Posts

Showing posts from December, 2008

harini bukan kerja ke? apesal semua macam mood-mood cuti je ni

pagi tadi aku dikejutkan dengan berita steven gerrard kena masuk jel. kalau aku jadi wartawan kosmo, kompom esok aku letak headline "gerrard terjerat". baru aku nak sms kat budak2 liverfool, aku tengok gerrard dah kena lepas. potong betul. nak kata dia main untuk team polis kat liga perdana tu tak pulak. kalau dia main team polis yela bole lepas. aku syak mamat yang lepaskan dia tu mesti liverfool punya fan. kalau joey barton ke, azizul kamaludin ke ching hong aik ke kompom tak lepas punya. ta

berapa sekejap kah sekejap dan berapa lamakah lama

4 minit 4 minit adalah terlalu lama terutama macam game arsenal tadi. injury time 4 minit telah memberi upset kepada aku for the whole season. mungkin tak seteruk 4 minit ketika lawan spurs, tapi yang ni kesan dia lagi mendalam. buat aku tak boleh tidur, hati berkecamuk, mungkin menyebabkan aku tak bangun esok pagi, dan lambat pergi date, gaduh, kena pujuk, dan nanti bila ok, arsenal kalah lagi. 4 jam. 4 jam adalah terlalu sekejap bila meeting perlu ditangguhkan untuk 4 jam, tapi at least kau boleh kata, "ada project delay sampai 3 tahun, setakat 4 jam takkan tak boleh tunggu" 4 tahun. 4 tahun adalah terlalu sekejap di mana kau boleh menghabiskan pengajian di ipt dalam tempoh itu, create direction di mana engkau akan pergi selepas itu, mungkin bertemu jodoh, bertemu business partner.. rezeki yang ditetapkan tuhan kepada seseorang itu dah ada somewhere yang kau perlu cari tapi kadang-kadang kerana kau graduate dalam sesuatu bidang, ia mungkin mengubah direction kau selama-lama

masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

memang aku sengaja tak set up network password untuk wifi rumah aku, sebab tak dapat sedekah duit, sedekah internet free kat jiran2 pun boleh la. tapi kalau slow sangat internet nanti barula aku set up password. semalam pejabat aku didatangi 4 orang tetamu, aku percaya dari penampilan mereka adalah lawyer (lelaki dengan tie, perempuan dengan skirt dan shirt tuck in). muda lagi mereka ni. (muda di sini membawa maksud generasi yang celik it dan internet, boleh membaca pada skrin komputer tanpa print, yang faham bahawa email bukan hanya untuk attach document, gadget2 yang up to date, boleh berbual mengenai filem apa yang menarik di panggung sekarang etc.) ok daripada mereka berempat aku familiar dengan mamat sorang ni, lawyer, rumah dia depan rumah aku. rupanya mamat ni dah lama approach bapak aku, mintak firm dia jadi panel kita orang. so harini dia orang datang nak melobi la tu. siap bawak hadiah. waktu aku join diorang, dia cakap, "ha farid.." bila dia tau nama aku? "har

23 disember

aku tak ada apa-apa yang boleh aku janjikan untuk engkau. apa yang boleh aku kata, aku mahu kahwini engkau. aku mahu kau yang halal, aku mahu jadi orang yang lebih 'hidup'. aku mahu jalan yang lurus, aku harap jalan hidupku akan lebih terang bila dengan engkau. aku ingin bawa kau pergi haji, agar tuhan boleh ajar aku kenapa aku hidup dalam dunia ini. apa yang harus aku buat, apa yang harus kau buat, apa yang perlu kita buat. aku harap pintu rezeki akan terbuka lebih luas bila aku dengan engkau, akaun kita akan menjadi lebih besar dan kuat bila bersama, aku boleh guna kelebihan engkau dan engkau boleh guna kelebihan aku. aku harap dosa-dosa aku akan diampunkan. selamat hari ulangtahun pertunangan, ili liyana. dan segala yang ku ada ku berikan semua untuk dirimu saja ku mahu dirimu bahagia untuk selamanya biar sampai syurga aku menunggu cinta darimu agar ku sempurna sampai syurga ku menunggu sampai syurga ku cintamu hanya kamu

surat untuk akak leha

hi kak leha. tujuan surat saya ni adalah untuk berkongsi perasaan dengan akak. sepanjang karier saya dalam family business ni, ada beberapa moment hampeh selalu berlaku time saya kerja yang merobek hati saya la kak. moment2 yang saya maksudkan ni biasanya akan membuatkan saya mengalami kemurungan, tidak sedap badan dan kadang2 buat saya tak semangat nak meneruskan hidup saya ni. walaupun benda ni agak remeh tapi saya tak kirela saya nak cerita jugak. antara moment2 yang saya maksudkan kat akak tu ialah: 1. saya berurusan dengan sesuatu pihak dalam telefon terlebih dahulu dan beliau akan memanggil saya encik atau kadang2 tuan, tapi bila dah jumpa depan mata, diorang  panggil saya adik.  2. bila orang carik saya di pejabat, tiba2 bapak saya lalu ke apeke dan cakap " ni anak saya..biarla dia belajar sikit-sikit" 3. bila saya nak sain satu2 agreement, lawyer/the other party akan tengok nombor ic saya dan cakap "muda2 lagi dah..." 4. kadang2 saya dan bapak saya kene jump

harimau malaya

Image
"sampai bila nak jadi macam ni",  bincang 4 orang jantan tegar berkenaan dengan pasukan bolasepak tanah air mereka. "Malaysian football should go private" ketika itu aku cuma terbayang bagaimana agaknya kalau ak u di tempat goalkeeper malaysia selepas vietnam menjaringkan goal ke-3 dan tidak diturunkan untuk game bertemu thailand. adakah aku juga akan menangis di padang sambil menutup muka dengan glove? "syed adney main lagila aku tak berharap...tapi dia hensem. adik syarifah sofea tu dia tu", sambung aku. perbualan jantan-jantan bersemangat patriotik akhirnya bertukar topik kepada syarifah sofea, lisa surihani memakai baju nipis, lana nodin bukan pamela malaysia dll. bak kat mokhzaini; what one man can do? sekian.

suit up!

meet barney stinson. jika anda gemar menonton how i met your mother, anda akan banyak mempelajari teori-teori sosial yang disampaikan oleh barney stinson seperti the cheerleader effect, hot/crazy scale, olive theory dll. minggu lepas barney memberi pendapat beliau tentang woo girl. woo girl ialah perempuan perempuan muda yang woo-ing dengan apa saja (terutama bila lepak kawan-kawan). barney juga menyatakan bahawa woo girl adalah sangat penting dalam komuniti. walaupun mereka ini woo, jika didengar betul-betul apa yang di-woo-kan, mereka adalah golongan yang sedih, bosan dan lost dan sebab itu mereka perlukan woo. tidak ada woo girls, tidak ada parti, tidak ada kelab, souvenir shot glass industry akan collapse, glitter industry turut collapes, banyak periuk nasi akan tertutup; akan ada satu benda yang kita guna setiap hari tidak akan wujud jika bukan kerana woo girl. tiny cowboy hats would be worn only by tiny cowboy. jadi siapa akan woo? kalau bukan woo girl? that's what i call leg