Posts

Pengalaman gua berbulan madu di Lisbon, Portugal

Image
kami juga sempat menyinggah rumah cristiano ronaldo dan monumen perang peninggalan alfonso d albuquerque di lisbon. sekian

henry pegang bola itu

Image
PARIS, 18 November 09, pasukan perancis atau les bleus telah berjaya melayakkan diri ke kejohanan piala dunia setelah bermain dengan masa tambahan ketika perlawanan playoff menentang Republik Ireland. walaupun match ini tidak keluar tv, penulis telah menonton melalui internet streaming bagi menyaksikan kemuncak perlawanan ini. ketika perlawanan seakan-akan perlu disudahkan dengan tendangan penalti, datang satu magic moment yang dihadiahkan oleh tuhan. thierry 'legendary' henry telah menahan bola dengan tangan, dan kemudian mengadjust bola tersebut supaya mudah untuk disepak, juga dengan tangan, dan disudahkan oleh william gallas. berbeza sedikit dengan maradona dan messi, moment magic hadiah tuhan ini masih akan dikenang sebagai "Le hand of god". dengan tenang beliau bermain bola tampar 'cheat' celebrate goal "gallas tidak celebrate langsung gol itu, beliau asyik buat muka macam budak sekolah fly yang takut kantoi disoal siasat oleh warden.", komen ...

pengalaman gua menonton bola di stadium paroi

gua telah dibesarkan di paroi sejak dari razali lagi. waktu tu, stadium paroi masih under construction. orang negeri sembilan layan bola kat tengah2 bandar. sekarang stadium tu dah jadi seremban parade. sekarang semua perlawanan bola n.sembilan diadakan di stadium paroi. nak turun stadium paroi tu memang jalan kaki je dari rumah gua. orang paroi dengan pasukan bola negeri sembilan ni boleh kata memang ngam la. kalau ada bola tu memang satu rumah tu akan turun beb, dengan nenek-nenek diorang sekali kalau ada. budak-budak sebaya gua dulu memang main bola petang-petang kat tepi stadium. sebab boleh usha pemain negeri sembilan training. ada satu hari tu gua dan budak-budak hingusan lain pernah dipelawa untuk berlatih dengan hero import n.sembilan dari brazil, gus cerro. "hey kids, come here play with me", dia ajak. gua main sebat je dialog tu. gua dan kawan-kawan terus menangis kegembiraan di situ juga. tapi rupa-rupanya bukanlah kitorang main sangat, sebab gus cerro suruh berba...

tunjukkan saya perkara terindah di dunia

mereka tanya macamana life lepas kahwin. "terasa hidup lebih bermakna", aku jawab. "contohnya?" mereka tanya lagi. "banyakla.." aku pun tak tau nak terangkan macam mana. Hari ini aku dapat satu jawapan untuk soalan 'contohnya' tu, sewaktu dia cium tangan aku lepas mengaminkan doa setelah selesai solat maghrib bersama. Kalau aku mati, aku mau mati dalam feeling yang macam ini. Email sent by my mobile

o re piya

scene paling touching tanpa menggunakan sebarang dialog, pemergian ibu hafiz secara simbolik dengan malaikat maut datang membawa buah-buahan, keseluruhan mood climax movie diwakili dengan tarian gadis india , dan setiap konflik watak-watak akhirnya diluahkan dan selesai pada persembahan malam talentime. i miss yasmin's movies.

selamat hari raya dari scha dan fahrin

celcom merupakan sebuah mobile dan broadband provider yang tidak asing lagi di malaysia. bernaung di bawah syarikat yang baru di-'rebranding' bernama axiata berhad, empayar syarikat ini boleh dikatakan boleh mengalami consistent growth setiap tahun di mana mereka setakat ini menjalankan operasi lebih 10 buah negara termasuk indonesia, india, sri lanka dll. axiata berhad juga dengan bangga memberitahu produk celcom 3G mereka boleh didapati dengan full coverage di puncak gunung kinabalu dan di tengah hutan Maliau Basin di pendalaman sabah. celcom juga telah menggunakan fahrin dan scha sebagai model iklan mereka. iklan dia kira macam ala-ala 'sweet' gitu. berbaloi-baloi... pada hari raya ke-5 yang lalu, celcom telah bagi panas line. satu malaysia huru hara. ada yang terlepas deal juta-juta katanya. tapi counter axiata yang disenaraikan di papan utama bursa malaysia telah mencanak naik pada hari itu. gua yang dekat kl masa tu pun problem, lagi kan puncak kinabalu. satu kerj...

selamat hari raya dari future

Image
hi farid. gua adalah diri lu dari future. tujuan gua mencoret warkah ini ialah untuk memberitahu lu supaya rilek sikit. gua tau lu skang tengah pening pasal kerja dan dalam masa yang sama sibuk membuat 'persiapan'. lepastu balik rumah pun lu kena bincang pasal kerja dengan bapak lu. rilekla bapak lu bapak gua jugak (tetibe). peh gila tension bai. kata orang berakit-rakit ke hulu, berenang renang ketepian. biasala tu beb. gua rasa lu patut buat satu list apa priority kerja yang lu kena buat mulai skarang. dari yang paling penting sampai yang least penting, dan bila due date. kalau tak esok lusa kompom lu lagi pening punya. oh lupa nak bagitau, hari ini hari raya. tak lama lagi lu pun nak raya kan, dahla lu satu apa pun tak setel. okla gua nak chow, bini ngan anak-anak panggil. diorang semua kirim salam kat lu. ta! salam aidilfitri farid fadhly sekeluarga 1 syawal 2018 (pada tahun ini internet telah menjadi terlalu canggih hingga boleh menghantar email ke masa silam)