Posts

Showing posts from August, 2010

the business of life

kata staff sergeant william james kepada anaknya; "anakku, kau suka mainan-mainan kau. kau suka bermain dengan patung-patung binatang kau. kau suka ibu dan bapa kau. kau suka baju tidur kau. tapi kau tahu, nak, bila kau semakin dewasa apa yang kau suka ini sudah tidak menjadi seistimewa sekarang. macam jack-in-the-box kau ni, kau akan sedar bahawa ia hanya sebuah tin dan patung binatang. dan semakin tua, apa yang kau suka akan menjadi semakin kurang. dan mungkin pada usia aku, ia hanya satu atau dua benda sahaja. pada aku, aku cuma ada satu sahaja." staff sergeant william james, pada scene berikutnya, kembali menyambung kerjayanya sebagai bomb defuser di medan perang. untuk aku, kalau perlu memilih satu, aku suka beli sesuatu dengan alasan mendapat pulangan dari belian tersebut. beli dan jual semula dengan harga mahal, orang panggil trading atau flipping. atau beli sesuatu dengan tujuan mendapat pulangan konsisten, biasanya orang panggil 'sewa'. dari dua jenis 're