Tuesday, February 23, 2010

suralaya dalam D major

orang kata kerja itu tension. jadi perlu ada break untuk freshkan otak yang serabut. kalau yang hisap rokok boleh pergi hisap dua tiga pam. yang baik sikit boleh ambik air sembayang lepastu mengaji.

pada satu hari yang tension, tiba-tiba satu makhluk telah muncul dalam office gua sambil main gitar. siap boleh request dia nak main lagu apa. lepas habis 2-3 lagu, makhluk itu hilang bersama-sama dengan tension kerja gua begitu saja.



sekian

Saturday, February 20, 2010

indahnya bila kucelik mata bagai hidup semula







di atas kaca
terpancar satu cahaya
berlari ku pergi
untuk tahu apa di sana
suara yang merdu
memanggil-manggil namaku
wangian terhidu
menusuk ke dalam tubuhku
indahnya bila
ku celik mata bagai hidup semula
kerana Dia, aku begini
hidupku penuh bermakna
takkan lagi mempersiakannya

Tuesday, February 09, 2010

romantik




antara scene romantik yang boleh aku ingat. nanti bila diorang ni dah tua, anak-anak boleh tanya macamana bapak kenal mak?

"dalam jamban"

awww

Thursday, February 04, 2010

"always expect the unexpected"

minit 52. lelaki bermata sepet membuat kedudukan menjadi 3-0.

bermacam andaian telah dibuat selepas itu. ada yang teka 3-3. ada 4-0. ada yang masih berharap arsenal boleh menang 4-3.

giggs masuk.

tiba-tiba aku dapat satu instinct. biasanya gerak hati ni orang tua-tua kata boleh pakai.

"aku rasa giggs akan score own goal 4 bijik dan lepastu dia bogel!" jerit aku penuh yakin

always expect the unexpected

Wednesday, February 03, 2010

pengalaman gua berchatting dengan mokhzaini

lain member, lain borak dia. kalau dengan mokhzaini, biasanya gua akan berborak pasal bisnes sebab bisnes dia sama dengan bisnes gua. pada satu malam, kami berchatting menggunakan google talk dan cerita bisnes juta-juta. lepas buat aktiviti macamtu biasanya gua dan dia akan tido dan million-dollar-idea biasanya akan tamat di situ saja.

tapi pada satu malam sedang gua khusyuk chatting dengan dia, tiba-tiba dia diam je tak ada reply. lama jugakla gua tunggu. gua mula syak dia tetido atas keyboard. biasanya kalau borak topik-topik macamni mana pernah dia tak reply. "mesti ada something wrong ni", bisik gua penuh fokus.

keesokan harinya gua call mokhzaini. dengan sayu dia jawab yang malam tadi rumah dia kena samun. kerugian berpuluh ribu. lebih tragik, ketika dia hendak membalas chat gua, penyamun tu tarik dan ikat tangan dia. makbapak dia pun kena ikat. tapi syukur dia orang tak ada apa-apa.

"hmm.." gua cuba menenangkan beliau, "kalaulah kau sempat type HELP kat google talk tu, ntah2 gua dah call polis.." pada saat itu juga gua terbayang headline akhbar bertajuk 'penyamun dikehendaki polis dicekup hero remaja'