Friday, February 29, 2008

hi blog, apa khabar.

aku baru sedar bila kelas aku tak ada, semua benda bergerak dengan perlahan.

kerja, hal2 lain pun turut jadi perlahan.

bila perlahan aku ada banyak masa untuk internet.

internet jadi sangat bosan bila ia digunakan dengan lama, jadi update blog mungkin dapat mengurangkan bosan itu.

jadi mba boleh dikategorikan sebagai entiti yang me'laju'kan hidup aku.

faham?

dulu masa aku darjah satu, aku ada kawan kat sekolah agama.
nama dia uzair.
bila sembahyang asar berjemaah, aku selalu sembahyang sebelah dia.

bila lepas iktidal, semua orang sujud, aku dengan dia akan stay berdiri dan tengok semua orang sujud.

lepastu aku dengan dia akan cakap "banyaknya bontot!"

uzair, mana kau?