Posts

sang adam dan hawa.berbisik di syurga.

mula mula berita penting. pasukan bola sepak malaysia bermula garang di doha . mereka tewas kepada oman... arsengal , bangun setelah jatuh. mereka tewas kepada fulham.... sekian. si kacang. dia merajuk , aku pujuk. dia merajuk lagi , aku pujuk lagi. aku pula cuba buat2 nak merajuk , tapi bila dia tgk aku merajuk , dia pun merajuk. last2 aku juga yang pujuk. tapi aku suka. esok hari terakhir aku di sini. dari jauh kelihatan beberapa warga uptm sedang berbual sakan. dan aku tersenyum sendiri.tanpa sebarang alasan...

ada adik bertanya abangnya.

di kaca tv kelihatan pelakon ida nerina dengan pakaian 'stylo' nya. bahu kiri tertutup manakala bahu kanannya terdedah. adik: dia ingat lawa la baju mcm tu abang: orang lelaki patut ada baju mcm ni. adik: kenapa? abang: kalau pergi umrah senang nak tawaf. selamat hari lahir adikku , satu satunya adikku , farah farhanah.

bab 2 : mimpi dan alamat

suatu ketika dahulu , ibuku pernah bermimpi tentang puan seri (isteri menteri besar negeri sembilan ketika itu) datang berjumpa beliau dengan pakaian serba putih. tidak berapa lama selepas itu , puan seri telah meninggal.. 2 hari lepas , datin zainon , kawan beliau memberitahu bahawa dia telah bermimpi tentang ibuku. datang kepadanya. dengan pakaian serba putih... si kacang bertanya, "apasal awak mcm rileks je.." karam singh walia pernah berkata , rumah terbakar nampak apinya , hati terbakar siapa yang tahu.. ok abaikan kata2 karam singh walia. mcm tiada kaitan.

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

seorang pegawai sedang tersenyum ketika menerima pc barunya. sedang aku memasang pc itu , dia bertanya, "baru ke?" aku menerangkan kepada beliau bahawa keseluruhan pc adalah baru termasuk lcd monitor dan wireless mouse dan keyboard. kemudian beliau membuat muka blank selepas aku bercakap dengan panjang lebar. kemudian brader jen bersuara , "ha ah baru..dia budak praktikal". "oh.. praktikal.." kata pegawai itu. i maluuuuuuuu....

menayar.

bagaimana weekend anda ? aku menempuh malam minggu yang menyakitkan hati sebab arsengal draw 1-1.lagi. same old story. ahad malam pula sungguh mencabar.sila baca karangan di bawah. MALAM AHAD SAYA. pada hari ahad malam yang lepas, saya telah pergi ke open house dr badrul , timbalan pengetua kolej burhanudin helmi ukm. tujuan saya menghadiri majlis ini ialah kerana saya hendak menunjukkan muka saya kepada beliau , jadi mungkin beliau akan membantu saya untuk stay kolej sem hadapan. kalau tidak , saya memang malas hendak ke bangi. keji kan perangai saya? semasa dalam perjalanan ke bangi , saya merasakan sesuatu yang tidak kena. rupa-rupanya tayar kereta telah terlanggar lobang dan pancit. tapi saya tenang saja , sebab saya kan kool dan kacak. eh eh tersyok sendiri pula saya. ketika itu hujan renyai2 dan saya baru keluar dari tol seremban. saya membuat keputusan untuk jalan dgn slow hingga ke hentian seremban. sebab kalau saya berenti tepi kat lebuhraya itu , mungkin bahaya menanti dan sa...

kafe siber

di atas sebab2 tertentu , semalam aku sempat menyinggahkan diri di cyber cafe.. banyak betul orang kat situ..budak2 umur 4 tahun pon dah pandai lepak cc skarang. dan harga sejam 1.50 je. murah kan? aku cakap murah sebab aku pernah lepak di cyber cafe di beberapa tempat dan ia mmg sgt jauh berbeza dengan di cc yang aku pergi semalam... ketika aku di Ho Chi Minh city , aku terpaksa menempuh perjalanan yang jauh untuk mendapatkan internet.biasanya aku pergi sorg2 je sebab aku dah biasa kat sana.tempat itupun bukanlah cyber cafe , tapi hanyalah satu showroom mengenai sebuah perkhidmatan internet yang baru di situ.jadi orang ramai boleh testla internet service diorg power ke x..free beb.. dan , yang paling penting sekali ialah , ondway pergi ke situ , aku terpaksa menolak banyak pelawaan ayam atau pelacur yang anda boleh lihat di mana mana , dan harga mereka adalah sangat murah.. aku juga terpaksa mengisi satu borang survey untuk syarikat tersebut setiap kali selepas menggunakan internet..b...

transformasi ke stereo.

brader bo cakap , " kau kerja kat sini untuk menggemukkan badan " aku gelak saje. semalam ada makan makan.lagi. semalam juga aku pergi memasang pc baru di jabatan perancang bandar dan desa . siap dgn monitor lcd yg besar serta wireless keyboard dan mouse. pengarah dan pegawai tertentu jela yang dapat.. memasang pc adalah senang, tapi aku harus menempuh pelbagai soalan seperti; takkan 5 bijik je? abes kitorg yang lain tak ada? pc ni tak datang dengan meja baru sekali ke? ni bagus ke tak bagus komputer ni? (,")