Posts

Quelqu'un m'a dit

Image
Kata orang hidup ini tak punya makna Ia berlalu pantas seperti layunya bunga Kata orang masa yang berlalu pergi itu adalah bangsat Ia berselimut dengan penderitaan kita Dan orang juga kata, kau masih mencintaiku Seseorang mengatakan kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar? Kata orang takdir mempermainkan kita Ia tak memberi kita apa-apa tapi menjanjikan segalanya Bahagia itu seakan dalam jangkauan Lalu kita cuba menggapainya, dan membuat kita gila Dan orang juga kata, kau masih mencintaiku Seseorang mengatakan kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar? Tapi siapa yang kata kau sentiasa mencintaiku? Aku tak ingat, malam sudah larut waktu itu suaranya jelas, tapi aku tak dapat lihat wajahnya "dia cintakan kau, ini rahsia, jangan beritahunya tentang ini" Lihat, ada orang kata yang kau masih mencintaiku Dia benar-benar kata yang kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar?

Asalnya aku tulis ini untuk certot #sayangimalaysiaku, tapi makin aku tulis makin lari topik. Maka aku up di sini saja

Aku pernah baca dalam satu tulisan tentang sejarah- untuk memandu kereta, di samping kaca hadapan, kita perlukan 3 cermin untuk melihat ke belakang. Begitulah pentingnya sejarah untuk kita, perlu kita toleh sebelum memecut ke depan. Ada apa dengan sejarah? Apa sejarah aku? Aku tahu ayahku asli minang Negeri Sembilan, jadi pasti moyangku berasal dari sumatera. Aku tak pernah kaji. Ibuku pula berasal dari Melaka. Moyangku cicit Hang Jebat pastinya. Juga belum pernah kukaji kesimpulan dangkalku ini. Menurut bacaan sejarahku yang tak terlalu banyak, orang melayu adalah orang maritim. Mereka berdagang dan laut adalah lapangan permainan mereka. Melayu di sini adalah sangat luas merangkumi orang Mon, Khmer, Champa, Pattani dan sebagainya- dari Vietnam hinggalah kepulauan Jawa. Sering dirujuk sebagai ‘Hindia Timur’ di manuskrip lama. Dalam filem ‘Pulang’ yang baru aku tonton, watak utamanya, Othman, diambil menjadi kelasi oleh syarikat perkapalan antarabangsa dan belayar ke seluruh dunia ker

La Marseillaise (Laskar Marseille)

Image
Bangkit anak bangsa Hari kemenangan telah tiba Tentangan kita, Tirani Panji berdarah dikibar Panji berdarah dikibar Dengarkah kalian di pelusuk desa Derapan kaki tentera kejam itu? Mereka datang terus ke depan kalian Untuk menyembelih anak, isteri kalian Ganding tangan, rakyat jelata! Kita bina batalion Mara! Mara! Biar darah hitam mencuci kerutan wajah kita

mengambil semangat piala dunia sambil menunggu semi final Perancis melawan Belgium - aku alih bahasa "I've got something to say". Bahagian 1.

Aku masih ingat dengan jelas momen di mana aku sedar yang kami sekeluarga benar-benar miskin. Aku masih ingat kelibat emak di depan peti sejuk dan riak wajahnya ketika itu. Aku baru berusia 6 tahun waktu itu, aku pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu rehat di sekolah. Menu emak untuk kami sama sahaja setiap hari: roti dan susu. Waktu kau masih hingusan, kau mungkin tak fikir sangat tentang itu. Tapi aku rasa hanya itulah yang kami mampu. Suatu hari aku pulang ke rumah, aku terus ke dapur, aku lihat emak di depan peti sejuk dengan susunya seperti biasa. Tapi kali ini dia sedang mencampur sesuatu ke dalamnya. Emak menggoncang-goncangkannya, kau faham kan? Aku kurang faham apa yang sedang berlaku waktu itu. Kemudian emak membawa makan tengah hari kepada aku, Emak senyum seakan semuanya baik sahaja. Pada waktu itulah aku sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku. Emak campurkan air dengan susu. Kami tidak punya wang lagi untuk minggu ini. Kami fakir. Bukan sekadar miskin,

OSK RHB

Aku mula join bisnes ayah pada tahun 2007. Waktu itu aku pernah kata pada ah cong, walaupun aku tak perlu cari kerja macam orang lain, ujian aku ialah bagaimana untuk terus menyambung apa yang ayah usahakan selama lebih 20 tahun- siapa lagi yang dia harapkan kalau bukan aku. Tahun itu juga setelah aku habiskan master in finance, aku mula trade in futures market, selain stocks dan segala macam instrument lagi. Aku mula faham yang setiap instrument hanyalah vehicle yang mempunyai ciri khas masing-masing, dalam investment & trading vehicle itu soal kedua, yang penting adalah diri kita sendiri sebagai driver. Ke mana kau nak pergi? Berapa lama kau target untuk sampai ke situ? Nak set 'goal' ini pun bukan senang, apatah lagi disiplin untuk kekal teguh pada goal yang sama selama vehicle kita itu sedang dipacu. Jadi boleh aku katakan 90% orang sentiasa lost dalam investment/trading journey mereka. Aku cuba praktikkan teori ini dengan bisnes ayah, tapi tak boleh. Prinsip ayah jau

17 Tahun

Mentari mula menenggelamkan dirinya di balik awan. Bayangnya mula menyelimut langit, mendung menandakan hujan mahu turun petang itu. Hari itu hari Selasa, 6 Februari 2017. Jam 4 petang aku dan Ah Cong masih di dalam meeting bersama wakil Cradle Fund di Sunway Putra Mall. Aku dapat mesej dari si kacang tentang mama baru dikejarkan ke PPUM dengan ambulans. Aku terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan Mirul mesej aku. Aku hampir lupa yang aku patut berjumpa dengannya selepas itu, jadi aku suruh dia datang ke PPUM sahaja. Ada emergency, aku kata. Di PPUM aku masuk ke icu namun gagal berjumpa mama mahupun abah. Aku dah cuba call abah tapi dia tak jawab. Mungkin dengan doktor. Sambil aku menunggu Mirul pun sampai. Aku berbual tentang mama yang sudah setahun melawan kanser dan keadaannya yang semakin tenat selepas operasi minggu lalu. Sedang aku berbual abah muncul di depan icu, aku tinggalkan Mirul untuk masuk ke dalam. Berada dengan mama aku rasa sayu. Aku tahu dia berada di hujung hayatn

Bukan Hikayat Khoja Maimun

Khoja Maimun bin Ayden Malique, seorang arkitek dari Kuala Lumpur baru saja mendapat arahan dari bosnya untuk outstation 3 hari ke Cikampek, Jawa Barat. Perasaannya bercampur-campur. Gembira kerana dia yang dipilih mengetuai projek itu, tapi sedih juga kerana terpaksa berpisah dengan isteri yang baru dinikahnya - Bibi Zainab. Sesampai di rumah, Khoja Maimun menerangkan situasi tersebut pada Bibi Zainab. Bibi Zainab jawab, “tak apa bun, 3 hari je”. Bibi Zainab panggil suaminya ‘bun’ untuk bunny, manakala dia dipanggil ‘hon’ untuk honey. 2 hari selepas itu, sementara menanti ketibaan Uber untuk ke lapangan terbang, Khoja Maimun memberi hadiah sebagai kejutan buat isterinya. Bibi Zainab teruja. Pemandu Uber tiba di depan pagar. Selepas bersalam dan memberi ciuman di pipi, Khoja Maimun pun berangkatlah. Bibi Zainab membuka bungkusan hadiah berlabel ‘Hamleys’ yang diberi suaminya. Ada 2 buah gajet yang berbeza bentuk. Satu berupa burung tiung dan satu lagi burung bayan. Ke