republik demokratik korea utara

malam tadi, jauh daripada berpesta gol, brazil mengakhiri perlawanan menentang korea utara dengan bertahan.

korea utara yang masih diperintah secara diktator dan masih berpegang dengan sosialisme dan komunisme, berjaya membuat encik dunga berpeluh memikirkan apa alasan kepada media jika pasukannya tidak berjaya menewaskan pasukan yang mempunyai rank paling rendah layak ke pusingan akhir piala dunia ini.

sama ada taktik perang korea utara sangat memeranjatkan brazil atau pemain-pemain brazil yang takut kalau score mungkin kena tembak, itu hanya tuhan yang tahu.

tapi itu bukan apa yang aku nak cerita. yang aku musykil sekarang ni, betul ke pyongyang tak ada traffic light? itu pun hanya tuhan yang tahu. ada siapa-siapa nak pergi melancong ke north korea ke?




p/s: ramai orang bising bola jabulani senang melayang, sebab tu susah nak skor. yang malam tadi maicon punya cross melayang masuk dalam gol apa cerita?

Comments

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat