pengalaman gua menonton bola di stadium paroi

gua telah dibesarkan di paroi sejak dari razali lagi. waktu tu, stadium paroi masih under construction. orang negeri sembilan layan bola kat tengah2 bandar. sekarang stadium tu dah jadi seremban parade. sekarang semua perlawanan bola n.sembilan diadakan di stadium paroi. nak turun stadium paroi tu memang jalan kaki je dari rumah gua.

orang paroi dengan pasukan bola negeri sembilan ni boleh kata memang ngam la. kalau ada bola tu memang satu rumah tu akan turun beb, dengan nenek-nenek diorang sekali kalau ada. budak-budak sebaya gua dulu memang main bola petang-petang kat tepi stadium. sebab boleh usha pemain negeri sembilan training. ada satu hari tu gua dan budak-budak hingusan lain pernah dipelawa untuk berlatih dengan hero import n.sembilan dari brazil, gus cerro. "hey kids, come here play with me", dia ajak. gua main sebat je dialog tu. gua dan kawan-kawan terus menangis kegembiraan di situ juga. tapi rupa-rupanya bukanlah kitorang main sangat, sebab gus cerro suruh berbaris buat wall depan gol saja. lepas tu dia rembat rilek aja masuk gol. padahal masing-masing dah melompat siap nak save pakai tangan. boleh tahan hebat gus cerro, 10 'goalkeeper' depan gol pun sambil lewa je dia makan.

port gua dengan kutu-kutu sekolah paroi yang lain kalau ada game di stadium ialah di bucu padang, berdekatan dengan scoreboard. hebat zaman dulu, tak ada handphone pun boleh berjanji ramai-ramai kat stadium. kat sekolah kalau jumpa budak muka-muka stadium tinggal sebut "malam ni" sambil angkat kening. malam tu confirm ada la.

pada satu malam, negeri sembilan telah ketinggalan 2 gol dengan selangor. gua dan budak-budak lain puas memaki hamun pemain n.sembilan tapi dalam hati jela, sebab depan tu ada orang tua ramai. tapi gua tengok pattern budak sekarang dah tak kira dah, awal tahun haritu rilek aja geng2 sekolah rendah mencarut2 depan gua. oh, balik cerita tadi balik. seorang pakcik yang duduk berdekatan dengan gua telah melepaskan tension beliau dengan menjerit "bangang boto la masing2 malam ni!. main macam pundek! batu hitam! marah betul pakcik tu. tapi sampai sekarang gua tak paham apa maksud batu hitam tu. beliau menyambung lagi, "kalau nogori monang malamni, den telanjang kek sini jugak!".

gua dan budak-budak lain berpandangan sesama sendiri. marah betul pakcik ni. 20 minit kemudian, negeri sembilan telah score 3 gol dan menang 3-2. gua tengok pakcik tu buat muka serius. member2 gua dah sengih2. konfiden bona kau cik..ha padan muko kan dah malu

sekian (didekasikan kepada squad n.sembilan yang akan menentang kelantan pada final piala malaysia 2009, sabtu ini)

Comments

ILynn Virgobiru said…
yosh! Bukit Jalil jom
Unknown said…
LOL .. srh pak cik tu berbogel tengah padang ler klu berani ...
Pots said…
Ko trun b.Jalil ke? xturun x'true' laa beb..
wan muliani said…
ahahah best cuite ko ni batek..padat dan sendat..even aku masih bengang ngan team n9 yang telah mengalahkan team penyu hari tu=p
Jorji said…
den masih poie stadium paroi,tapi poie minum potang la..kek kodai nuar.

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Quelqu'un m'a dit