Posts

Showing posts from 2011

oh haram guy #3

Image

Loji

Hari itu langit kelihatan tenang. Sekawan burung kelihatan terbang dalam satu formasi berbentuk segi tiga sambil berkicau sahut menyahut. Gua, si kacang dan baby di dalam kereta, terperangkap di dalam jam. Walaupun jam tapi gua tak terasa sangat sebab gua tengah rancak berbual dengan si kacang. "kenapa loji mesti bau macam tu ha?" Soal si kacang "tu semua psikologi je tu, sama macam lori sampah jugak kan bau dia sama je..hidung kita yg dah project macam tu" jawab gua konfiden. Perbualan itu berlarutan untuk seketika. Persoalan kat sini skarang, ape kejadah gua boleh beborak topik loji ni? Takde topik lain? Dengan tenang gua flashback macamana topik ni boleh mula "eh apa bau busuk gila ni?" Tanya si kacang. "bau loji ni, ada loji dekat2 sini kot" gua membuat inferens. "tu la...tajam tu bau" Gua senyum nipis. Pengajaran di sini kalau nak kentut, pastikan kentut tu terlalu busuk supaya orang lain ingat itu bukan kentut pos

oh haram guy #2

Image

pagi-pagi dah bikin gua manly tears

Image
interview bersama arwah sehari sebelum hari kematian beliau

internet meme

Image
aku tak nak komen pasal blog yang berhabuk, anggaplah tahun 2011 ini bukan tahun untuk aku menulis blog. tahun 2011 boleh disimpulkan sebagai tahun internet meme, jadi kerana internet meme jugalah yang buat aku terasa macam nak up satu post dalam blog ini. memperkenalkan, OH HARAM GUY. (inspired by drama 'oh haram'- semua benda nak haram!)

tifo kuning at curva ultras, lagi 5 tahun aku harap 1 stadium boleh join buat tifo gambar harimau

Image

the monk (sufi) who sold his ferrari (mercedes)

Image
Seorang lelaki yang fizikalnya aku rasa 10 tahun lebih muda muncul di pejabat pagi ini, mencari aku- yang aku amati kemudiannya- adalah kawan karibku yang telah 3 tahun menghilang. Borhan atau nama glamornya Dato B- dulunya seorang jutawan, memiliki segalanya, tiba-tiba muncul hari ini tetapi aku lihat terlalu banyak yang lain pada dirinya. Kalau dulu dia kelihatan lebih tua dari umurnya, kini perutnya yang ke depan itu telah hilang. Muka beliau kini kelihatan bercahaya, seolah-olah ada aura positif terpancar dan melambai-lambai ke arah siapa sahaja yang memandangnya. Senyumannya, yang dulu sangat sukar untuk aku lihat, kelihatan begitu meyakinkan. Siapa sangka Dato B peguam terkenal dengan mercedes cls-nya, kini aku lihat seperti seorang pendakwah kontemporari moden. "lama tak jumpa, sahabatku!", Borhan mendepakan tangan. Kami berpeluk erat. Kami berbual panjang, sehingga sampai ke 'moment' yang aku nanti-nantikan. "aku dengar kau pergi merantau? apa kau buat 3

trollface part one

Image

kasino

Umur aku, waktu itu, baru 9 tahun. Jam di dinding kelas aku tenung. Jarum pendek menunjukkan nombor 11, jarum panjang di nombor 3. "1 jam dan 45 minit lagi", bisik aku setelah mengambil 1 minit untuk membuat kiraan. Aku mula membuat kira-kira dengan wang belanja yang diberi ibu. Berkat menahan perut pada waktu rehat, modal aku boleh dikatakan sangat mencukupi. Loceng sekolah berbunyi. Aku toleh mok, ah chong, jabbar dan ikan. Mereka kelihatan fokus. Kami berpandangan, kemudian kepala diangguk serentak. 2 ringgit untuk tikam 50 sen. 1 ringgit untuk tikam 20 sen. Jika ada untung, beli lagi tikam 20 sen. Jika dapat 'terima kasih', jawab sama-sama. Aku masih muda untuk memahami risk/reward ratio dan position sizing , tapi aku tahu apa yang aku buat. Kami bergerak ke kedai cik siah, di sana ada 5 jenis permainan 'tikam'- Kasino yang paling ramai kanak-kanak berjudi di dalamnya.

subhanallah

Image

cerita pasal bola

Image
setelah menjadi penyokong pasukan negeri sembilan selama kira-kira 20 tahun, macam pasaran saham, aku pernah melalui 'bullish period' di mana stadium sentiasa penuh dan persatuan bolasepak mampu menjual apa saja dengan laris. aku ingat dulu negeri sembilan pernah buat buku khas, dalam tu ada biodata setiap pemain, poster dll. dan aku terpaksa booking dekat kedai runcit sebab bila ada stok, pasti habis macam pisang panas. Fasa berikutnya adalah sesuatu yang boleh dilupakan. Sejak kemenangan Malaysia di sukan sea dan kemudiannya AFF Suzuki, aku nampak bolasepak malaysia mahu kembali ke era yang aku sebut di atas. orang putih kata when you hit rock bottom, the only way is up, up, up. Antara faktor penting untuk merealisasikan perkara ini ialah penyokong. Penyokong mesti ada walaupun pasukan itu dalam prestasi yang buruk mahupun di kedudukan tercorot. ultras no9ori curva 4c, star of paroi sebenarnya aku buat entry ini sebab nak cerita pasal ultras st pauli, ultras yang memang terke

dendam part deux

"Kau percaya pada hari pembalasan, barrack?", soal aku. "Maybe", dia jawab. Aku tanya lagi; jika benar beribu nyawa telah terkorban di tangan osama, adakah tindakan yang dirancangnya itu adalah penyelesaian terbaik. "Hanya kematiannya sahaja dapat membayar ribuan nyawa yang terkorban itu. Mayatnya? campak dalam laut", tambahnya lagi. Dendam warga amerika bakal terbalas. Aku tidak tahu apa balasan tuhan paling setimpal bagi manusia yang membunuh beribu orang- mungkin orang itu patut dibunuh beribu-ribu kali? Ya, di hari pembalasan pasti ada perkara seumpama itu

dendam

"dendam, kau pergi goda si hindun tu", perintah raja afrit. "biar dibunuh anak adam yang digelar Singa Allah itu, senang sikit kerja kita". Raja Afrit senyum, sedang Hamzah Asadullah pun mudah ditewaskannya, apatah lagi umat manusia yang lain *inspired by "masuk ke dalam cahaya" by abdullah hussain

borhan part 1

hari jumaat itu seperti jumaat-jumaat yang lain. Borhan seperti biasa melakukan rutin pagi jumaatnya iaitu mandi wajib. Dia sebenarnya tidak berapa pasti kenapa dia akan mandi wajib setiap pagi jumaat, tapi yang pasti tabiat ini memang sudah lama dipraktikkan oleh Borhan. mandi wajib Borhan sebenarnya tidak banyak beza dengan mandi yang biasa- cuma ketika mandi wajib beliau hanya perlu membaca niat, dan selang-selikan mencangkung dan berdiri. Dari sudut durasi, ia hanya lebih lama dari biasa dalam 2-3 minit. sebenarnya ada dua kemungkinan yang boleh disimpulkan daripada tabiat borhan ini; pertama, mungkin borhan hanya solat pada hari jumaat. Ini membuatkan borhan mengambil langkah selamat dengan melakukan mandi wajib pada waktu paginya, supaya solat jumaatnya nanti diterima. Kedua, ya, Borhan mengadakan hubungan seks setiap malam jumaat, memuaskan nafsu sambil dapat pahala, siapa tak mahu! tak banyak yang bermain di fikiran Borhan ketika beliau melakukan rutin ini. Cuma biasanya dia ka

true

Image
dirakam oleh zaini

the tree

Image
video the tree karya amir muhammad ni walaupun sekejap, cukup untuk mengubah perspektif aku bila melihat pokok-pokok di luar sana. Tambahan lagi kalau pokok yang ada buah, atau pokok yang ada burung hinggap. Aku akan mula berkira-kira siapakah yang menanam pokok itu dahulu; mungkin ada yang dah meninggal dunia tapi subhanallah, pahalanya masih berjalan. Bak kata tuan guru nik aziz dalam video ini, menanam pokok ialah satu ibadah- manusia berteduh, burung hinggap, anjing berteduh, ulat makan daun, tupai makan buah, semuanya akan dikira pahala. Video ini juga menunjukkan segala macam hasil daripada pokok dan tumbuh-tumbuhan lain, malah scene brader amir muhammad yang tengah testing baju tu pun menunjukkan baju itu adalah hasil daripada, tak lain dan tak bukan, the tree. Ini mengingatkan tentang port cendol dekat area rumah aku. port bawah pokok ni memang dah jadi tempat orang berniaga dari dulu lagi, mungkin dah 3-4 orang yang dah bertukar tangan berniaga kat sini. Siapalah agaknya yang

bedmate part deux

baru-baru ni gua ada dapat kad kawin. gua pikir-pikir sapa la mamat yang menjemput gua ni. lepastu baru gua tau yang hantar kad tu member gua yang sempat gua kenal sekejap je dekat pusat asasi UM dulu, cindai nama dia. "sedap jugak nama betul mamat ni", ujar gua di dalam hati. baru kejap tadi gua sempat berchatting dengan seorang lagi member gua di UM dulu. gua bagitau dia pasal wedding kad yg gua dapat. "cindai nak kawin, kau turun tak?" "cindai..aku lupa la yang mana..nama betul dia apa?" gua yang turut terlupa nama betul cindai, telah menghantar mesej kepada bedmate gua yang berada di rumah. "apa nama betul cindai?" tut tut..gua mendapat reply. "bunga sundal malam"

pagi sabtu yang misterius

pagi tadi, gua terjaga dari tidur. gua tengok jam. "terlalu awal untuk hari sabtu", komen gua serius. tapi ada sesuatu yang tak kena. seingat gua malam tadi gua tidur di 'spot' belah kiri katil. apasal gua ada kat belah kanan? ni mesti 'bedmate' gua mengigau ni. sebut pasal bedmate baru gua sedar kenapa gua terjaga. kaki bedmate gua sedang menendang-nendang peha gua. tak berhenti dari tadi. terus gua tanya bedmate gua yang sedang khusyuk tidur. "ni mimpi main bola ke apa ni?". gua tak mengharapkan sebarang jawapan pun. tiba-tiba dalam tidur, beliau menjawab "main baseball.." sekian sebuah kisah pagi sabtu yang misterius

skim ujrah PTPTN dengan kadar keuntungan 1% !

Image
semalam aku sikit punya happy sebab permohonan 'ujrah' untuk PTPTN aku dah diluluskan! lepastu aku tengok Letter Offer dia, amount financing dia jadi full balik! siap ada charge tambahan dekat rm2k pulak tu! kena bayar bulan2 potong gaji kat LHDN pulak tu! kan ke menyusahkan tu! pancing pakai 'islamic' dengan 1% pulak tu! balance PTPTN aku tinggal 7k jela woi! terus tak jadi aku accept skim ujrah tu! kthxbai! p/s: siapa yang tak pernah bayar ptptn walau sesen tu memang berbaloi untuk accept..tu pun kalau korang ada apply skim ujrah ni and lulus la. tapi still documents dia mintak banyak gila & charge dekat rm2k.

la iqro ha fiddin

Image
aku akui agak malas nak update blog sekarang, kadang-kadang bila feel nak menulis tu ada tapi masa pulak yang tak sesuai dan alasan-alasan lain lagi. banyak topik yang aku cuba tulis di blog sebelum ini contohnya 1) pada tahun 2007 aku memasang azam untuk achieve rm1 juta pada umur 35 dan ya manusia tak pernah puas, azam 2011 kali ini membuatkan aku memandang diri aku pada 2007 sambil tersenyum "oh itu aku zaman baru-baru nak up dulu" 2) aku sering mengingati mati sejak akhir-akhir ini, kadang-kadang sampai berpeluh kerana itu hari aku terlibat dalam kemalangan jalan raya yang jika tuhan mahu, dia boleh menarik nyawa aku, isteri dan anak dalam kandungan isteri aku. tapi sebaliknya dia membenarkan ketiga-tiga nyawa ini hidup. 3) oh aku dah sebut di point sebelum ini, isteri aku tengah sakit muntah-muntah sekarang. 4) bermacam-macam hal remeh temeh dunia yang lain, tapi biasalah, segala apa yang kita ada dunia ini tidak akan kekal. gembira contohnya, tidak akan berkekalan dan a