pengalaman saya bertemu arsene wenger.

semalam aku dan bojed atau nama timangannya jed senderos telah pergi berjumpa dengan arsene wenger. siapa yang 'true' saja yang turun ke dataran merdeka semalam. bojed telah membawa buku patrick vieira:my autobiography dengan harapan arsene wenger akan menandatangan buku tersebut. gila tak ada kaitan. lainla kalau dia bawak poster arsene ke.

 arsene masih lagi belum keluar jadi kami telah bergambar dengan klon beliau. masa ini aku tiba tiba dapat feeling yang lain macam betul. kalaula sekali bukan arsene yang keluar tapi kembar arsene dari indonesia, memang gua karate perut bojed. nak-nak pulak kembar arsene tu keluar dengan kembar obama indonesia tu. memang cantit.

gambar ni merupakan gambar paling dekat aku capture pada hari itu. masa ni aku dan bojed jerit arsene dan dia pandang sambil senyum. mata bertentang mata beb. tak jauh dari situ juga seorang mamat menjerit "wei arsene jual adebayor la wei" seolah olah arsene wanger fasih berbahasa melayu. kelihatan juga seorang mamat die hard bertanya kepada amoi pukul berapa wenger dekat airport. frust betul wenger tak sain dia punya jersey.

walaupun masa lunch hour dan panas terik, boleh tahan ramai gooner sejati semalam. ada yang pakai kemeja & tie, pakai kemeja sarung jersey kat luar, jersey nama barazite, jersey old skool. tapi ada sorang tu pakai jersey chelsea apa cer? 


kelihatan juga ala-ala bakal pemain arsenal dari uganda tengah merenung masa depan. tiba-tiba sorang pakcik cakap dari belakang, "hak elah ingatkan fabregas sekali fagah. baik tak payah!".

pakcik yang kutuk tu pakai jersey sunderland. 

"yang pakcik datang pakai jersey sunderland ni lagi baik tak payah pakcik" jerit aku dalam hati.

sebelum wenger chow, aku sempat tanya soalan favourite aku dekat dia.

"sir, apa yang kau carik dalam dunia ni?"

arsene wenger jawab, "gua carik bojed untuk ganti alex song".

sekian.


Comments

Khalisa Ridzuan said…
ah batek penipu.eh nnt kawin kat seremban anta jemputan kat aku wey.aku nk dtg ;p
faridfadhly said…
no hal nanti dah tempat kad aku mintak alamat.

Selamba cakap tipu serius betul aku cite tu.
pokpih said…
mcm shitu je ko menyuper impose nye..
haha
faridfadhly said…
masa bila lak aku super impose..

Tu kadbod gambar arsene beb

Popular posts from this blog

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

17 Tahun