Monday, February 04, 2013

random

Malam itu panas sikit dari biasa. aku padamkan lampu, dengan harapan kali ini aku betul-betul dapat tidur.  Buku 'ensiklopedia bidaah' dah lama aku tutup, itu pun sebab abang burung tweet "barang baek kau dari jepun ni bila boleh pass?". Agak potong di situ. Fikiran aku berpusing-pusing tentang esok, awalnya tentang kerja. Saham MISC yang akan diprivatize oleh petronas pada harga RM5.30. "any price below 5.10, aku akan collect", bisik hati aku. Khayal random sebelum tidur memang biasanya indah. Aku tiba-tiba teringat kata-kata saharil dalam bukunya mengenai orang miskin. orang miskinlah yang selama ini menggoncang dunia, mencetus revolusi. Jadi kau jangan nak bangga sangatla kalau kau kaya. Macam mana aku boleh pergi sampai situ? mungkin dari lanjutan soal saham misc itu tadi.

Si kacang dan lulu tidur di luar, lebih selesa dia kata. tiba-tiba aku dengar bunyi tv. kuat. "gol!" aku dengar lulu jerit. Belum tidur lagi rupanya budak bertuah tu. Aku keluar dan tengok si kacang dah tidur baek punya. Anak aku, yang baru berumur setahun lebih, dah pandai pasang tv sendiri dan tengok match man city vs liverpool pukul 1230 malam.

cantik