Saturday, January 09, 2016

Mesir

Baru pulang dari mesir, aku masih berasa takjub dengan kesan peradaban mesir kuno yang ditinggalkan, mostly in Luxor (pyramid too mainstream la konon). Highlight trip tu bagi aku banyak pada perjalanan kami dari utara mesir (alexandria di tepi laut mediterranian)-cairo-luxor-edfu-aswan. Semua kota ini berada di persisiran sungai Nil jadi tak hairan kenapa begitu banyak kesan tinggalan & pusat penyembahan ancient egypt di sini. Ok aku malas nak cerita pasal ni sebenarnya.

2-3 hari lepas si kacang cakap dengan aku, ada travel agent yang buat pakej mesir yang pergi totally different places (kecuali cairo- piramid etc of course). Dari Cairo pakej tu terus ke semenanjung Sinai dan tak pergi langsung ke selatan menulusuri sungai Nil. Di Sinai pakej tu akan pergi makam nabi (ada 2-3 nabi aku lupa), bukit tursina (tempat nabi musa berdialog dengan Allah) etc.

"Pakej jejak rasul nama dia", kata si kacang semangat.

aku jawab: "kita aritu jejak firaun ok wat"

Aku, padawan jedi yang dilupakan


Pagi ini gua di naboo. Semalam gua di tatooine. Lusa mungkin kena turun mustafar, macam celaka dia punya panas. Gain 1 hari, lose 1 hari. Intergalaxy travel buat gua spaceshiplag. Aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Jedi tak pernah puas. Mungkin takdir aku lebih dari ini, cuma masih belum sampai. Mace Windu sibuk memanjang, master Yoda apatah lagi. Nak bodek camana. Gua dengar si anakin tu dah makin naik sekarang, sampai boleh masuk jedi council. Siapa sangka budak tu dah pergi sejauh tu. Padahal budak  baru baru nak up je.. Celaka betul. Mungkin master dia obi-wan tu pandai buat kerja.. Tak macam bos. Gua ni bila lagi nak naik? Training dari umur 2 taun takkan buat kerja meronda sampai ke tua?

(ditulis dalam flight Qatar Airways, KUL - DOH 19 Dec 2015)