Posts

Showing posts from 2013

#RAMIE2013

Farid & ILynn in #RAMIE2013 from farid on Vimeo .

do what you love and love what you do

Image

happy 4th anniversary, si kacang.

Image

Samson

Kau adalah kejatuhan terindah Aku yang sebenarnya mencintaimu terlebih dulu Di balik helaian kertas itu tercoret kebenaran Aku harus pergi Rambutmu masih panjang saat kita berkenal Samson baring di katil Rambut di kepalanya semakin berkurang Dia terus ke katil sesudah makan roti saktinya Dan buku-buku sejarah lupa tentang kita Injil juga tak pernah menyebut tentang kita, walau sekali Kau adalah kejatuhanku yang terindah Aku memang mencintaimu dari dulu Dengan kerdipan bintang yang jatuh di atas kepala Ia hanyalah cahaya lama Samson duduk di katilku Dengan rambutku yang merah, aku memang jelita katanya Oh aku pernah botakkan kepalanya pada satu malam Dengan sebilah gunting usang di bawah cahaya lampu Dan katanya padaku, hasilnya memuaskan Lalu dia mengucupku sehingga terbit mentari Samson baring di katil Kepalanya kian membotak Dia terus ke katil sesudah makan roti saktinya Oh kita takkan dapat runtuhkan tiang-tiang itu Takkan dapat hancurkan walaupun satu Dan b

Südtribüne aku datang

Image

Demam sacha stevenson

Image

demam mira fana

Image

The Best Vine Videos of 2013 (So Far)

Image

terawih

solat terawih atau solat 'istirehat' atau solat 'santai' dah pun masuk ke malam 21 malam ini. budak-budak dah mula main mercun di luar masjid. Aku rasa ini interpretasi 'solat' dan 'santai' oleh masyarakat melayu.  ok apa, at least budak-budak ni taklah duduk memerap di rumah mengadap pc. main di luar surau, lama-lama masukla dia ke surau tu nanti. pakcik-pakcik dalam surau ni juga cukup santai. aku sempat memasang telinga dekat pakcik sebelah aku yang ditegur oleh pakcik lain. Kawan lama dia agaknya. "lama tak nampak? kat mana sekarang?" kawan dia tanya. "aku dekat RTM sekarang" telinga astro aku mula membuat coverage yang lebih terperinci. kawan dia excited, "macam perasan.. jadi hos ke?" aku pandang pakcik sebelah aku. hm, tak pernah nampak pulak muka pakcik ni dalam tv. "taklah", pakcik sebelah aku jawab, "RTM, Rehat Tunggu Mati" boleh tahan juga lawak pakcik-pakcik sekarang

tentang bola

Image
bila pasukan bola diprivatekan dan ditreat as pure business, pulangannya pasti lumayan. terima kasih JDT for the beautiful season. liga malaysia perlu 3-4 team lagi macam ini maka liga malaysia akan kembali hidup. Super league kini sudah ada kelantan, JDT dan sarawak. Aku tunggu siapa yang berani bikin kelab bola di KL untuk menyusuli team-team ini. nogori den turun liga premier. hello pasukan-pasukan utara!

tentang raudhah

Image
siapa yang singgah di masjid nabawi, selain menziarahi nabi, pastinya akan mengambil kesempatan bersolat atau berdoa di raudhah- ruang di antara mimbar nabi dan bilik nabi (kini makam nabi). Di situ nabi selalu mendapat wahyu dari jibril, membacakan wahyunya (ayat2 al quran yang kita baca sekarang) kepada sahabat, selain tempat baginda beribadah dan mendapat ilham untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Nabi bersabda " di antara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian dari raudhah (taman) syurga". Maka berebut-rebutlah umat nabi yang ingin beribadah di taman syurga ini. orang lelaki aku rasa lebih senang untuk beribadah di situ berbanding perempuan, di mana waktu untuk jemaah perempuan masuk ke situ hanya beberapa jam sehari (selepas subuh dan isya kalau tak silap). apa yang menyedihkan ialah raudhah ini seakan-akan menjadi medan pertempuran tolak menolak bagi jemaah perempuan. siapa yang tidak kuat, anda akan tewas dan tidak berpeluang untuk bersolat di situ. aku pesan pada

Ramadhan.

Hello ramadhan, dan blog ini. Lama tak jumpa. Banyak benda yang aku nak cerita tapi aku tak tau nak mula dekat mana Pasal bekerja dengan orang. Tak, mungkin tentang umrah. umrah kali ini sangat lain, al- haram massive renovation, aku cukur kepala, panjat gunung cahaya (jabal nur) tengah malam dan solat di gua hira', usung jenazah dari masjid nabawi sampai ke makam baqi' dan kebumikan mayat. sembahyang belakang imam. Puasa n berbuka di masjid. Pendek kata aku buat semua benda yang aku miss nak buat sebelum ini. Tapi bukan itu yang buat ia jadi 'sangat lain'. Sangat lain kali ini sebab aku bawak isteri aku si kacang- dan juga anak aku yang ada dalam perut dia. Apa nama feeling yang aku rasa? entah, mungkin ada bahasa yang boleh define feeling itu dengan satu perkataan yang mudah. Kalau dalam bahasa melayu, biasa orang cakap 'perasaan yang tak tergambarkan'. Ok aku akan pergi cari perkataan yang lebih mudah itu. oh, anak aku yang dah ikut bertawaf dan saei it

Maktub.

Malam itu sangat tenang seperti malam malam lainnya. Aku lihat si kacang sedang khusyuk menyantap makan malam. Aku yang sudah kenyang, mengajak dia berbual. Perbualan kami mula berkisar tentang isu dalam negara dan akhirnya si kacang menyebut tentang penceraian jeslina hashim. "7 tahun kahwin pun boleh cerai. Selalu siapa yg dah lepas 5 tahun kira terer dah". Aku senyum. Dalam redup matanya, aku rasa sempurna. Si kacang ada dengan aku waktu aku dalam perjalanan ke hospital di saat akhir hayat arwah ayah tahun lepas. Kalau si kacang tak ada, aku tak tahu apa yang akan jadi dengan aku. Mungkin aku tak menulis entri ini sekarang. Hari ini, si kacang dijemput tuhan ke mekah sambil mengandung anak kedua kami. Aku gembira sekali untuk membimbingnya. Nikmat apa lagi yang aku mahukan? Dalam magnum opus paulo coelho- ketika si gembala bertemu pedagang kristal, dia belajar satu perkataan arab yang sukar dijelaskan: maktub. Mungkin maktublah perkataan yang sesuai untuk cerita ini.

random

Malam itu panas sikit dari biasa. aku padamkan lampu, dengan harapan kali ini aku betul-betul dapat tidur.  Buku 'ensiklopedia bidaah' dah lama aku tutup, itu pun sebab abang burung tweet "barang baek kau dari jepun ni bila boleh pass?". Agak potong di situ. Fikiran aku berpusing-pusing tentang esok, awalnya tentang kerja. Saham MISC yang akan diprivatize oleh petronas pada harga RM5.30. "any price below 5.10, aku akan collect", bisik hati aku. Khayal random sebelum tidur memang biasanya indah. Aku tiba-tiba teringat kata-kata saharil dalam bukunya mengenai orang miskin. orang miskinlah yang selama ini menggoncang dunia, mencetus revolusi. Jadi kau jangan nak bangga sangatla kalau kau kaya. Macam mana aku boleh pergi sampai situ? mungkin dari lanjutan soal saham misc itu tadi. Si kacang dan lulu tidur di luar, lebih selesa dia kata. tiba-tiba aku dengar bunyi tv. kuat. "gol!" aku dengar lulu jerit. Belum tidur lagi rupanya budak bertuah tu. Aku k