mengambil semangat piala dunia sambil menunggu semi final Perancis melawan Belgium - aku alih bahasa "I've got something to say". Bahagian 1.

Aku masih ingat dengan jelas momen di mana aku sedar yang kami sekeluarga benar-benar miskin. Aku masih ingat kelibat emak di depan peti sejuk dan riak wajahnya ketika itu.
Aku baru berusia 6 tahun waktu itu, aku pulang ke rumah untuk makan tengah hari pada waktu rehat di sekolah. Menu emak untuk kami sama sahaja setiap hari: roti dan susu. Waktu kau masih hingusan, kau mungkin tak fikir sangat tentang itu. Tapi aku rasa hanya itulah yang kami mampu.

Suatu hari aku pulang ke rumah, aku terus ke dapur, aku lihat emak di depan peti sejuk dengan susunya seperti biasa. Tapi kali ini dia sedang mencampur sesuatu ke dalamnya. Emak menggoncang-goncangkannya, kau faham kan? Aku kurang faham apa yang sedang berlaku waktu itu. Kemudian emak membawa makan tengah hari kepada aku, Emak senyum seakan semuanya baik sahaja. Pada waktu itulah aku sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Emak campurkan air dengan susu. Kami tidak punya wang lagi untuk minggu ini. Kami fakir. Bukan sekadar miskin, tapi fakir.
Ayah seorang pemain bolasepak profesional, dia berada di hujung karier dan dia benar benar pokai. Benda pertama yang dikorbankan ialah tivi berbayar. Tiada lagi bola sepak. Tiada lagi 'match of the day'. Tiada Signal.

Lepas itu aku pulang ke dalam rumah yang gelap. Kadang-kadang tiada letrik dalam dua, tiga minggu.

Seterusnya aku ingin mandi, tapi tiada air panas. Emak akan masak air dengan cerek, dan aku akan mandi dengan menjirus air panas tadi dengan cawan.

Ada satu masa juga Emak terpaksa 'meminjam' roti dari bakeri di hujung jalan. Mereka kenal dengan aku dan abang, jadi mereka membenarkan Emak mengambil roti pada Isnin dan membayarnya pada Jumaat.

Aku tahu kami sedang 'nazak', tapi bila Emak campur air dengan susu, aku sedar yang semuanya dah 'mati', kau faham kan? Inilah hidup kami.

Aku hanya berdiam diri. Aku tak mahu Emak stress. Aku baru saja habiskan makan tengah hari aku, tapi sumpah, aku berjanji pada diri aku sendiri hari itu. Ia seakan seseorang sedang memetik jari lalu membangunkan aku dari lena. Aku tahu apa yang aku perlu lakukan, dan aku akan lakukannya.

Aku tak boleh biarkang Emak terus begitu. Sama sekali tidak, aku takkan biarkannya.

Aku simpan janji aku itu untuk beberapa lama. Satu hari aku pulang dari sekolah dan melihat Emak sedang menangis. Jadi akhirnya aku katakan padanya, "Emak, ini akan berakhir. Emak akan lihat nanti. Aku akan bermain bolasepak untuk Anderlecht, dan ia akan terjadi tak lama lagi."

Umur aku enam tahun waktu itu.

Aku tanya Ayah, "bila seseorang boleh mula main bola sepak professional?"

Ayah kata, "enam belas".

Aku jawab, "OK, enam belas"

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.