Wednesday, May 13, 2009

makan.

seorang staf dari pejabat lawyer call.

"en farid,  this thursday u free tak? my lawyer nak ajak jumpa dekat mana-mana la, boleh dia pass our profile sekali"

"thursday", aku jawab, "pukul berapa tu saya tak boleh nak confirm, nanti pagi khamis u call balik".

itu jawapan standard. barula nampak busy tak busy sangat orang kata.

"u biasa makan restaurant mana?" dia tanya lagi.


restoran apa paling mahal dekat kl hah?


Thursday, May 07, 2009

brother love.

sebagai seorang lelaki yang menyokong industri muzik dan filem tanah air, radio dalam kereta aku akan sentiasa terpasang dengan frekuensi xfresh.fm. kalau kau dengar xfresh pagi-pagi, biasanya akan ada satu segmen brother love. 

brother love ni kerja dia jadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah percintaan, orang baru nak mengorat, propose, breakup dan segala macam hal jiwang dan kuntum lagila.

pagi tadi semasa dalam perjalanan ke site, brother love telah contact seorang awek yang bernama natasha. brother love bagitau natasha yang ex boyfriend dia nak dekat dia balik.

"saya dah malas nak fikir soal lelaki la brother love", natasha jawab.

"oho" balas brother love, "habis kau nak bercinta dengan apa pulak lepas ni, kuda?"

macam gampang.

Wednesday, May 06, 2009