kalau torres itu samson siapa delilahnya


orang kata behind every successful man, there is a woman. untuk lelaki selebihnya women brought their downfall.

bagi lelaki bernama samson, kelemahan beliau ialah delilah.

samson, menurut bible, dianugerah tuhan dengan kekuatan yang tidak terlawan. beliau mampu memusnahkan seluruh bala tentera dengan mudah. tapi beliau tewas dengan seorang perempuan bernama delilah, yang diupah oleh tentera palestin untuk mencari kelemahan samson. Atas dasar cinta, Samson memberitahu rahsia beliau bahawa kekuatannya terletak pada rambutnya. satu malam, delilah berjaya memotong rambut samson. samson tertangkap. setelah bertahun dalam penjara rambutnya kembali panjang dan berdoa kepada tuhan untuk mendapatkan kekuatannya kembali. (ok sila cari sambungan cerita ini sendiri).


at that point semua cerita adalah berkenaan dengan samson. delilah? tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang dengan habuannya.

tahun 2010, fernando torres adalah samson zaman moden. beliau memotong rambut sehari sebelum perlawanan pembukaan piala dunia pasukan sepanyol, dan segalanya tidak menjadi untuk beliau.

siapakah delilah yang memotong rambut torres. they doesn't even bother.

samson akhirnya menghancurkan seluruh bangunan tempat dia dipenjara dan mati bersama-sama orang palestin yang lain. "Thus he killed many more as he died than while he lived" (judges 16:30)

dan torres, seperti yang bakal berlaku, akan menghancurkan dirinya sendiri dan pasukan sepanyol.



p/s: "you are my sweetest downfall", "i loved you first", "the bible didnt mention us" dan "he told me that i'd done alright" . lirik yang sangat 'deep' oleh regina spektor

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat