Posts

Showing posts from June, 2011

the monk (sufi) who sold his ferrari (mercedes)

Image
Seorang lelaki yang fizikalnya aku rasa 10 tahun lebih muda muncul di pejabat pagi ini, mencari aku- yang aku amati kemudiannya- adalah kawan karibku yang telah 3 tahun menghilang. Borhan atau nama glamornya Dato B- dulunya seorang jutawan, memiliki segalanya, tiba-tiba muncul hari ini tetapi aku lihat terlalu banyak yang lain pada dirinya. Kalau dulu dia kelihatan lebih tua dari umurnya, kini perutnya yang ke depan itu telah hilang. Muka beliau kini kelihatan bercahaya, seolah-olah ada aura positif terpancar dan melambai-lambai ke arah siapa sahaja yang memandangnya. Senyumannya, yang dulu sangat sukar untuk aku lihat, kelihatan begitu meyakinkan. Siapa sangka Dato B peguam terkenal dengan mercedes cls-nya, kini aku lihat seperti seorang pendakwah kontemporari moden. "lama tak jumpa, sahabatku!", Borhan mendepakan tangan. Kami berpeluk erat. Kami berbual panjang, sehingga sampai ke 'moment' yang aku nanti-nantikan. "aku dengar kau pergi merantau? apa kau buat 3

trollface part one

Image

kasino

Umur aku, waktu itu, baru 9 tahun. Jam di dinding kelas aku tenung. Jarum pendek menunjukkan nombor 11, jarum panjang di nombor 3. "1 jam dan 45 minit lagi", bisik aku setelah mengambil 1 minit untuk membuat kiraan. Aku mula membuat kira-kira dengan wang belanja yang diberi ibu. Berkat menahan perut pada waktu rehat, modal aku boleh dikatakan sangat mencukupi. Loceng sekolah berbunyi. Aku toleh mok, ah chong, jabbar dan ikan. Mereka kelihatan fokus. Kami berpandangan, kemudian kepala diangguk serentak. 2 ringgit untuk tikam 50 sen. 1 ringgit untuk tikam 20 sen. Jika ada untung, beli lagi tikam 20 sen. Jika dapat 'terima kasih', jawab sama-sama. Aku masih muda untuk memahami risk/reward ratio dan position sizing , tapi aku tahu apa yang aku buat. Kami bergerak ke kedai cik siah, di sana ada 5 jenis permainan 'tikam'- Kasino yang paling ramai kanak-kanak berjudi di dalamnya.