Posts

Mesir

Baru pulang dari mesir, aku masih berasa takjub dengan kesan peradaban mesir kuno yang ditinggalkan, mostly in Luxor (pyramid too mainstream la konon). Highlight trip tu bagi aku banyak pada perjalanan kami dari utara mesir (alexandria di tepi laut mediterranian)-cairo-luxor-edfu-aswan. Semua kota ini berada di persisiran sungai Nil jadi tak hairan kenapa begitu banyak kesan tinggalan & pusat penyembahan ancient egypt di sini. Ok aku malas nak cerita pasal ni sebenarnya. 2-3 hari lepas si kacang cakap dengan aku, ada travel agent yang buat pakej mesir yang pergi totally different places (kecuali cairo- piramid etc of course). Dari Cairo pakej tu terus ke semenanjung Sinai dan tak pergi langsung ke selatan menulusuri sungai Nil. Di Sinai pakej tu akan pergi makam nabi (ada 2-3 nabi aku lupa), bukit tursina (tempat nabi musa berdialog dengan Allah) etc. "Pakej jejak rasul nama dia", kata si kacang semangat. aku jawab: "kita aritu jejak firaun ok wat"

Aku, padawan jedi yang dilupakan

Pagi ini gua di naboo. Semalam gua di tatooine. Lusa mungkin kena turun mustafar, macam celaka dia punya panas. Gain 1 hari, lose 1 hari. Intergalaxy travel buat gua spaceshiplag. Aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Jedi tak pernah puas. Mungkin takdir aku lebih dari ini, cuma masih belum sampai. Mace Windu sibuk memanjang, master Yoda apatah lagi. Nak bodek camana. Gua dengar si anakin tu dah makin naik sekarang, sampai boleh masuk jedi council. Siapa sangka budak tu dah pergi sejauh tu. Padahal budak  baru baru nak up je.. Celaka betul. Mungkin master dia obi-wan tu pandai buat kerja.. Tak macam bos. Gua ni bila lagi nak naik ? Training dari umur 2 taun takkan buat kerja meronda sampai ke tua? (ditulis dalam flight Qatar Airways, KUL - DOH 19 Dec 2015)

aku seorang badut

Bulan disember, bulan yang biasanya membuka banyak pintu rezeki buat aku. walaupun musim sekolah begini kebanyakan keluarga pergi berlibur di luar negara, banyak juga majlis ulang tahun kanak-kanak pada bulan ini. sebagai seorang badut professional, tiada apa yang mampu menggembirakan aku selain dapat melihat telatah kanak-kanak pada parti hari jadi. Selain mengendalikan permainan mini dan membentuk belon, aku juga mampu membuat beberapa silap mata mudah- kadangkala bukan hanya anak kecil, datuknya juga ikut bersorak merasa kagum. Trend parti hari jadi kanak-kanak kini sudah berubah, biasanya majlis diadakan di playhouse di pasar raya. Aku bercita-cita ingin membuka satu playhouse sebegini suatu hari nanti. Bagi seorang badut berwawasan, itu antara pencapaian terbaik yang boleh aku banggakan. Bila acara tamat biasanya para ibubapa akan bertanya apakah cukup aku menampung keluargaku dengan hanya menjadi badut? aku jawab rezeki tuhan itu maha luas- merasa 'cukup' juga adalah sa...

meet joe black

hari itu hari pertama aku bersemuka dengan dia. hari jumaat, waktu aku makan seorang diri di depan masjid sebelum solat jumaat. Dulu waktu aku mengaji, ustaz kata selama ini dalam sehari ada 70 kali dia akan datang melawat aku. Tapi hari ini lain, dia datang dalam bentuk manusia dan duduk makan bersama aku. jadi filem meet joe black tu ada betulnya lah, aku kata, dan aku kata pada dia lagi mungkin hidup aku hanya dipenuhi dengan filem-filem pada waktu lapang. Adakah itu cukup untuk aku bawa berjumpa tuhan? Dia senyum.  

eh..eh.. ahhhh

Image

your mind: officially blown

Image
Al Fatihah untuk arwah Loloq

#RAMIE2013

Farid & ILynn in #RAMIE2013 from farid on Vimeo .