pengalaman gua berchatting dengan mokhzaini
lain member, lain borak dia. kalau dengan mokhzaini, biasanya gua akan berborak pasal bisnes sebab bisnes dia sama dengan bisnes gua. pada satu malam, kami berchatting menggunakan google talk dan cerita bisnes juta-juta. lepas buat aktiviti macamtu biasanya gua dan dia akan tido dan million-dollar-idea biasanya akan tamat di situ saja.
tapi pada satu malam sedang gua khusyuk chatting dengan dia, tiba-tiba dia diam je tak ada reply. lama jugakla gua tunggu. gua mula syak dia tetido atas keyboard. biasanya kalau borak topik-topik macamni mana pernah dia tak reply. "mesti ada something wrong ni", bisik gua penuh fokus.
keesokan harinya gua call mokhzaini. dengan sayu dia jawab yang malam tadi rumah dia kena samun. kerugian berpuluh ribu. lebih tragik, ketika dia hendak membalas chat gua, penyamun tu tarik dan ikat tangan dia. makbapak dia pun kena ikat. tapi syukur dia orang tak ada apa-apa.
"hmm.." gua cuba menenangkan beliau, "kalaulah kau sempat type HELP kat google talk tu, ntah2 gua dah call polis.." pada saat itu juga gua terbayang headline akhbar bertajuk 'penyamun dikehendaki polis dicekup hero remaja'
Comments
tak sangke awk ade impian mcm tu ek
cerita topik berjuta-juta. alih-alih kejap pastu kena samun.
salah kau doh tek.ak dah type tolong kau buat smiley 8==D ni plak.
ko ni pon nah namenye kaki tangan kn ikat..celah bedah mane la die nk taip HELP tu lagi