Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

sekolah

masa zaman aku sekolah menengah dulu, aku masih terlalu 'budak' untuk fikir apa yang aku akan buat dalam masa sepuluh tahun akan datang.

habis jauh aku boleh fikir pun, prep malam nak pakai baju apa. tak pun kalau malam ni ponteng aktiviti maghrib isyak, kantoi tak? siapa warden bertugas? 

tak silap aku benda paling cool budak-budak form 2 boleh buat ialah masa weekend, boleh tayang t shirt lawa-lawa turun kantin makan nasi tomato. maklumlah masa prep belum boleh pakai t shirt lagi macam senior.

masa itu juga aku pernah terfikir untuk jadi doktor. gila ke apa. ada hati nak jadi doktor. sebab masa tu aku selalu berangan nak jadi doktor bersalin. bila aku buat kerja tu, mesti semua perempuan yang aku kenal akan bersalin dengan aku. cuba kau bayang budak-budak perempuan kat sekolah, kolej, universiti dll nanti akan bersalin dengan kau. belum lagi perempuan yang kau selalu usha diam-diam dari jarak 25 ela dan buat kau tak tidur malam.

bila diorang datang buat checkup, dengan tenang aku akan cakap "jangan risau, everything is perfect, saya dah check"


--

ex girlfriend kawan aku dah kahwin dengan orang lain dan mengandung. aku sms kawan aku tu, "aku dengar *bleep* dah mengandung,  tahniah!"

trust me, its not a good idea.


 

Tuesday, March 24, 2009

panggilan

"aku rasa kau perlu ada dua phone, satu private dan satu untuk kerja"

aku jawab, aku tak perlu 2 phone, aku dah berjaya overcome rasa bersalah jika tak angkat panggilan-panggilan penting.

plus, aku tak ada simpan nombor dengan nama "jangan angkat" dalam phone book, macam mak aku.

"siapa dalam ramai-ramai, yang kau tak akan jawab call dia?"

err..malaikat maut?



Monday, March 23, 2009

Tuesday, March 10, 2009

back to the future

sebagai seorang trader saham yang 'baru nak up', aku selalu berangan yang aku boleh pergi ke masa yang lepas. travel through time. 30 minit yang lepas pun jadilah. kadang-kadang 30 minit boleh buat aku miss profit sebanyak RM750.

dan kalau aku boleh buat macam tu, apa yang perlu aku buat hanya sms diri aku sendiri. tak payah sms panjang-panjang, "buy now" pun jadilah.

pagi tadi aku dapat satu sms misteri. unknown number. dia sms aku satu harga. aku check online, memang betul harga yang dia sebut tu.

siapakah orang itu? kenapa dia sms aku? adakah angan-angan aku selama ni jadi realiti? betulkah sms tu dihantar oleh future me? patutkah aku gamble untuk beli?

saspen kan?

bersambung..

Wednesday, March 04, 2009

peti aduan.

jika anda ada membeli/menyewa bangunan pejabat atau rumah kedai di putrajaya, anda mungkin akan melalui beberapa siri pengalaman manis dengan perbadanan putrajaya.

mereka akan selalu membuat rondaan, skuad terjah mereka memang ramai. datang macam nak gaduh.

jadi anda perlu settlekan awal-awal lesen perniagaan anda.

tapi lesen perniagaan ni orang ada daya ketahanan je boleh apply. bayangkan kau beli bangunan tu, tapi semua benda yang kau nak buat dengan bangunan tu kena tunggu approval dari putrajaya.

lesen pulak kena renew RM500 setahun.
contohnya kalau nak renovate, kena apply dan setiap kaki persegi yang kita renovate kena charge.


lepastu dia nak arkitek yang berlesen untuk submit renovation tu. lepas tu kena approval bomba. pendek kata semua benda dia nak. kalau nak apply signboard, saya kena bagi surat 'kenapa saya design signboard saya macamtu'.

satu lagi hal saya memang tension betul dengan kakitangan dekat putrajaya ni. orang yang handle punyalah ramai. ada sekali tu saya nak jumpa liza kot nama dia, lepastu 2-3 orang yang lalu lalang depan saya tanya "nak jumpa siapa?". lepastu dia orang boleh berbual sesama sendiri depan saya, "liza bukan tengah gayut dengan balak dia ke?" 

marah betul la saya ni. dah berbulan-bulan apply baru settle. sekian.

-yang terluka,
putrajaya.

Monday, March 02, 2009

boring boring arsenal.

menjadi pasukan kelima terbaik dalam liga, live match arsenal kini tidak lagi menjadi prioriti untuk espn dan starsports siarkan.

macam game sabtu lepas yang disiarkan 2 jam lewat, menyebabkan aku akan menjauhkan diri dari internet sebelum menonton game itu.

tv pun tak tengok, handphone aku off takut org sms aku result.

tepat pukul 1, aku terus bukak tv dan layan game dengan penuh nervous. takut jugak kalau tiba-tiba channel tu keluarkan result yang berjalan kat bawahtu.

pada minit ke 35, adik aku keluar dari bilik, dia tengok tv dan kemudian cakap

"eh, bukan arsenal dah habis ke? tadi ada member cakap dekat ym arsenal bodo draw 0-0"

sadis gila beb. hancur. "diamla!" aku jawab. aku terus tukar channel astro ceria tanda protes.

gerakk...gerii...gasinggg!