Tuesday, June 29, 2010

kalau torres itu samson siapa delilahnya


orang kata behind every successful man, there is a woman. untuk lelaki selebihnya women brought their downfall.

bagi lelaki bernama samson, kelemahan beliau ialah delilah.

samson, menurut bible, dianugerah tuhan dengan kekuatan yang tidak terlawan. beliau mampu memusnahkan seluruh bala tentera dengan mudah. tapi beliau tewas dengan seorang perempuan bernama delilah, yang diupah oleh tentera palestin untuk mencari kelemahan samson. Atas dasar cinta, Samson memberitahu rahsia beliau bahawa kekuatannya terletak pada rambutnya. satu malam, delilah berjaya memotong rambut samson. samson tertangkap. setelah bertahun dalam penjara rambutnya kembali panjang dan berdoa kepada tuhan untuk mendapatkan kekuatannya kembali. (ok sila cari sambungan cerita ini sendiri).


at that point semua cerita adalah berkenaan dengan samson. delilah? tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang dengan habuannya.

tahun 2010, fernando torres adalah samson zaman moden. beliau memotong rambut sehari sebelum perlawanan pembukaan piala dunia pasukan sepanyol, dan segalanya tidak menjadi untuk beliau.

siapakah delilah yang memotong rambut torres. they doesn't even bother.

samson akhirnya menghancurkan seluruh bangunan tempat dia dipenjara dan mati bersama-sama orang palestin yang lain. "Thus he killed many more as he died than while he lived" (judges 16:30)

dan torres, seperti yang bakal berlaku, akan menghancurkan dirinya sendiri dan pasukan sepanyol.



p/s: "you are my sweetest downfall", "i loved you first", "the bible didnt mention us" dan "he told me that i'd done alright" . lirik yang sangat 'deep' oleh regina spektor

Friday, June 25, 2010

Thursday, June 24, 2010

fasha sandha: how i learned to get many replies and followers on twitter in seconds.

orang kata laughter is the best medicine. untuk seketika, gua terlupa yang gua demam. 10 tahun lagi antibiotic pun agaknya boleh download dekat internet.

Monday, June 21, 2010

laporan hari ke-10 di afrika

cuaca agak tidak menentu pada hari ini. hujan berselang-seli dengan panas pada waktu siang, dan suhu jatuh mendadak pada waktu malam. penulis di sini juga dapat merasakan sistem sekuriti telah ditingkatkan oleh kerajaan afrika selatan sejak kes seorang fan yang terlepas masuk ke bilik persalinan england tempoh hari.

menyentuh soal 'drama' pada edisi piala dunia kali ini, konflik paling menarik setakat ini, selain kematian cucu nelson mandela sejurus selepas konsert pembukaan piala dunia, apa lagi kalau bukan pasukan les bleus.
selepas kita disajikan dengan drama bagaimana pasukan perancis layak dengan 'hand of the devil', drama ini diteruskan dengan konflik yoann gourcuff, di mana it was 'high school' all over again- pemain handsome dan berbakat tidak disukai oleh rakan-rakan yang lain. ini diikuti dengan adegan tidak ada sesiapa yang akan melepak, pass bola di atas padang mahupun di dalam game ps3 dengan beliau.

konflik ini membawa kepada adegan di perlawanan seterusnya, yoann gourcuff tidak disenaraikan dalam pasukan. the climax masih lagi belum tiba pada saat ini, sehinggalah pada half-time break penyerang nicolas anelka telah melemparkan kata-kata kesat pada manager raymond domenech. berita ini tersebar begitu cepat mengakibatkan nicolas anelka pulang awal meninggalkan bunyi bising vuvuzela afrika selatan.*gambar curi nicolas anelka yang sedang duduk tahiyyat ketika di surau heathrow airport, london.


hari ini, ketika penulis sedang bertugas di kem latihan pasukan perancis, hanya raymond domenech sahaja yang keluar dengan membawa sepucuk surat boikot oleh pemain-pemain les bleus yang mendakwa tidak akan berlatih selagi anelka tidak dipanggil semula. kapten patrice evra pula dalam press conference mendakwa seorang 'pembelot' yang membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik persalinan yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini.

sebenarnya drama ini adalah hasil tulisan pihak FIFA sendiri untuk memberi sedikit perencah kepada kempen piala dunia yang agak hambar. pada perlawanan esok, (spoiler alert) pasukan perancis akan menang 4-0 dan seterusnya menjuarai piala dunia dengan jaringan 2-1 pada final nanti. setelah terikat 1-1, thierry henry akan menjaringkan gol dengan tangan seterusnya membolehkan pihak FIFA mendapat alasan yang kukuh untuk meletakkan penjaga garisan ke-3 dan ke-4 di belakang garisan gol.

sekian dulu dari afrika

Wednesday, June 16, 2010

republik demokratik korea utara

malam tadi, jauh daripada berpesta gol, brazil mengakhiri perlawanan menentang korea utara dengan bertahan.

korea utara yang masih diperintah secara diktator dan masih berpegang dengan sosialisme dan komunisme, berjaya membuat encik dunga berpeluh memikirkan apa alasan kepada media jika pasukannya tidak berjaya menewaskan pasukan yang mempunyai rank paling rendah layak ke pusingan akhir piala dunia ini.

sama ada taktik perang korea utara sangat memeranjatkan brazil atau pemain-pemain brazil yang takut kalau score mungkin kena tembak, itu hanya tuhan yang tahu.

tapi itu bukan apa yang aku nak cerita. yang aku musykil sekarang ni, betul ke pyongyang tak ada traffic light? itu pun hanya tuhan yang tahu. ada siapa-siapa nak pergi melancong ke north korea ke?




p/s: ramai orang bising bola jabulani senang melayang, sebab tu susah nak skor. yang malam tadi maicon punya cross melayang masuk dalam gol apa cerita?

Sunday, June 13, 2010

hari ke-2 di afrika

perancis memulakan kempen dengan persembahan yang sangat buruk. memang ada gaya juara. spain dan brazil aku syak akan bermain cantik pada perlawanan pertama dan terkeluar pada suku akhir.

sementara itu, pasukan fantasy aku mendahului liga yang mana rata-rata pasukan lain memilih rooney sebagai kapten mereka.

ok lah at least tak ada team yang kapten dia robert green.


Friday, June 11, 2010

allez les bleus!

bila berbicara mengenai pasukan perancis atau les bleus, nama raymond domenech pasti tidak pernah lekang di bibir-bibir media- bagaimana beliau dihentam oleh media perancis sendiri, membuat keputusan di luar jangkaan dan bagaimana beliau 'gagal' dalam kejohanan euro 2008 dan kemudian menjawab soalan pengacara tv perancis selepas kejohanan itu dengan jawapan "will you marry me". walau dengan cara membawa pasukan ke final 2006 sekalipun, beliau masih tidak mampu menutup mulut peminat bolasepak dunia.

kejohanan terakhir domenech sebelum digantikan dengan laurent blanc, sudah pasti amat istimewa bagi diri beliau dan seluruh rakyat perancis. untuk kempen kali ini, les bleus awal-awal lagi telah berjaya steal the limelight dengan 'hand of the devil' kapten pasukan thierry henry. domenech juga di saat-saat akhir mengisytiharkan formasi baru mereka 4-3-3 dan meletakkan thierry henry di bangku simpanan, menjadikan evra sebagai kapten. beliau juga telah menggugurkan bakat-bakat seperti karim benzema dan samir nasri, sambil mengharapkan kesefahaman juara epl malouda-anelka dan doa sembahyang hajat dari anak yang soleh, franck ribery.

kesebelasan utama perancis:

lloris-evra-abidal-gallas-sagna-toulalan-gourcuff-malouda-govou-ribery-anelka.


*penulis memberi pendapat mengenai perkembangan pasukan les bleus bersama wartawan afrika di tepi pantai port elizabeth.

sekian dari kem pasukan perancis. penulis di sini berasa yakin perancis akan memenangi piala dunia dengan sekali lagi bantuan daripada 'hand of the devil' thierry henry pada perlawanan akhir nanti.

untuk game bertemu uruguay malam ini, perancis akan bermula slow jadi penulis predict slambela menang 1-0.

penulis akhiri dengan lagu kebangsaan perancis la marseillaise yang di-takeover daripada lagu nazi dalam filem casablanca. enjoy!


video

pengalaman gua menjadi co-instructor abang burung.

hari ini, abang burung telah mencatat sejarah baru dalam hidup beliau. beliau jadi cikgu. cikgu komputer.

walaupun kelas komputer ini hanya ada seorang murid, tapi murid ini bukan calang-calang orang. seorang gadis sunti dari seberang. hartini namanya. hidung mancung bak seludang, betis bagai bunting padi oh cantiknya hartini.

sesampai kitorang di kelas, gua tengok konfiden abang burung di tahap 9/10. hartini dah sedia di tempat duduk. gua ambik tempat duduk sebelah tini. eh eh dah keluar nama manja pulak. abang burung berdehem kasi clear dia punya tekak. dia ambil marker, tulis nama dia besar2 kat whiteboard.

peh, benda ni memang dah lama gua impikan. tapi kat dalam kelas yang paling cikai pun ada 40 murid la.

ketika dalam sesi pembelajaran ade sekali handphone abang burung bunyi, dia jawab "sori tengah mengajar" dengan gaya bersahaja. hartini mengetap bibir. maco sungguh!

mata gua berkaca-kaca. gua rasa abang burung dah skor 10/10 untuk berjaya buat apa yang orang bukan cikgu tak boleh buat dalam satu sesi sahaja. dan yang paling penting, nini dah tangkap syok sama dia. eh eh terkeluar nama sms pulak.

sebelum kelas berakhir, cikgu burung bertanya anak muridnya tentang kelas minggu depan.
"so minggu depan nanti saya confirmkan kelas hari apa. kamu ada boyfriend tak...mane tau nak pergi dating ke ape..."

saat itu, gua terus potong markah maco dia jadi 1/10

Thursday, June 03, 2010

le jour de gloire est arrive


bagi seorang pemain bolasepak professional, piala dunia ialah the biggest achievement of all.

untuk menyertai piala dunia, seorang pemain perlu memastikan pasukan negara beliau layak menjadi top 32 daripada 202 pasukan negara lain.

daripada 32 negara yang layak, 23 pemain akan dishortlist untuk bermain bagi pasukan masing-masing.

2 out of 32 will make it to the final.

only one man will steal the limelight in that final. macam kata the great p ramlee sebelum dia pergi, "kalau gua mati hari ini, nama gua akan hidup seribu tahun lagi"; mungkin dengan hat-trick.
atau last-gasp winner.
atau 'hand of god'.atau headbutt.

chances to become this one man is (1/23*32*202).
its fucking 0.001%

so who says a football player worth millions with 100k pounds income per week is the luckiest gifted man?

its never about money,power or fame.
it's always about self-satisfaction. others are just bonuses.

ooh shut up, ladies and gentlemen its 8 days to world cupp!
..and 500+ more stickers to collect!