Posts

Showing posts from 2010

ultras malaya

Image
sempena final yang bakal menjelang ahad nanti, aku tak nak cerita pasal norshahrul idlan talaha, amri yayah ataupun rita rudaini, tapi aku nak cerita pasal pemain ke-12 setiap pasukan bolasepak, iaitu penyokongnya. perlawanan separuh akhir malaysia dengan vietnam aku rasa antara persembahan terbaik daripada bukan saja pemain, tapi penyokong 'ultras' pasukan malaysia yang menggelarkan kumpulan mereka ultras malaya. pergerakan ultras ni lazimnya kita dapat saksikan di kelab-kelab bolasepak eropah contohnya di turki dan serbia, tidak lupa juga south america. semangat ultras ini juga telah mula masuk ke asia tenggara terutamanya di liga bolasepak indonesia bertahun yang lalu. antara basic rules pergerakan ultras yang aku sedikit sebanyak tahu, dan aku nampak di stadium pada malam itu ialah; berdiri sepanjang perlawanan: check. sentiasa menyanyi/bersorak bawah pimpinan 'kapla' yang pakai microfon tu:check. membuat 'port'di bahagian bucu padang:check. jadi secara basi

s curve

Image
aku simpulkan beberapa perkara yang aku sedang usahakan sekarang boleh diwakili dengan graf s-curve di atas. point yang aku tandakan dengan 26/11 ialah 'resistance' atau titik tolak ke mana benda yang aku sedang kerjakan ini akan pergi- adakah ia akan melepasi resistance ini dan membuat 'lonjakan perdana', atau gagal dan jatuh merudum. aku tandakan point 26/11 kerana pada tarikh itu MAHA 2010 secara rasminya berjalan dan kaunter petronas chemical group (PCG) membuat debut di bursa malaysia. Kedua-dua event ini sangat mempunyai impak dalam kerja yang aku buat sekarang ini. untuk memecahkan resistance 26/11 ini bukan mudah. terlalu banyak perkara yang aku perlu korbankan. kadang-kadang ia masuk ke dalam mimpi. apa pun yang berlaku aku hanya mampu berusaha dan berdoa, at least aku melakukan sesuatu yang aku boleh katakan 'passion' sebab haritu aka ada baca, passion ialah 'whatever gets you so excited you jump out of bed at 5am'. haritu aku ada terjaga puku

Adesayur

Kawan aku tanya kenapa aku dah lama tak 'blogging'. Aku tanya dia balik adakah membaca dan memberi komen di blog-blog lain dikira sebagai blogging. Perbualan itu berlarutan untuk beberapa ketika selepas itu.. Aku berasa agak janggal ketika menulis ini, mungkin ada betulnya kata kawan aku tu aku dah lama tak blogging. Jadi kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku menonton perlawanan bolasepak manchester derby, man u vs man city pagi rabu yg lalu. Terikat 0-0 pada masa kecederaan, mancini memanggil adebayor (adesayur) utk masuk menggantikan tevez. Aku rasa paling lama adesayur mungkin ada 1 min utk beraksi dalam padang. Masa aku di UM dulu, aku panggil situasi ini 'player ni masuk tak payah pakai stokin'. sewaktu adesayur bangun untuk membuka jaket beliau, beliau sempat memberi satu 'look' kepada boss sen. Mancini. At that precise moment aku boleh memberi caption kepada tingkah laku adesayur ini sebagai "manusia tak pernah puas". Adesayur dibayar 1

pengalaman gua menonton perlawanan separuh akhir piala malaysia, 2010

Image

the business of life

kata staff sergeant william james kepada anaknya; "anakku, kau suka mainan-mainan kau. kau suka bermain dengan patung-patung binatang kau. kau suka ibu dan bapa kau. kau suka baju tidur kau. tapi kau tahu, nak, bila kau semakin dewasa apa yang kau suka ini sudah tidak menjadi seistimewa sekarang. macam jack-in-the-box kau ni, kau akan sedar bahawa ia hanya sebuah tin dan patung binatang. dan semakin tua, apa yang kau suka akan menjadi semakin kurang. dan mungkin pada usia aku, ia hanya satu atau dua benda sahaja. pada aku, aku cuma ada satu sahaja." staff sergeant william james, pada scene berikutnya, kembali menyambung kerjayanya sebagai bomb defuser di medan perang. untuk aku, kalau perlu memilih satu, aku suka beli sesuatu dengan alasan mendapat pulangan dari belian tersebut. beli dan jual semula dengan harga mahal, orang panggil trading atau flipping. atau beli sesuatu dengan tujuan mendapat pulangan konsisten, biasanya orang panggil 'sewa'. dari dua jenis 're

king henry for sultan bola

Image
bagi pemain yang sudah memenangi premier league, fa cup, champions league, euro dan world cup thierry-fic henry, next big thing to look forward ialah untuk menaikkan standard 'soccer' di amerika. dan malam tadi henry telah menjaringkan debut goal, first time in new york red bulls' colours and guess what, it was against sp*rs. aku ingat dalam masa dua tahun, FAM dah boleh panggil henry untuk bawak malaysia masuk world cup. senang sikit awek-awek malaysia nak pilih team mana nak sokong time world cup nanti

theory fails here

1. pasukan yang belum pernah menjadi juara tidak akan menjadi juara 2. hanya brazil pernah menjadi juara di luar continent (USA 94, Japan Korea 02) 3. Uruguay boleh menjadi juara, dengan syarat uruguay perlu menang kejohanan seterusnya 4. Jerman atau brazil dengan teori 28 years cycle. 6. paul the octopus betul kesemua match accept the final, euro 2008. history, tidak menghasilkan theory. history has to be created. setiap manusia perlu mempunyai goal dalam hidup mereka, to achieve that goal is another story. kebanyakan dari mereka tidak pernah jelas apa dan di mana 'goal' mereka, apatah lagi bagaimana untuk achieve the goal. lost. bagi pemain bolasepak, aku rasa path dia orang lebih mudah, kerana 'goal' dalam hidup mereka ialah menjaringkan gol. kalau goalkeeper lain sikit la sebab kena save pulak kan. no seriously the typical goal would be something like to play regular spot in a top club in the world, bring their country to the world cup and win it. sebagai tambahan m

the chosen one he was, to bring balance to the force.

Image
balance, hidup is all about. kaya tapi sakit, tidak ada orang yang mahu. punya masa tapi tidak punya siapa-siapa. punya keluarga yang bahagia tapi terlalu sibuk dengan kerja, punya anak yang berjaya tapi derhaka. balance. misconception, manusia kebiasaannya. fatamorgana, apa yang mereka kejar. he was the chosen one. segala kejahatan akan dihapuskan oleh beliau, mereka kata. wrong. only to bring balance, he was. instead of killing all the sith he became one of them. balance balance balance is it balance, what we are looking now? misconception misconception misconception (mode: star wars marathon in HD)

"saya berasa tertipu" - pakcik ramli, model sambilan

Image

kalau torres itu samson siapa delilahnya

Image
orang kata behind every successful man, there is a woman. untuk lelaki selebihnya women brought their downfall. bagi lelaki bernama samson, kelemahan beliau ialah delilah. samson, menurut bible, dianugerah tuhan dengan kekuatan yang tidak terlawan. beliau mampu memusnahkan seluruh bala tentera dengan mudah. tapi beliau tewas dengan seorang perempuan bernama delilah, yang diupah oleh tentera palestin untuk mencari kelemahan samson. Atas dasar cinta, Samson memberitahu rahsia beliau bahawa kekuatannya terletak pada rambutnya. satu malam, delilah berjaya memotong rambut samson. samson tertangkap. setelah bertahun dalam penjara rambutnya kembali panjang dan berdoa kepada tuhan untuk mendapatkan kekuatannya kembali. (ok sila cari sambungan cerita ini sendiri). at that point semua cerita adalah berkenaan dengan samson. delilah? tiada siapa yang tahu ke mana dia menghilang dengan habuannya. tahun 2010, fernando torres adalah samson zaman moden. beliau memotong rambut sehari sebelum perlawana

surat dari future

Image

slovak sling

slovak deserve the win. bye bye el cannavaro

fasha sandha: how i learned to get many replies and followers on twitter in seconds.

Image
orang kata laughter is the best medicine. untuk seketika, gua terlupa yang gua demam. 10 tahun lagi antibiotic pun agaknya boleh download dekat internet.

laporan hari ke-10 di afrika

Image
cuaca agak tidak menentu pada hari ini. hujan berselang-seli dengan panas pada waktu siang, dan suhu jatuh mendadak pada waktu malam. penulis di sini juga dapat merasakan sistem sekuriti telah ditingkatkan oleh kerajaan afrika selatan sejak kes seorang fan yang terlepas masuk ke bilik persalinan england tempoh hari. menyentuh soal 'drama' pada edisi piala dunia kali ini, konflik paling menarik setakat ini, selain kematian cucu nelson mandela sejurus selepas konsert pembukaan piala dunia, apa lagi kalau bukan pasukan les bleus. selepas kita disajikan dengan drama bagaimana pasukan perancis layak dengan 'hand of the devil', drama ini diteruskan dengan konflik yoann gourcuff, di mana it was 'high school' all over again- pemain handsome dan berbakat tidak disukai oleh rakan-rakan yang lain. ini diikuti dengan adegan tidak ada sesiapa yang akan melepak, pass bola di atas padang mahupun di dalam game ps3 dengan beliau. konflik ini membawa kepada adegan di perlawanan s

republik demokratik korea utara

malam tadi, jauh daripada berpesta gol, brazil mengakhiri perlawanan menentang korea utara dengan bertahan. korea utara yang masih diperintah secara diktator dan masih berpegang dengan sosialisme dan komunisme, berjaya membuat encik dunga berpeluh memikirkan apa alasan kepada media jika pasukannya tidak berjaya menewaskan pasukan yang mempunyai rank paling rendah layak ke pusingan akhir piala dunia ini. sama ada taktik perang korea utara sangat memeranjatkan brazil atau pemain-pemain brazil yang takut kalau score mungkin kena tembak, itu hanya tuhan yang tahu. tapi itu bukan apa yang aku nak cerita. yang aku musykil sekarang ni, betul ke pyongyang tak ada traffic light? itu pun hanya tuhan yang tahu. ada siapa-siapa nak pergi melancong ke north korea ke? p/s: ramai orang bising bola jabulani senang melayang, sebab tu susah nak skor. yang malam tadi maicon punya cross melayang masuk dalam gol apa cerita?

hari ke-2 di afrika

Image
perancis memulakan kempen dengan persembahan yang sangat buruk. memang ada gaya juara. spain dan brazil aku syak akan bermain cantik pada perlawanan pertama dan terkeluar pada suku akhir. sementara itu, pasukan fantasy aku mendahului liga yang mana rata-rata pasukan lain memilih rooney sebagai kapten mereka. ok lah at least tak ada team yang kapten dia robert green.

allez les bleus!

Image
bila berbicara mengenai pasukan perancis atau les bleus , nama raymond domenech pasti tidak pernah lekang di bibir-bibir media- bagaimana beliau dihentam oleh media perancis sendiri, membuat keputusan di luar jangkaan dan bagaimana beliau 'gagal' dalam kejohanan euro 2008 dan kemudian menjawab soalan pengacara tv perancis selepas kejohanan itu dengan jawapan "will you marry me". walau dengan cara membawa pasukan ke final 2006 sekalipun, beliau masih tidak mampu menutup mulut peminat bolasepak dunia. kejohanan terakhir domenech sebelum digantikan dengan laurent blanc, sudah pasti amat istimewa bagi diri beliau dan seluruh rakyat perancis. untuk kempen kali ini, les bleus awal-awal lagi telah berjaya steal the limelight dengan 'hand of the devil' kapten pasukan thierry henry. domenech juga di saat-saat akhir mengisytiharkan formasi baru mereka 4-3-3 dan meletakkan thierry henry di bangku simpanan, menjadikan evra sebagai kapten. beliau juga telah menggugurkan ba

pengalaman gua menjadi co-instructor abang burung.

hari ini, abang burung telah mencatat sejarah baru dalam hidup beliau. beliau jadi cikgu. cikgu komputer. walaupun kelas komputer ini hanya ada seorang murid, tapi murid ini bukan calang-calang orang. seorang gadis sunti dari seberang. hartini namanya. hidung mancung bak seludang, betis bagai bunting padi oh cantiknya hartini. sesampai kitorang di kelas, gua tengok konfiden abang burung di tahap 9/10. hartini dah sedia di tempat duduk. gua ambik tempat duduk sebelah tini. eh eh dah keluar nama manja pulak. abang burung berdehem kasi clear dia punya tekak. dia ambil marker, tulis nama dia besar2 kat whiteboard. peh, benda ni memang dah lama gua impikan. tapi kat dalam kelas yang paling cikai pun ada 40 murid la. ketika dalam sesi pembelajaran ade sekali handphone abang burung bunyi, dia jawab "sori tengah mengajar" dengan gaya bersahaja. hartini mengetap bibir. maco sungguh! mata gua berkaca-kaca. gua rasa abang burung dah skor 10/10 untuk berjaya buat apa yang orang bukan cik

le jour de gloire est arrive

Image
bagi seorang pemain bolasepak professional, piala dunia ialah the biggest achievement of all. untuk menyertai piala dunia, seorang pemain perlu memastikan pasukan negara beliau layak menjadi top 32 daripada 202 pasukan negara lain. daripada 32 negara yang layak, 23 pemain akan dishortlist untuk bermain bagi pasukan masing-masing. 2 out of 32 will make it to the final. only one man will steal the limelight in that final. macam kata the great p ramlee sebelum dia pergi, "kalau gua mati hari ini, nama gua akan hidup seribu tahun lagi"; mungkin dengan hat-trick. atau last-gasp winner. atau 'hand of god'.atau headbutt. chances to become this one man is (1/23*32*202). its fucking 0.001% so who says a football player worth millions with 100k pounds income per week is the luckiest gifted man? its never about money,power or fame. it's always about self-satisfaction. others are just bonuses. ooh shut up, ladies and gentlemen its 8 days to world cupp! ..and 500+ more sticke

pengalaman gua terjumpa 2 ekor kuda pukul 2 pagi

malam itu, rutin pergi menikmati air tangan mamak berjalan seperti biasa. tapi malam itu ramai yang dah membuta. gua dan riko akhirnya gerak berdua je. masa tu gua dan riko ni kira baik-baik segan la. dulu ada satu time riko dan ikan telah merembat kereta kancil gua time gua tido, gua sound ikan sorang je. riko gua treat dia macam tak bersalah. ikan lepastu buat2 merajuk cuba untuk lepak bilik lain tapi tak diterima, last2 dia datang baring sebelah gua jugak. gila loser. cerita lain. berbalik pada cerita, malam itu gua dan riko menikmati air tangan mamak sehingga jam 2 pagi. air tangan mamak malam tu lain macam dia punya sedap. gua syak makanan tu bercampur peluh mamak tu sikit kot. dalam perjalanan pulang, jalan amat sunyi. sesampai kat jambatan depan ukm, gua dan riko ternampak 2 ekor kuda di seberang jalan. kuda hitam. riko memberhentikan kancil serta merta seolah terpukau kepada kuda tersebut. dengan spontan dia cakap dia nak turun nak bagi gandum untuk kuda tu makan. ntah mana dia

perempuan keji untuk lelaki keji

Telah tertulis oleh tuhan dalam surah An-Nur ayat 26 perempuan keji untuk lelaki keji sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik jadi kalau kau rasa kau tak baik jangan kau impi perempuan yang baik pergilah jadi baik dahulu dalam satu bulan cuba kau buat satu benda baik dan tinggalkan satu benda jahat habiburrahman el shirazy kata cinta, adalah kekuatan, yang mengubah duri jadi mawar mengubah malang jadi untung mengubah setan jadi nabi mengubah musibah menjadi muhibah. kalau terbalik, itu bukan cinta

surat untuk bulan

orang kata, manusia boleh menikmati pemandangan bulan penuh sebanyak 936 kali sepanjang hayat mereka; salah satu dari 936 itu ialah malam ini. Seroja yang dulu gemar menulis surat curahat (baca:curahan hati) kepada bulan, kini telah mempunyai suami dan seorang anak. dia tidak perlu lagi meluahkan perasaannya kepada bulan. bulan pun tak akan baca surat-surat yang dia kirim. "reality bites", ujar seroja. "dunia ini bukan yang macam aku bayangkan dahulu, zaman ni siapa yang bodoh akan ke belakang. manusia survive dengan mengharapkan somebody will be stupid enough to call themselves 'consumer'. everyone have to be a fool and hoping another fool will take their place. well thats what makes the world go round.", bahas seroja penuh falsafah. seroja sambung permainan sudoku level 5 beliau. jika setiap tahun seroja boleh up satu level sudoku, she will die a genius.

le fabuluex destin d'ili liyana

Image
pukul 9:53 malam, di tv3 sedang tersiar drama futuristik 'jidin'. jidin baru saja mencipta Alat Komunikasi Global (AKG). sementara itu cikgu hairi, isteri dan 2 orang anaknya sedang menikmati teh susu di meja halaman rumah. meja itu baru saja beliau beli 2 bulan lepas di sungai buloh. meja di halaman rumah ini biasanya diperbuat daripada simen dan dicat warna perang 3 tona. dahulu meja sebegitu hanya memerlukan kos kira-kira rm50, tapi disebabkan harga simen yang naik sebanyak rm1.50 sekampit sejak sebulan lalu, harga meja itu telah naik kira-kira 30%. jiran cikgu hairi, aku, yang dalam masa yang sama sedang menonton tv3 sedang menukar ke saluran lain kerana rancangan jidin telahpun tamat. seperti hari-hari biasa yang lain, menonton tv adalah satu aktiviti yang dilakukan sementara menunggu si kacang pulang dari kerja. si kacang, yang diberi nama sempena bentuk mukanya yang berbentuk kacang gajus, agak kurang sihat hari ini menyebabkan beliau kurang bermaya di pejabat. beliau ti

kau perlu kereta baru?

sekali dalam hayat seorang manusia yang hidup, biasanya mereka akan berjumpa satu point di mana dia perlu menentukan 1.destinasi 2.kenderaan ke destinasi 3.cara mereka mengaplikasikan kenderaan mereka 4.cara mereka menikmati pemandangan dalam perjalanan 5. maintenance 6.spare-part &aksesori untuk mengoptimumkan kenderaan selaras dengan destinasi dan apa yang ditentukan oleh kebanyakan dari kita biasanya akan berubah certain point, ada yang kerap dan ada yang jarang. dan aku rasa orang yang paling jarang menukar item-item dalam list di atas akan 'berjaya'. ihdinassiratal mustaqim.

suralaya dalam D major

Image
orang kata kerja itu tension. jadi perlu ada break untuk freshkan otak yang serabut. kalau yang hisap rokok boleh pergi hisap dua tiga pam. yang baik sikit boleh ambik air sembayang lepastu mengaji. pada satu hari yang tension, tiba-tiba satu makhluk telah muncul dalam office gua sambil main gitar. siap boleh request dia nak main lagu apa. lepas habis 2-3 lagu, makhluk itu hilang bersama-sama dengan tension kerja gua begitu saja. sekian

indahnya bila kucelik mata bagai hidup semula

di atas kaca terpancar satu cahaya berlari ku pergi untuk tahu apa di sana suara yang merdu memanggil-manggil namaku wangian terhidu menusuk ke dalam tubuhku indahnya bila ku celik mata bagai hidup semula kerana Dia, aku begini hidupku penuh bermakna takkan lagi mempersiakannya

romantik

antara scene romantik yang boleh aku ingat. nanti bila diorang ni dah tua, anak-anak boleh tanya macamana bapak kenal mak? "dalam jamban" awww

"always expect the unexpected"

minit 52. lelaki bermata sepet membuat kedudukan menjadi 3-0. bermacam andaian telah dibuat selepas itu. ada yang teka 3-3. ada 4-0. ada yang masih berharap arsenal boleh menang 4-3. giggs masuk. tiba-tiba aku dapat satu instinct. biasanya gerak hati ni orang tua-tua kata boleh pakai. "aku rasa giggs akan score own goal 4 bijik dan lepastu dia bogel!" jerit aku penuh yakin always expect the unexpected

pengalaman gua berchatting dengan mokhzaini

lain member, lain borak dia. kalau dengan mokhzaini, biasanya gua akan berborak pasal bisnes sebab bisnes dia sama dengan bisnes gua. pada satu malam, kami berchatting menggunakan google talk dan cerita bisnes juta-juta. lepas buat aktiviti macamtu biasanya gua dan dia akan tido dan million-dollar-idea biasanya akan tamat di situ saja. tapi pada satu malam sedang gua khusyuk chatting dengan dia, tiba-tiba dia diam je tak ada reply. lama jugakla gua tunggu. gua mula syak dia tetido atas keyboard. biasanya kalau borak topik-topik macamni mana pernah dia tak reply. "mesti ada something wrong ni", bisik gua penuh fokus. keesokan harinya gua call mokhzaini. dengan sayu dia jawab yang malam tadi rumah dia kena samun. kerugian berpuluh ribu. lebih tragik, ketika dia hendak membalas chat gua, penyamun tu tarik dan ikat tangan dia. makbapak dia pun kena ikat. tapi syukur dia orang tak ada apa-apa. "hmm.." gua cuba menenangkan beliau, "kalaulah kau sempat type HELP kat g

selamat tahun baru.

Image
you can have anything you want in the world untuk azam tahun baru anda, tapi ada dua perkara yang lebih certain daripada segalanya; death and taxes. selamat mendaftar nama di e-jenazah! no more rss feed to facebook from my blog after this, semua orang dah ada facebook sekarang. gua juga teringin nak buat 2009's memorable quote from this blog macam ini , tapi biasala, malas. selamat tahun baru (terlambat 6 hari)