allez les bleus!

bila berbicara mengenai pasukan perancis atau les bleus, nama raymond domenech pasti tidak pernah lekang di bibir-bibir media- bagaimana beliau dihentam oleh media perancis sendiri, membuat keputusan di luar jangkaan dan bagaimana beliau 'gagal' dalam kejohanan euro 2008 dan kemudian menjawab soalan pengacara tv perancis selepas kejohanan itu dengan jawapan "will you marry me". walau dengan cara membawa pasukan ke final 2006 sekalipun, beliau masih tidak mampu menutup mulut peminat bolasepak dunia.

kejohanan terakhir domenech sebelum digantikan dengan laurent blanc, sudah pasti amat istimewa bagi diri beliau dan seluruh rakyat perancis. untuk kempen kali ini, les bleus awal-awal lagi telah berjaya steal the limelight dengan 'hand of the devil' kapten pasukan thierry henry. domenech juga di saat-saat akhir mengisytiharkan formasi baru mereka 4-3-3 dan meletakkan thierry henry di bangku simpanan, menjadikan evra sebagai kapten. beliau juga telah menggugurkan bakat-bakat seperti karim benzema dan samir nasri, sambil mengharapkan kesefahaman juara epl malouda-anelka dan doa sembahyang hajat dari anak yang soleh, franck ribery.

kesebelasan utama perancis:

lloris-evra-abidal-gallas-sagna-toulalan-gourcuff-malouda-govou-ribery-anelka.


*penulis memberi pendapat mengenai perkembangan pasukan les bleus bersama wartawan afrika di tepi pantai port elizabeth.

sekian dari kem pasukan perancis. penulis di sini berasa yakin perancis akan memenangi piala dunia dengan sekali lagi bantuan daripada 'hand of the devil' thierry henry pada perlawanan akhir nanti.

untuk game bertemu uruguay malam ini, perancis akan bermula slow jadi penulis predict slambela menang 1-0.

penulis akhiri dengan lagu kebangsaan perancis la marseillaise yang di-takeover daripada lagu nazi dalam filem casablanca. enjoy!


Comments

yay ade jugak org nak sokong france. btw aku suke je domenech tuuu, kesian asek kene hantam jek

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

17 Tahun