Posts

Showing posts from June, 2007

sudahkah kau meminta pada tuhan?

5 perkara yang aku hajati: lulus master tanpa extend. kumpul duit banyak-banyak supaya dalam setahun dua aku boleh meminang anak dara orang. jadi businessman yang berjaya. semua projek (bapak) aku berjaya & berjalan lancar mintak 20 permintaan lagi kepada jin lampu atau genie in the bottle , jikalau encik jin sedang melayari internet dan kebetulan singgah ke sini, saya amat berharap bahawa encik jin dapat menunaikan hajat saya ini. segala kerjasama dari pihak encik jin didahului dengan jutaan terima kasih. sekarang zaman IT , aku rasa semua makhluk dah pandai main internet. mungkin jin-jin dah boleh beli domain sendiri seperti www.jinlampu.com . mungkin dia orang boleh jual services dia orang dekat situ.kalau yang lebih up,encik jin tersebut bolehlah membeli domain seperti www.jinlampu.biz yang siap menawarkan marketing plan & sistem yang bagus , boleh jadi skim pelaburan cepat kaya di internet. upline downline sideline semua happy. orang melayu boleh cepat kaya. p/s=jangan ses

Perginya seorang bullshit.

Image
pada awalnya title yang ingin aku letakkan di sini ialah 'perginya seorang wira' tetapi akibat dipengaruhi nafsu amarah dan kekecewaan , ia bertukar menjadi perginya seorang bullshit. biasalah tu. sebab tu orang tua-tua cakap bila marah, diam. bagi aku peminat Henry tak patut kecewa sebab pemergian henry adalah yang terbaik untuk beliau.. sebabtu orang tua-tua cakap jugak,"kadang-kadang kalau kau sayang dia...lepaskanlah dia pergi" ok macam tak ada kaitan. henry , 1999 - 2007 great goalscorer & scorer of great goals. kami tak akan lupakan jasa anda kepada english football.(macam aku orang england pulak) selamat jalan arsenal talisman. "olympic sprinter." "thierry-fic!" "catch him if u can." "hail king henry" Au revoir , Thierry.

mari membeli belah.sekarang mega sale!

Image
hari ini , mak aku tegur. "mak tengok kau punya baju dengan seluar ni..tak ada gaya korporat langsung.orang ingat nanti kau ni office boy je" aku pergi pejabat pakai selipar. kasut aku tinggal dalam kereta , bila perlu pakai baru aku pakai. mungkin sebab tu kot mak aku cakap camtu. atau mungkin mak aku saja nak ajak aku bawak dia shopping. di sini mari kita rujuk frasa "engkau adalah bukan pekerjaan engkau" dalam entri dulu-dulu. bermaksud , adalah salah jika seseorang individu menjawab soalan seperti: "dia tu siapa?" "oo..dia tu doktor...hebat tuu." lebih kurang juga dalam kes ini. dalam fight club , Tyler Durden juga menyebut, "engkau bukan apa yang engkau pakai". ini bertentangan dengan budaya kita. orang melayu biasanya mengalami situasi seperti; "dia pakai selekeh la...mesti isap dadah" "smart gile mamat ni...join luxor ni" "takde janggut la dia...tak maskulin langsung" "janggut lebat semacam..tab

real madrid , 10 minit terakhir dan juara.

traveler = prison break+lost. traveler - mengisahkan 2 sekawan yang telah terpaksa lari dari polis (prison break).Pada masa yang sama mereka mengalami pelbagai misteri (lost).Cerita ini juga diselang selikan dengan flashback (lost). cerita ini menarik tapi aku punya feel kacau sebab dia banyak mengingatkan kepada cerita prison break dan lost. apa kata kalau malaysia buat series macam ni. barula orang melayu tengok cerita melayu. contoh: Datin Diaries + Prison break cerita ini mengisahkan datin2 yang telah difitnah oleh orang orang jahat dan kemudiannya kena lari dari polis. faktor pemilihan aktor adalah sangat penting. mungkin bole pakai mawi. oh , tahniah mawi kerana menjadi personaliti kedua dunia yang meletakkan dirinya di syling emas , selepas elvis presley. ya mawi , bukan spielberg , bukan oprah atau tiger woods. bye-bye.

la tahzan ! Innallah bihima.

1. "apa yang anda suka mengenai singapura?" "singapura adalah sangat bersih.kawan saya ini (sambil menundin ke arah kawannya) tidak suka mandi. jadi benda paling kotor di Singapura pada waktu ini , ialah dia." p/s=mamat ni kelakar. 2. aku masih muda dan mentah. sekarang aku bekerja dengan bapak aku , buat kerja2 yang biasanya bapak aku buat. masa belajar dulu aku dah mula buat kerja2 mcm ni , bapak aku jumpa orang ni orang tu pasal bisnes dia..lepastu aku duduk tersenyum simpul dan kemudian tunjuk ic dan sign. ini kerana company bapak aku pakai nama aku. aku adalah 'boneka' company itu. aku adalah 'boneka' bapak aku. cuma bezanya , kali ini aku kena jumpa orang , sign agreement depan lawyer sorang2. bapak aku dah tak ada. aku tak biasa dengan angka juta-juta. aku tak biasa buat keputusan sorg2. kalau keluar soalan macam , "kalau dalam masa satu tahun company ni ada hutang 1 juta , En Farid kena tanggung, ini risiko dia" aku hanya mampu jaw

ditegakkan hasrat rakyat kita.

Image
seorang lelaki pernah berkata , Pengiklanan membuatkan manusia mengejar kereta dan pakaian .Manusia mula melakukan sesuatu pekerjaan yang mereka tidak suka , supaya mereka dapat membeli 'tahi yang mereka tidak perlu' (shit they dont need) jadi aku buat kesimpulan di sini bahawa , aku dah kerja , jadi aku seharusnya memikirkan apakah 'shit i dont need' yang pertama yang harus aku beli. ini ialah kerusi osim. pada hari minggu yang lepas ,aku dan ah cong pergi membuang masa. aktiviti membuang masa adalah sangat bosan dan memenatkan , dan kedai osim adalah tempat terbaik yang boleh anda lawati. aku cakap yang aku mau carik hadiah fathers day. padahal aku baca banner "fathers day promotion" yang bersepah dekat kedai tu. amoi tu promote habis habisan. mula2 aku try kerusi 8,000. lepastu up yang 13,000. yang 13,000 boleh taruk mp3. amoi tu cakap bole letak lagu peter pan.tapi aku cakap dekat dia aku suka lagu arab. "aneh sungguh kamu ni" amoi tu kata. ah co

malaysia bagus

orang arab cakap malaysia baik. orang malaysia suka tawaf kidei. orang malaysia suka melontar. (tawaf kedai , melontar ringgit) bila ada duit lebih ,orang malaysia habiskan. bila jumpa kedai "everything 5 riyal" , orang malaysia suka. atau kedai "any one 2 riyal" orang arab cakap malaysia baik. oh, ada kedai yang nama dia lagi special , "everything 2,4,6,10 and above riyals" ps=john locke hidup balik daa...