Posts

Showing posts from July, 2018

La Marseillaise (Laskar Marseille)

Image
Bangkit anak bangsa Hari kemenangan telah tiba Tentangan kita, Tirani Panji berdarah dikibar Panji berdarah dikibar Dengarkah kalian di pelusuk desa Derapan kaki tentera kejam itu? Mereka datang terus ke depan kalian Untuk menyembelih anak, isteri kalian Ganding tangan, rakyat jelata! Kita bina batalion Mara! Mara! Biar darah hitam mencuci kerutan wajah kita

mengambil semangat piala dunia sambil menunggu semi final Perancis melawan Belgium - aku alih bahasa "I've got something to say". Bahagian 1.

Aku masih ingat dengan jelas momen di mana aku sedar yang kami sekeluarga benar-benar miskin. Aku masih ingat kelibat emak di depan peti sejuk dan riak wajahnya ketika itu. Aku baru berusia 6 tahun waktu itu, aku pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu rehat di sekolah. Menu emak untuk kami sama sahaja setiap hari: roti dan susu. Waktu kau masih hingusan, kau mungkin tak fikir sangat tentang itu. Tapi aku rasa hanya itulah yang kami mampu. Suatu hari aku pulang ke rumah, aku terus ke dapur, aku lihat emak di depan peti sejuk dengan susunya seperti biasa. Tapi kali ini dia sedang mencampur sesuatu ke dalamnya. Emak menggoncang-goncangkannya, kau faham kan? Aku kurang faham apa yang sedang berlaku waktu itu. Kemudian emak membawa makan tengah hari kepada aku, Emak senyum seakan semuanya baik sahaja. Pada waktu itulah aku sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku. Emak campurkan air dengan susu. Kami tidak punya wang lagi untuk minggu ini. Kami fakir. Bukan sekadar miskin,