Posts

Quelqu'un m'a dit

Image
Kata orang hidup ini tak punya makna Ia berlalu pantas seperti layunya bunga Kata orang masa yang berlalu pergi itu adalah bangsat Ia berselimut dengan penderitaan kita Dan orang juga kata, kau masih mencintaiku Seseorang mengatakan kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar? Kata orang takdir mempermainkan kita Ia tak memberi kita apa-apa tapi menjanjikan segalanya Bahagia itu seakan dalam jangkauan Lalu kita cuba menggapainya, dan membuat kita gila Dan orang juga kata, kau masih mencintaiku Seseorang mengatakan kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar? Tapi siapa yang kata kau sentiasa mencintaiku? Aku tak ingat, malam sudah larut waktu itu suaranya jelas, tapi aku tak dapat lihat wajahnya "dia cintakan kau, ini rahsia, jangan beritahunya tentang ini" Lihat, ada orang kata yang kau masih mencintaiku Dia benar-benar kata yang kau masih mencintaiku Mungkinkah itu benar?

Asalnya aku tulis ini untuk certot #sayangimalaysiaku, tapi makin aku tulis makin lari topik. Maka aku up di sini saja

Aku pernah baca dalam satu tulisan tentang sejarah- untuk memandu kereta, di samping kaca hadapan, kita perlukan 3 cermin untuk melihat ke belakang. Begitulah pentingnya sejarah untuk kita, perlu kita toleh sebelum memecut ke depan. Ada apa dengan sejarah? Apa sejarah aku? Aku tahu ayahku asli minang Negeri Sembilan, jadi pasti moyangku berasal dari sumatera. Aku tak pernah kaji. Ibuku pula berasal dari Melaka. Moyangku cicit Hang Jebat pastinya. Juga belum pernah kukaji kesimpulan dangkalku ini. Menurut bacaan sejarahku yang tak terlalu banyak, orang melayu adalah orang maritim. Mereka berdagang dan laut adalah lapangan permainan mereka. Melayu di sini adalah sangat luas merangkumi orang Mon, Khmer, Champa, Pattani dan sebagainya- dari Vietnam hinggalah kepulauan Jawa. Sering dirujuk sebagai ‘Hindia Timur’ di manuskrip lama. Dalam filem ‘Pulang’ yang baru aku tonton, watak utamanya, Othman, diambil menjadi kelasi oleh syarikat perkapalan antarabangsa dan belay...

La Marseillaise (Laskar Marseille)

Image
Bangkit anak bangsa Hari kemenangan telah tiba Tentangan kita, Tirani Panji berdarah dikibar Panji berdarah dikibar Dengarkah kalian di pelusuk desa Derapan kaki tentera kejam itu? Mereka datang terus ke depan kalian Untuk menyembelih anak, isteri kalian Ganding tangan, rakyat jelata! Kita bina batalion Mara! Mara! Biar darah hitam mencuci kerutan wajah kita

mengambil semangat piala dunia sambil menunggu semi final Perancis melawan Belgium - aku alih bahasa "I've got something to say". Bahagian 1.

Aku masih ingat dengan jelas momen di mana aku sedar yang kami sekeluarga benar-benar miskin. Aku masih ingat kelibat emak di depan peti sejuk dan riak wajahnya ketika itu. Aku baru berusia 6 tahun waktu itu, aku pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu rehat di sekolah. Menu emak untuk kami sama sahaja setiap hari: roti dan susu. Waktu kau masih hingusan, kau mungkin tak fikir sangat tentang itu. Tapi aku rasa hanya itulah yang kami mampu. Suatu hari aku pulang ke rumah, aku terus ke dapur, aku lihat emak di depan peti sejuk dengan susunya seperti biasa. Tapi kali ini dia sedang mencampur sesuatu ke dalamnya. Emak menggoncang-goncangkannya, kau faham kan? Aku kurang faham apa yang sedang berlaku waktu itu. Kemudian emak membawa makan tengah hari kepada aku, Emak senyum seakan semuanya baik sahaja. Pada waktu itulah aku sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku. Emak campurkan air dengan susu. Kami tidak punya wang lagi untuk minggu ini. Kami fakir. Bukan sekadar miskin, ...

OSK RHB

Aku mula join bisnes ayah pada tahun 2007. Waktu itu aku pernah kata pada ah cong, walaupun aku tak perlu cari kerja macam orang lain, ujian aku ialah bagaimana untuk terus menyambung apa yang ayah usahakan selama lebih 20 tahun- siapa lagi yang dia harapkan kalau bukan aku. Tahun itu juga setelah aku habiskan master in finance, aku mula trade in futures market, selain stocks dan segala macam instrument lagi. Aku mula faham yang setiap instrument hanyalah vehicle yang mempunyai ciri khas masing-masing, dalam investment & trading vehicle itu soal kedua, yang penting adalah diri kita sendiri sebagai driver. Ke mana kau nak pergi? Berapa lama kau target untuk sampai ke situ? Nak set 'goal' ini pun bukan senang, apatah lagi disiplin untuk kekal teguh pada goal yang sama selama vehicle kita itu sedang dipacu. Jadi boleh aku katakan 90% orang sentiasa lost dalam investment/trading journey mereka. Aku cuba praktikkan teori ini dengan bisnes ayah, tapi tak boleh. Prinsip ayah jau...

17 Tahun

Mentari mula menenggelamkan dirinya di balik awan. Bayangnya mula menyelimut langit, mendung menandakan hujan mahu turun petang itu. Hari itu hari Selasa, 6 Februari 2017. Jam 4 petang aku dan Ah Cong masih di dalam meeting bersama wakil Cradle Fund di Sunway Putra Mall. Aku dapat mesej dari si kacang tentang mama baru dikejarkan ke PPUM dengan ambulans. Aku terus bergegas ke sana. Dalam perjalanan Mirul mesej aku. Aku hampir lupa yang aku patut berjumpa dengannya selepas itu, jadi aku suruh dia datang ke PPUM sahaja. Ada emergency, aku kata. Di PPUM aku masuk ke icu namun gagal berjumpa mama mahupun abah. Aku dah cuba call abah tapi dia tak jawab. Mungkin dengan doktor. Sambil aku menunggu Mirul pun sampai. Aku berbual tentang mama yang sudah setahun melawan kanser dan keadaannya yang semakin tenat selepas operasi minggu lalu. Sedang aku berbual abah muncul di depan icu, aku tinggalkan Mirul untuk masuk ke dalam. Berada dengan mama aku rasa sayu. Aku tahu dia berada di hujung hayatn...

Bukan Hikayat Khoja Maimun

Khoja Maimun bin Ayden Malique, seorang arkitek dari Kuala Lumpur baru saja mendapat arahan dari bosnya untuk outstation 3 hari ke Cikampek, Jawa Barat. Perasaannya bercampur-campur. Gembira kerana dia yang dipilih mengetuai projek itu, tapi sedih juga kerana terpaksa berpisah dengan isteri yang baru dinikahnya - Bibi Zainab. Sesampai di rumah, Khoja Maimun menerangkan situasi tersebut pada Bibi Zainab. Bibi Zainab jawab, “tak apa bun, 3 hari je”. Bibi Zainab panggil suaminya ‘bun’ untuk bunny, manakala dia dipanggil ‘hon’ untuk honey. 2 hari selepas itu, sementara menanti ketibaan Uber untuk ke lapangan terbang, Khoja Maimun memberi hadiah sebagai kejutan buat isterinya. Bibi Zainab teruja. Pemandu Uber tiba di depan pagar. Selepas bersalam dan memberi ciuman di pipi, Khoja Maimun pun berangkatlah. Bibi Zainab membuka bungkusan hadiah berlabel ‘Hamleys’ yang diberi suaminya. Ada 2 buah gajet yang berbeza bentuk. Satu berupa burung tiung dan satu lagi burung bayan. Ke...

Mesir

Baru pulang dari mesir, aku masih berasa takjub dengan kesan peradaban mesir kuno yang ditinggalkan, mostly in Luxor (pyramid too mainstream la konon). Highlight trip tu bagi aku banyak pada perjalanan kami dari utara mesir (alexandria di tepi laut mediterranian)-cairo-luxor-edfu-aswan. Semua kota ini berada di persisiran sungai Nil jadi tak hairan kenapa begitu banyak kesan tinggalan & pusat penyembahan ancient egypt di sini. Ok aku malas nak cerita pasal ni sebenarnya. 2-3 hari lepas si kacang cakap dengan aku, ada travel agent yang buat pakej mesir yang pergi totally different places (kecuali cairo- piramid etc of course). Dari Cairo pakej tu terus ke semenanjung Sinai dan tak pergi langsung ke selatan menulusuri sungai Nil. Di Sinai pakej tu akan pergi makam nabi (ada 2-3 nabi aku lupa), bukit tursina (tempat nabi musa berdialog dengan Allah) etc. "Pakej jejak rasul nama dia", kata si kacang semangat. aku jawab: "kita aritu jejak firaun ok wat"

Aku, padawan jedi yang dilupakan

Pagi ini gua di naboo. Semalam gua di tatooine. Lusa mungkin kena turun mustafar, macam celaka dia punya panas. Gain 1 hari, lose 1 hari. Intergalaxy travel buat gua spaceshiplag. Aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Jedi tak pernah puas. Mungkin takdir aku lebih dari ini, cuma masih belum sampai. Mace Windu sibuk memanjang, master Yoda apatah lagi. Nak bodek camana. Gua dengar si anakin tu dah makin naik sekarang, sampai boleh masuk jedi council. Siapa sangka budak tu dah pergi sejauh tu. Padahal budak  baru baru nak up je.. Celaka betul. Mungkin master dia obi-wan tu pandai buat kerja.. Tak macam bos. Gua ni bila lagi nak naik ? Training dari umur 2 taun takkan buat kerja meronda sampai ke tua? (ditulis dalam flight Qatar Airways, KUL - DOH 19 Dec 2015)

aku seorang badut

Bulan disember, bulan yang biasanya membuka banyak pintu rezeki buat aku. walaupun musim sekolah begini kebanyakan keluarga pergi berlibur di luar negara, banyak juga majlis ulang tahun kanak-kanak pada bulan ini. sebagai seorang badut professional, tiada apa yang mampu menggembirakan aku selain dapat melihat telatah kanak-kanak pada parti hari jadi. Selain mengendalikan permainan mini dan membentuk belon, aku juga mampu membuat beberapa silap mata mudah- kadangkala bukan hanya anak kecil, datuknya juga ikut bersorak merasa kagum. Trend parti hari jadi kanak-kanak kini sudah berubah, biasanya majlis diadakan di playhouse di pasar raya. Aku bercita-cita ingin membuka satu playhouse sebegini suatu hari nanti. Bagi seorang badut berwawasan, itu antara pencapaian terbaik yang boleh aku banggakan. Bila acara tamat biasanya para ibubapa akan bertanya apakah cukup aku menampung keluargaku dengan hanya menjadi badut? aku jawab rezeki tuhan itu maha luas- merasa 'cukup' juga adalah sa...

meet joe black

hari itu hari pertama aku bersemuka dengan dia. hari jumaat, waktu aku makan seorang diri di depan masjid sebelum solat jumaat. Dulu waktu aku mengaji, ustaz kata selama ini dalam sehari ada 70 kali dia akan datang melawat aku. Tapi hari ini lain, dia datang dalam bentuk manusia dan duduk makan bersama aku. jadi filem meet joe black tu ada betulnya lah, aku kata, dan aku kata pada dia lagi mungkin hidup aku hanya dipenuhi dengan filem-filem pada waktu lapang. Adakah itu cukup untuk aku bawa berjumpa tuhan? Dia senyum.  

eh..eh.. ahhhh

Image

your mind: officially blown

Image
Al Fatihah untuk arwah Loloq

#RAMIE2013

Farid & ILynn in #RAMIE2013 from farid on Vimeo .

do what you love and love what you do

Image

happy 4th anniversary, si kacang.

Image

Samson

Kau adalah kejatuhan terindah Aku yang sebenarnya mencintaimu terlebih dulu Di balik helaian kertas itu tercoret kebenaran Aku harus pergi Rambutmu masih panjang saat kita berkenal Samson baring di katil Rambut di kepalanya semakin berkurang Dia terus ke katil sesudah makan roti saktinya Dan buku-buku sejarah lupa tentang kita Injil juga tak pernah menyebut tentang kita, walau sekali Kau adalah kejatuhanku yang terindah Aku memang mencintaimu dari dulu Dengan kerdipan bintang yang jatuh di atas kepala Ia hanyalah cahaya lama Samson duduk di katilku Dengan rambutku yang merah, aku memang jelita katanya Oh aku pernah botakkan kepalanya pada satu malam Dengan sebilah gunting usang di bawah cahaya lampu Dan katanya padaku, hasilnya memuaskan Lalu dia mengucupku sehingga terbit mentari Samson baring di katil Kepalanya kian membotak Dia terus ke katil sesudah makan roti saktinya Oh kita takkan dapat runtuhkan tiang-tiang itu Takkan dapat hancurkan walaupun satu Dan b...

Südtribüne aku datang

Image

Demam sacha stevenson

Image

demam mira fana

Image