Thursday, August 30, 2018

Asalnya aku tulis ini untuk certot #sayangimalaysiaku, tapi makin aku tulis makin lari topik. Maka aku up di sini saja

Aku pernah baca dalam satu tulisan tentang sejarah- untuk memandu kereta, di samping kaca hadapan, kita perlukan 3 cermin untuk melihat ke belakang. Begitulah pentingnya sejarah untuk kita, perlu kita toleh sebelum memecut ke depan.

Ada apa dengan sejarah? Apa sejarah aku? Aku tahu ayahku asli minang Negeri Sembilan, jadi pasti moyangku berasal dari sumatera. Aku tak pernah kaji. Ibuku pula berasal dari Melaka. Moyangku cicit Hang Jebat pastinya. Juga belum pernah kukaji kesimpulan dangkalku ini.

Menurut bacaan sejarahku yang tak terlalu banyak, orang melayu adalah orang maritim. Mereka berdagang dan laut adalah lapangan permainan mereka. Melayu di sini adalah sangat luas merangkumi orang Mon, Khmer, Champa, Pattani dan sebagainya- dari Vietnam hinggalah kepulauan Jawa. Sering dirujuk sebagai ‘Hindia Timur’ di manuskrip lama. Dalam filem ‘Pulang’ yang baru aku tonton, watak utamanya, Othman, diambil menjadi kelasi oleh syarikat perkapalan antarabangsa dan belayar ke seluruh dunia kerana banyak orang melayu diambil kerja waktu itu. Mereka secara natural memang mahir bekerja di atas dek.

Zaman kesultanan melayu Melaka, mereka punya banyak jong. Jong ialah sejenis perahu besar yang boleh memuatkan beratus orang, bahkan zaman itu mereka boleh bawa 4 ekor gajah belayar naik jong. Masih adakah jong pada hari ini? Jong moden, mungkin ?

Aku juga ada baca yang Malaysia & Indonesia (subset kepada Hindia Timur tadi) adalah satu-satunya bangsa di dunia yang menggelar bumi mereka ‘Tanah Air’, berbanding bangsa lain yang merujuk kepada ‘tanah’ sahaja. (motherland, watan dsb.) Maka dengan ini, aku berseru, Dirgahayu Tanah Airku!

1 comment:

Karin Kusuma said...

Selamat datang di SahabatQQ
AGEN BANDARQ | DOMINO 99 | POKER

ONLINE TERPERCAYA DAN SALAH SATU

YANG TERBESAR DI ASIA
Bonus Rollingan 0.3% dibagikan 5 hari

sekali
Bonus Refferal 15% seumur hidup
Tunggu apalagi buruan daftar ^_^

Kunjungi :
Website : SahabatQQ



Fanspage FB : Sahabat QQ
Pin BB : 2AE48042
Pin BB : 2BD6A2E3
WA : +855-964596550
LINE : SAHABATQQ
WECHAT : SAHABATQQ
TWITTER : @SahabatQQ
YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com

Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop