Monday, June 29, 2009

kami tak hot, kami cool.

seperti hari-hari lain, driving balik kerja sambil dengar xfresh fm; topik kali ini ialah apa yang kawan-kawan korang selalu kutuk korang?

"saya mamat dari klang, kawan-kawan saya selalu main telinga saya sebab telinga saya capang. Kadang-kadang masa diorang tengah on the phone, diorang akan pegang telinga saya untuk mendapat coverage yang lebih jelas"

Humang aih teghaso den jang!

Monday, June 22, 2009

your boyfriend bought me this shirt.

ah cong cakap dia ada million-dollar idea. bukak kedai tidur di tengah2 kl.

Satu jam tidur rm10.

Terasa mengantuk amat sangat tapi tak ada tempat nak landing? Nak tidur di office tapi segan dengan boss? Bini anda shopping lama sangat sampai anda tak tau nak ambik port kat mana?

Kami ada penyelesaiannya!

dua abad lalu mungkin orang tidak terfikir ada 'kedai' untuk buang air.nanti masa aku tua, aku rasa, mungkin ada kedai untuk orang bernafas.

Friday, June 19, 2009

world champion 0 - mesir 1.

setelah tewas saat-saat akhir dengan brazil, akhirnya mesir yang diterajui mohamad zidan sujud syukur di stadium.

terleka dengan hal dunia sekejap mahasiswa al azhar beb!

Monday, June 15, 2009

Semangat.

Malam itu aku dan jabbar memandang dunia dari sudut berbeza. Dengan mengambil inspirasi 'the obama deception', kami mula berbincang mengenai dunia hari ini yang dikawal oleh satu kelompok multi billionaire dengan agenda maha besar mereka.

Boneka utama mereka bernama obama yang kita gelar 'hope'.

financial hoax.

propaganda global warming.

masa depan islam dan afrika.

dan seribu persoalan lagi. aku dan dia tak dapat apa-apa kesimpulan daripada perbincangan itu; kami makan sepam dua lepastu tidur sampai siang.

Wednesday, June 10, 2009

pengalaman saya bertemu arsene wenger.

semalam aku dan bojed atau nama timangannya jed senderos telah pergi berjumpa dengan arsene wenger. siapa yang 'true' saja yang turun ke dataran merdeka semalam. bojed telah membawa buku patrick vieira:my autobiography dengan harapan arsene wenger akan menandatangan buku tersebut. gila tak ada kaitan. lainla kalau dia bawak poster arsene ke.

 arsene masih lagi belum keluar jadi kami telah bergambar dengan klon beliau. masa ini aku tiba tiba dapat feeling yang lain macam betul. kalaula sekali bukan arsene yang keluar tapi kembar arsene dari indonesia, memang gua karate perut bojed. nak-nak pulak kembar arsene tu keluar dengan kembar obama indonesia tu. memang cantit.

gambar ni merupakan gambar paling dekat aku capture pada hari itu. masa ni aku dan bojed jerit arsene dan dia pandang sambil senyum. mata bertentang mata beb. tak jauh dari situ juga seorang mamat menjerit "wei arsene jual adebayor la wei" seolah olah arsene wanger fasih berbahasa melayu. kelihatan juga seorang mamat die hard bertanya kepada amoi pukul berapa wenger dekat airport. frust betul wenger tak sain dia punya jersey.

walaupun masa lunch hour dan panas terik, boleh tahan ramai gooner sejati semalam. ada yang pakai kemeja & tie, pakai kemeja sarung jersey kat luar, jersey nama barazite, jersey old skool. tapi ada sorang tu pakai jersey chelsea apa cer? 


kelihatan juga ala-ala bakal pemain arsenal dari uganda tengah merenung masa depan. tiba-tiba sorang pakcik cakap dari belakang, "hak elah ingatkan fabregas sekali fagah. baik tak payah!".

pakcik yang kutuk tu pakai jersey sunderland. 

"yang pakcik datang pakai jersey sunderland ni lagi baik tak payah pakcik" jerit aku dalam hati.

sebelum wenger chow, aku sempat tanya soalan favourite aku dekat dia.

"sir, apa yang kau carik dalam dunia ni?"

arsene wenger jawab, "gua carik bojed untuk ganti alex song".

sekian.