satu aktiviti yang dilakukan sementara menunggu si kacang pulang dari kerja. si kacang, yang diberi nama sempena bentuk mukanya yang berbentuk kacang gajus, agak kurang sihat hari ini menyebabkan beliau kurang bermaya di pejabat. beliau ti