Posts

Showing posts from April, 2011

borhan part 1

hari jumaat itu seperti jumaat-jumaat yang lain. Borhan seperti biasa melakukan rutin pagi jumaatnya iaitu mandi wajib. Dia sebenarnya tidak berapa pasti kenapa dia akan mandi wajib setiap pagi jumaat, tapi yang pasti tabiat ini memang sudah lama dipraktikkan oleh Borhan. mandi wajib Borhan sebenarnya tidak banyak beza dengan mandi yang biasa- cuma ketika mandi wajib beliau hanya perlu membaca niat, dan selang-selikan mencangkung dan berdiri. Dari sudut durasi, ia hanya lebih lama dari biasa dalam 2-3 minit. sebenarnya ada dua kemungkinan yang boleh disimpulkan daripada tabiat borhan ini; pertama, mungkin borhan hanya solat pada hari jumaat. Ini membuatkan borhan mengambil langkah selamat dengan melakukan mandi wajib pada waktu paginya, supaya solat jumaatnya nanti diterima. Kedua, ya, Borhan mengadakan hubungan seks setiap malam jumaat, memuaskan nafsu sambil dapat pahala, siapa tak mahu! tak banyak yang bermain di fikiran Borhan ketika beliau melakukan rutin ini. Cuma biasanya dia ka

true

Image
dirakam oleh zaini

the tree

Image
video the tree karya amir muhammad ni walaupun sekejap, cukup untuk mengubah perspektif aku bila melihat pokok-pokok di luar sana. Tambahan lagi kalau pokok yang ada buah, atau pokok yang ada burung hinggap. Aku akan mula berkira-kira siapakah yang menanam pokok itu dahulu; mungkin ada yang dah meninggal dunia tapi subhanallah, pahalanya masih berjalan. Bak kata tuan guru nik aziz dalam video ini, menanam pokok ialah satu ibadah- manusia berteduh, burung hinggap, anjing berteduh, ulat makan daun, tupai makan buah, semuanya akan dikira pahala. Video ini juga menunjukkan segala macam hasil daripada pokok dan tumbuh-tumbuhan lain, malah scene brader amir muhammad yang tengah testing baju tu pun menunjukkan baju itu adalah hasil daripada, tak lain dan tak bukan, the tree. Ini mengingatkan tentang port cendol dekat area rumah aku. port bawah pokok ni memang dah jadi tempat orang berniaga dari dulu lagi, mungkin dah 3-4 orang yang dah bertukar tangan berniaga kat sini. Siapalah agaknya yang