laporan hari ke-10 di afrika

cuaca agak tidak menentu pada hari ini. hujan berselang-seli dengan panas pada waktu siang, dan suhu jatuh mendadak pada waktu malam. penulis di sini juga dapat merasakan sistem sekuriti telah ditingkatkan oleh kerajaan afrika selatan sejak kes seorang fan yang terlepas masuk ke bilik persalinan england tempoh hari.

menyentuh soal 'drama' pada edisi piala dunia kali ini, konflik paling menarik setakat ini, selain kematian cucu nelson mandela sejurus selepas konsert pembukaan piala dunia, apa lagi kalau bukan pasukan les bleus.
selepas kita disajikan dengan drama bagaimana pasukan perancis layak dengan 'hand of the devil', drama ini diteruskan dengan konflik yoann gourcuff, di mana it was 'high school' all over again- pemain handsome dan berbakat tidak disukai oleh rakan-rakan yang lain. ini diikuti dengan adegan tidak ada sesiapa yang akan melepak, pass bola di atas padang mahupun di dalam game ps3 dengan beliau.

konflik ini membawa kepada adegan di perlawanan seterusnya, yoann gourcuff tidak disenaraikan dalam pasukan. the climax masih lagi belum tiba pada saat ini, sehinggalah pada half-time break penyerang nicolas anelka telah melemparkan kata-kata kesat pada manager raymond domenech. berita ini tersebar begitu cepat mengakibatkan nicolas anelka pulang awal meninggalkan bunyi bising vuvuzela afrika selatan.*gambar curi nicolas anelka yang sedang duduk tahiyyat ketika di surau heathrow airport, london.


hari ini, ketika penulis sedang bertugas di kem latihan pasukan perancis, hanya raymond domenech sahaja yang keluar dengan membawa sepucuk surat boikot oleh pemain-pemain les bleus yang mendakwa tidak akan berlatih selagi anelka tidak dipanggil semula. kapten patrice evra pula dalam press conference mendakwa seorang 'pembelot' yang membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik persalinan yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini.

sebenarnya drama ini adalah hasil tulisan pihak FIFA sendiri untuk memberi sedikit perencah kepada kempen piala dunia yang agak hambar. pada perlawanan esok, (spoiler alert) pasukan perancis akan menang 4-0 dan seterusnya menjuarai piala dunia dengan jaringan 2-1 pada final nanti. setelah terikat 1-1, thierry henry akan menjaringkan gol dengan tangan seterusnya membolehkan pihak FIFA mendapat alasan yang kukuh untuk meletakkan penjaga garisan ke-3 dan ke-4 di belakang garisan gol.

sekian dulu dari afrika

Comments

speechless.

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.