Tuesday, August 03, 2010

the business of life

kata staff sergeant william james kepada anaknya; "anakku, kau suka mainan-mainan kau. kau suka bermain dengan patung-patung binatang kau. kau suka ibu dan bapa kau. kau suka baju tidur kau. tapi kau tahu, nak, bila kau semakin dewasa apa yang kau suka ini sudah tidak menjadi seistimewa sekarang. macam jack-in-the-box kau ni, kau akan sedar bahawa ia hanya sebuah tin dan patung binatang.

dan semakin tua, apa yang kau suka akan menjadi semakin kurang. dan mungkin pada usia aku, ia hanya satu atau dua benda sahaja. pada aku, aku cuma ada satu sahaja."

staff sergeant william james, pada scene berikutnya, kembali menyambung kerjayanya sebagai bomb defuser di medan perang.


untuk aku, kalau perlu memilih satu, aku suka beli sesuatu dengan alasan mendapat pulangan dari belian tersebut. beli dan jual semula dengan harga mahal, orang panggil trading atau flipping. atau beli sesuatu dengan tujuan mendapat pulangan konsisten, biasanya orang panggil 'sewa'.

dari dua jenis 'return' yang aku sebut di atas, ada beberapa benda yang jatuh dalam kedua-dua kategori, iaitu yang paling popular- shares dan properties. consistent return daripada sewa (properties) dan dividen (shares). juga potensi untuk menjual semula harta tersebut dengan harga yang lebih tinggi. there's no holy grail at all- aku hanya perlu meniru apa yang dilakukan oleh orang lain yang lebih berpengalaman. disiplin adalah kata kunci yang paling penting.

biar tanpa return yang diharap, aku sentiasa mendapat that 'satisfaction'. untuk tiga tahun, i couldnt ask for more than what i have achieved. syukur. jadi satu hari aku bincang dengan bedmate, dia tanya aku what's next? aku boleh simpulkan ada satu lagi benda yang boleh memberikan kepuasan maksimum. a 25 years old investment, called anak. you can own any shares, property, gold or any other assets but owning your own 'manusia' as an asset is something else.

you have stock market crashes, property slump, double dip recession dan what the hell, i will survive that 25 years dan hasilkan another great person yang akan membuat bapaknya bangga. return of investment: hors de prix.
dan dia akan menulis entry ini ketika dia berumur 20 tahun.

dan ya, aku akan quote ayat staff sergeant william james di atas masa dia seronok main permainannya nanti.