bagaimana puasa hari ini? aku harap kamu semua betul-betul dapat apa yang kamu cari di bulan Ramadhan, dan bukan hanya lapar dan dahaga. minggu ni boleh dikira sebagai minggu yang baik untuk aku, menyambut hari lahir si kacang, arsenal menang, berbuka puasa di kampung, investment berjalan lancar. dan, semestinya champions league dan heroes bermula. fuh nikmat sungguh. er, maksud aku benda nikmat di samping ibadah di bulan puasa. aku juga berasa janggal kerana tidak mengalami stress untuk beberapa hari, sebab lecturer aku cakap orang yang tak ada stress adalah orang abnormal. orang abnormal pun selalunya ada stress. aku tetap merindui LOST . siapa yang tak suka lost, pergi layan series lain, aku cadangkan cinta medik atau apa2 drama yang ada awal berlakon. sekian.
Comments
hi dato'! (wink wink)