Monday, November 23, 2009

Pengalaman gua berbulan madu di Lisbon, Portugal






kami juga sempat menyinggah rumah cristiano ronaldo dan monumen perang peninggalan alfonso d albuquerque di lisbon.


sekian

Thursday, November 19, 2009

henry pegang bola itu


PARIS, 18 November 09, pasukan perancis atau les bleus telah berjaya melayakkan diri ke kejohanan piala dunia setelah bermain dengan masa tambahan ketika perlawanan playoff menentang Republik Ireland. walaupun match ini tidak keluar tv, penulis telah menonton melalui internet streaming bagi menyaksikan kemuncak perlawanan ini. ketika perlawanan seakan-akan perlu disudahkan dengan tendangan penalti, datang satu magic moment yang dihadiahkan oleh tuhan.

thierry 'legendary' henry telah menahan bola dengan tangan, dan kemudian mengadjust bola tersebut supaya mudah untuk disepak, juga dengan tangan, dan disudahkan oleh william gallas.
berbeza sedikit dengan maradona dan messi, moment magic hadiah tuhan ini masih akan dikenang sebagai "Le hand of god".

dengan tenang beliau bermain bola tampar

'cheat' celebrate goal

"gallas tidak celebrate langsung gol itu, beliau asyik buat muka macam budak sekolah fly yang takut kantoi disoal siasat oleh warden.", komen rata-rata penyokong yag berada di stadium.

"saya memang menghandle bola tu dengan tangan, siapa suruh referee biar je", komen henry selepas perlawanan.

cheat never prosper, they say. in this case france certainly did


jumpa di piala dunia 2010, allez les bleus!



Wednesday, November 04, 2009

pengalaman gua menonton bola di stadium paroi

gua telah dibesarkan di paroi sejak dari razali lagi. waktu tu, stadium paroi masih under construction. orang negeri sembilan layan bola kat tengah2 bandar. sekarang stadium tu dah jadi seremban parade. sekarang semua perlawanan bola n.sembilan diadakan di stadium paroi. nak turun stadium paroi tu memang jalan kaki je dari rumah gua.

orang paroi dengan pasukan bola negeri sembilan ni boleh kata memang ngam la. kalau ada bola tu memang satu rumah tu akan turun beb, dengan nenek-nenek diorang sekali kalau ada. budak-budak sebaya gua dulu memang main bola petang-petang kat tepi stadium. sebab boleh usha pemain negeri sembilan training. ada satu hari tu gua dan budak-budak hingusan lain pernah dipelawa untuk berlatih dengan hero import n.sembilan dari brazil, gus cerro. "hey kids, come here play with me", dia ajak. gua main sebat je dialog tu. gua dan kawan-kawan terus menangis kegembiraan di situ juga. tapi rupa-rupanya bukanlah kitorang main sangat, sebab gus cerro suruh berbaris buat wall depan gol saja. lepas tu dia rembat rilek aja masuk gol. padahal masing-masing dah melompat siap nak save pakai tangan. boleh tahan hebat gus cerro, 10 'goalkeeper' depan gol pun sambil lewa je dia makan.

port gua dengan kutu-kutu sekolah paroi yang lain kalau ada game di stadium ialah di bucu padang, berdekatan dengan scoreboard. hebat zaman dulu, tak ada handphone pun boleh berjanji ramai-ramai kat stadium. kat sekolah kalau jumpa budak muka-muka stadium tinggal sebut "malam ni" sambil angkat kening. malam tu confirm ada la.

pada satu malam, negeri sembilan telah ketinggalan 2 gol dengan selangor. gua dan budak-budak lain puas memaki hamun pemain n.sembilan tapi dalam hati jela, sebab depan tu ada orang tua ramai. tapi gua tengok pattern budak sekarang dah tak kira dah, awal tahun haritu rilek aja geng2 sekolah rendah mencarut2 depan gua. oh, balik cerita tadi balik. seorang pakcik yang duduk berdekatan dengan gua telah melepaskan tension beliau dengan menjerit "bangang boto la masing2 malam ni!. main macam pundek! batu hitam! marah betul pakcik tu. tapi sampai sekarang gua tak paham apa maksud batu hitam tu. beliau menyambung lagi, "kalau nogori monang malamni, den telanjang kek sini jugak!".

gua dan budak-budak lain berpandangan sesama sendiri. marah betul pakcik ni. 20 minit kemudian, negeri sembilan telah score 3 gol dan menang 3-2. gua tengok pakcik tu buat muka serius. member2 gua dah sengih2. konfiden bona kau cik..ha padan muko kan dah malu

sekian (didekasikan kepada squad n.sembilan yang akan menentang kelantan pada final piala malaysia 2009, sabtu ini)