Sunday, December 30, 2007

assalamualaikum, 2008.

presenting, 2007 most memorable quote by, ehem, yours truly.

kami pergi ke kelas petang itu (wow) dan kelas itu hanya memakan masa 15 minit sahaja. "haus la" , kata adam. "mapleyyyy" kata semua orang.
-entry pertama pada tahun ini. JAN 08 07


"p/s=enjoy di atas merujuk kepada aktiviti bermain k****** kawan dan usha ******* kawan dan perkara perkara keji yang lain.tak ada gaya nak dpt ijazah lgsg."
-post selepas exam terakhir di UKM. APR 30 07

`hari ini aku rasa aku mau tulis panjang2 dekat sini disebabkan hari ini secara officialnya aku telah meninggalkan ukm.meninggalkan kawan kawan.meninggalkan alam mimpi.'
- meninggalkan UKM - MAY 24 07

orang malaysia suka tawaf kidei. orang malaysia suka melontar. (tawaf kedai , melontar ringgit)
-pulang dari menunaikan umrah -JUN 07 07

'Au revoir , Thierry.'
-ucapan selamat tinggal kepada all time hero yang berhijrah ke barcelona, dan kemudian menjadi sampah. JUN 25 07

aku rasa cinta bila aku kutuk kau tulang dan kau kutuk aku capang. dan juga bila kau sepak aku sambil cakap "babita!"
- perca-perca tulisan jiwang kepada si kacang 2007. AUG 09 07

'ok jumpa di sidang-4 tengahari nanti!'
-
pada pagi hari konvokesyen. AUG 12 07

hidup umpama roda. buy a car to drive to work and drive to work to pay the car. bye now, aku ada life yang berpusing-pusing untuk aku harungi.
- mengenai working life yang penuh stress, OCT 18 07

'selamat menjadi millionaire.'
-
mengenai pelaburan dan financial planning. NOV 03 07

'oleh kerana aku dah minat baca buku sekarang,'
-
tahun 2007 adalah tahun mula membaca buku. NOV 08 07

lecturer financial management aku cakap dalam kelas, there's no such thing as a free lunch. aku jawab, "er..kenduri kawin?"
- pengalaman beliau di dalam kelas MBA, sebuah tempat di mana satu kumpulan manusia berkumpul berkongsi pengalaman mengenai perniagaan. NOV 16 07



di sini aku selaku lanlord blog ini mengucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan,
selamat berjaya dalam segala apa yang anda lakukan.

tahun 2007 adalah terlalu indah.

selamat tinggal 2007.

kepada si kacang, selamat maju jaya dalam pekerjaan dan business photography anda, banyak kenduri kawin dan tunang yang dia shoot tahun ini, tapi dalam banyak2 majlis yang dia shoot tu, ada satu majlis yang paling aku suka.

mine. mon. mio. meu.