Wednesday, April 28, 2010

surat untuk bulan

orang kata, manusia boleh menikmati pemandangan bulan penuh sebanyak 936 kali sepanjang hayat mereka; salah satu dari 936 itu ialah malam ini.

Seroja yang dulu gemar menulis surat curahat (baca:curahan hati) kepada bulan, kini telah mempunyai suami dan seorang anak. dia tidak perlu lagi meluahkan perasaannya kepada bulan. bulan pun tak akan baca surat-surat yang dia kirim. "reality bites", ujar seroja. "dunia ini bukan yang macam aku bayangkan dahulu, zaman ni siapa yang bodoh akan ke belakang. manusia survive dengan mengharapkan somebody will be stupid enough to call themselves 'consumer'. everyone have to be a fool and hoping another fool will take their place. well thats what makes the world go round.", bahas seroja penuh falsafah.

seroja sambung permainan sudoku level 5 beliau. jika setiap tahun seroja boleh up satu level sudoku, she will die a genius.



Monday, April 26, 2010

le fabuluex destin d'ili liyana

pukul 9:53 malam, di tv3 sedang tersiar drama futuristik 'jidin'. jidin baru saja mencipta Alat Komunikasi Global (AKG). sementara itu cikgu hairi, isteri dan 2 orang anaknya sedang menikmati teh susu di meja halaman rumah. meja itu baru saja beliau beli 2 bulan lepas di sungai buloh. meja di halaman rumah ini biasanya diperbuat daripada simen dan dicat warna perang 3 tona. dahulu meja sebegitu hanya memerlukan kos kira-kira rm50, tapi disebabkan harga simen yang naik sebanyak rm1.50 sekampit sejak sebulan lalu, harga meja itu telah naik kira-kira 30%.

jiran cikgu hairi, aku, yang dalam masa yang sama sedang menonton tv3 sedang menukar ke saluran lain kerana rancangan jidin telahpun tamat. seperti hari-hari biasa yang lain, menonton tv adalah satu aktiviti yang dilakukan sementara menunggu si kacang pulang dari kerja.

si kacang, yang diberi nama sempena bentuk mukanya yang berbentuk kacang gajus, agak kurang sihat hari ini menyebabkan beliau kurang bermaya di pejabat. beliau tidak banyak menjawab panggilan dan lebih banyak menjawab email. beberapa jam sebelum pukul 9:53, beliau telah mendapat sebuah email yang memberikan pautan kepada jersey liverpool vintage yang tertulis 'candy'. si kacang tersenyum kerana beliau baru saja membeli jersey tersebut di korea tempoh hari.

di malaysia, jersey itu sangat rare. dalam forum lowyat.net jesey tersebut dijual oleh seorang forumer bernama spionkop dengan harga rm350. si kacang hanya memerlukan 19,000 korean won untuk memiliki jersey itu. kali ini senyum beliau lebih lebar. si kacang mempunyai satu tabiat di mana beliau akan mengangkat-angkat kening apabila gembira.

dalam waktu yang sama dua politikus sedang berdebat mempertahankan ideologi masing-masing di rancangan soal jawab. siaran langsung seperti ini, pak politikus sebenarnya berpeluang untuk mencarut secara umum kerana krew tv tidak mampu menapis apa-apa pada siaran langsung.