Tuesday, October 31, 2006

awie arni mawi ina siti nurhaliza dato k

hujan turun lagi.

oleh kerana pejabat bapak aku tidak berapa jauh dari sini, aku sering menjadi orang tgh bagi urusan bapak aku.sebagai contoh, hari ini aku terpaksa menghantar cek kepada office boy bapak aku yang takla 'boy' sangat..aku pon panggil die pakcik je.tapi die panggil aku 'abang'.
manja gitu.

"abang..tn. hj. ada kirim cek kan..pakcik datang ya?"

"ok..hujan ni pakcik ..takpe ke?"

"takpe.."

"ok.tunggu saya dekat bawah.dekat kereta saya"

dalam perjalanan aku sempat singgah di pondok jaga untuk meminjam payung.pak guard itu sedang mengaji. ok dalam hujan lebat juga aku dengan yakin melangkah untuk menyerah cek kepada pakcik...tetapi..

tetapi...

cek itu tak ada...mana cek tu...

"pakcik..penat saya carik ni..tak adala..err..esok dtg lagi...saya carik dulu? "

kelihatan seorang lelaki tua membawa motor di dalam hujan.
pak gurd pula masih mengaji.

nyanyi dalam hujan.
nyanyi dalam hujan.
bergembira selalu.
angkat tangan.simpul jari.rapat siku.
rucaca
rucaca
rucaca

p/s=title entry kali ini mungkin boleh membantu aku mendapat hits yang tinggi.

Sunday, October 29, 2006

aku masih hidup.

hi korang semua..

macamana raya?

best tak?

apesal tak best? ok la tu..nak best camana lagi...

raya aku setakat ini boleh tahanla..7 buah rumah..1 wayang , beberapa buah drama dan 2 game bola.dan akhirnya aku menulis blog..



drama raya.
drama raya adalah sesuatu yang perlu ada ketika raya.biasanya akan ada dua jenis drama raya yang akan kita tonton iaitu drama sedih dan drama komedi.tetapi drama pilihan aku ialah;

drama menyayat hati di bulan syawal

drama ini biasanya mempunyai tajuk yang lebih kurang , iaitu 'sebening syawal' 'sayu gema takbir raya' 'sehelai selendang putih' 'pondok buruk' dan lain lain tajuk yang boleh menimbulkan mood-mood sedih kau orang la.

drama ini akan mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri tua yang hidup dalam keadaan yang miskin dan susah..dan mereka mempunyai anak yang derhaka dan biasanya pada tahun itu , anak mereka ini akan pulang beraya.

tapi sayang , segalanya terlambat...mungkin si ibu atau si bapa telahpun meninggal.

dan..scene yang ditunggu2 oleh aku ialah..scene di mana si orang tua terpaksa hidup dalam susah dan sakit..sebagai contoh drama tikar buruk menunjukkan bagaimana si ayah mempunyai sakit kayap sehinggakan badannya berulat-ulat (ulat sampah) tetapi si isteri tetap setia menjaga si suami..

scene seterusnya ialah di mana begitu susahnya mereka mendapatkan wang , dan mereka akan membeli daging atau kain untuk raya dengan wang itu..

scene penyesalan si anak mmg akan menyusul selepas bermacam2 perkara 'derhaka' yang telah dijalankan.

drama ini juga biasanya mempunyai ending di kubur , ataupun happy ending di mana mereka beraya di rumah...lagu sedih memang memainkan peranan yang sangat penting.

selaku penggemar drama raya jenis mcm ni..aku telahpun membuat dream team (mcm team bola la pulak) untuk drama ini;

mak = fauziah nawi
ayah= abu bakar omar
anak derhaka= zulhuzaimy
anak baik= eman manan

pelakon perempuan pula terdiri daripada ; fazura , fasha sandha , maya karin , nasha aziz , umie aida , erra fazira dan sape2 la yang cun bole aje ha ha.

tanpa drama mcm ini maka akan bosanlah raya aku...hidup drama raya!

oklah, sedara aku nak dtg beraya ni..aku chow la dulu.
oh,esok kerja.

aku masih hidup dan bosan.

Friday, October 20, 2006

selamat hari raya jumaat

hi korang semua..

sejak akhir2 ini aku sibuk membuat inventori komputer di jabatan2 lain.kerja aku hanyalah perlu mengambil no siri semua komputer yang ada di sebuah jabatan tu..kemudian conteng CPU tu no siri baru dia pakai marker.aku terpaksa pergi bersama makcik2 yang wujud kat jabatan aku ni.jadi nak diikutkan kerja ini taklah mengambil masa yang lama..tp aku terpaksa menunggu makcik ni berborak dgn member2 mereka..

sbg contoh , unit audit dalam hanya mempunyai 4 buah komputer , tetapi terpaksa mengambil masa yang lama kerana makcik team aku ni sempat bertukar2 resipi kuih raya..

menarik kan?

sempena hari jumaat , aku mau mengajak korg yang tak sembayang jumaat tu (kalau ade)supaya bawak2la semayang jumaat.
kepada selalu yg dtg lambat , dtgla awal supaya bole dgr khutbah.
kepada selalu yang dgr khutbah , dgr2 dan hayatilah isi khutbah tu.

oh ya , aku pernah membaca khutbah di sekolah aku dulu..

jom jom kite flashback ke zaman skolah..

pagi itu aku berasa sangat ngantuk dan tiada mood untuk belajar.jadi selaku pelajar yang berhaluan kiri haha dengan sopan santun-nya aku naik ke asrama pada waktu rehat.tapi agak hampa kerana asrama berkunci.jadi aku membuat keputusan untuk landing di surau sekolah.oleh kerana keadaan surau yang agak 'open' jadi aku telah mengambil keputusan untuk tidur di dalam mimbar..

sedar tak sedar aku telah tidur sampai pukul 1..dan aku terjaga kerana terdengar orang tengah solat..jadi aku mengintai dari dalam mimbar tu..kelihatan satu saf warden2 yang digeruni tgh sembayang.imam masa tu ialah ahli sihir tak silap (nickname warden sekolah aku mmg gempak2)

jadi dengan kool (cuak) aku membuat keputusan untuk menyorok di dalam mimbar itu sehingga diorg sume habis solat dan chow..

tapi langit tak selalunya cerah..

ku sangka panas sampai ke petang..

berakit rakit ke hulu..

kalau salah tolong jolokkan...

tiba tiba muncul warden yg aku paling menyampah , blanka , menjenguk ke dalam mimbar itu..dan bermulalah sebuah epik penuh tragedi..

bayangkan muka 'loser' yang aku buat ketika itu..

"ingat saya tak nampak kepala awak mengintai2 dari dalam mimbar tadi?" kata blanka.

"encik tgh sembayang pun bole nampak saya ke..x khusyuk siut" balas aku.
dalam hati jela..

kemudian dtglah lagi beberapa warden menghangatkan keadaan..dan kemudian azmi , dieni warden ke cikgu biasa aku pon x ingat , bertanya;

"hah ni ape kamu buat ni..baca khutbah ke?"

= (

itulah yang aku ckp.pengalaman membaca khutbah.

ok semua jangan lupa pergi solat jumaat dan dengar khutbah.jangan tido.
sekian.

Wednesday, October 18, 2006


ok macam blog lain....

setelah sebulan kita berpuasa , dari subuh hinggalah ke zohor.
ops.
maghrib..

marilah kita meraikan hari kemenangan umat islam...

dengan ingatan tulus ikhlas dari faridfadhly.blogspot.com

maaf Zahir Batin

Monday, October 16, 2006

cakap siang pandang pandang.

Parking lot di pejabat aku mmg sangat terhad menyebabkan aktiviti double parking atau memblock kereta orang adalah aktiviti yang 'dipandang mulia' di sini . jadi kereta yang memblock biasanya akan disertakan dengan no phone , bagi memudahkan orang yang di-block memaki hamun atau memarahi orang yang mem-block kereta mereka...

dan aku baru je turun bawah tadi untuk mengalihkan kereta...

lepastu aku tak terus balik..sbb alang2 aku dah berjalan tu..aku pegila surau untuk tidur sepam dua.sungguh buruk perangai korg..eh maksud aku perangai aku..dan sekarang aku masih lagi dalam keadaan lalok lalok ubi.wujud ke istilah lalok lalok ubi tu? aku main type aje. lantaklah , baik aku tulis blog lagi best.

cakap siang pandang pandang.

petang itu aku menegur solehah , pelajar praktikal yang wujud di pejabat ini.seperti aku.
tapi dia ni dekat department lain.

aku membuka topik mengenai kerja2 yang telah dibuat dan bagaimana menjalani kerja seharian.

"aku takde keje langsung..bosanlah"
"duduk mengangkang jela..layan ym"

sejurus selepas aku berkata begitu , terus menoleh 2-3 orang lagi orang di situ , memandang ke arah aku.

"tak ada kerja langsung?.."
"solehah ni kita orang bagi kerja itu ini itu ini"

oh.
rupanya solehah bukanlah keseorangan.penyelia dan beberapa staf department beliau ada di situ.aku dapat merasakan mereka mengutuk aku dalam hati spt:-

"ape punye budak praktikal la camni sket nye pemalas" ataupun
"muka je mcm brad pitt..tapi hampeh ya amat"

untuk mempertahankan maruah diri , aku memberi jawapan;

"tak adalah sampai tak ada kerja..tapi dah siap..jadi buat masa sekarang ni duduk jela"

pada pendapat aku sebelum berkata sesuatu ada baiknya kita perhatikan siapa yang ada di sekeliling..jangan sampai jadi 'loser'.buruk sangat rupanya..

dulu sewaktu aku di Hong Kong bersama rakan2..kami merasakan sesuata yg 'kool' jika kami berbual dengan kuat di mana sahaja sebab tiada siapa yg faham..aku juga sempat pergi ke kedai majalah dan bertanya "majalah lucah ade bang?" dan berasa puas apabila penjaga kedai itu membuat muka blank..ha ha.

tapi biasalah ,
bila kawan ramai keliling kita.cakap besar tunjuk belang.
tapi bila sorg2 pengecut pemalu.macam semua orang.

pada satu malam kami telah memasuki 7 Eleven sambil berborak dan bergelak2 mcm dekat negara sendiri..kemudian tiba tiba salah seorang daripada kitorg telah mengusha satu awek yang mempunyai kaki yang pelik.

"kaki die kecik siutt!" kata beliau.
kami semua mengusha dan adela yg gelak2..kemudian tiba tiba...

"kenapa kamu pelik tengok kaki yg kecil seperti saya?"
balas awek itu.
rupanya minah itu ialah orang indonesia yg juga sedang melancong seperti kami..

dan jawapan loser dari member aku tu ialah;

"maafkan saya..saya sebenarnya mmg mengimpikan kaki seperti kamu"

=)



aku dapat merasakan aku sedikit terasing sejak akhir2 ini.mungkin sebab aku ni bukan perkerja yang betul..hanya budak praktikal aje..budak2 opis ni mcm buat tak nampak kat akuje.

patutkah aku pergi surau ?


Sunday, October 15, 2006

gelap akan hilang.malam kan bertukar siang.

hi semua...

2 hari berpuasa di perantauan membuatkan aku sangat penat dan berazam untuk mendapatkan rehat yang cukup pada hari ini.beberapa teknik rehat yang cuba aku praktikkan ialah tidur , baring , berguling2 ke kiri dan kanan , tidur , bukak tv dan kemudian tidur di depan tv dan tidur.
wow..sungguh banyak cara yang aku praktikkan kan? tapi bila tgh tidur tu tiba2 je badan aku dengan sendirinya pergi ke pc dan kemudian menulis blog.wow hebat kan aku? (sila angguk)

oh 'perantauan' yang aku ckp tadi tu takde lah pergi mana pun..merempat di rumah bujang member aku dan mengedai (shopping) seharian suntuk semalam...'perantauan' la tu kan?..ala kire cincaila..

cerita mengenai puasa di perantauan ni membuatkan aku nak cerita sikitla time aku puasa time pegi umrah dulu.Bila time mcmni Mekah adalah sangat sesak..semua jalan adalah mcm jalan TAR..sesak abes..tapi yg bestnya bila tiba time sembayang semua jalan tu tiba2 je kosong..siap dengan tauke2 kedai sekali pun hilang..kalau orang putih boleh masuk situ sure dah keluar rancangan Ripley's ke 10 seconds of fame ke.

ok abaikan 10 sec of fame tu..mmg xde kaitan.


Tarawikh di masjidil-haram adalah sangat indah.Boleh sampai sejuta umat islam yang terdiri dari pelbagai jenis orang.Dari puak syiah yang bertatoo dan 'solat dgn geng2 dia sahaja' sampaila ke mat saleh atau yang bermata sepet..dan solat terawih di situ adalah sangat panjang..tapi laju gile.biasanya aku akan stop pada rakaat ke-10..dan kemudian pergi melakukan tawaf sunat(senangje..pusing kaabah tu tujuh kali sambil baca je pape yg aku ingat).bukanla aku malas nak abiskan 20 terawih tapi ngantuk je eh eh silap aku pemalas eh eh

sorila termelatah lak.

jadi ada satu hari sedang aku tawaf sunat time terawih tu datang seorang pak arab yang ala2 wrestler badan dia kat aku..aku senyum je dan lepastu tiba2 dia bagi dekat aku satu tasbih.tasbih ni aku x pernah tgk kat Malaysia sbb pelik sketla siap ade ring utk keychain tu kat hujung dia.dia pegang tangan aku dan letak kat tapak tangan aku.lepastu dia kata "insya-Allah".

aku xtau nak ckp apa..nak spiking arab , kat skola belaja malas.setakat "haza kitabun" (ini buku) aku bolela nak pikir.tp kang nampak cam xde kaitan je...

berlalulah pak arab itu...

dan tasbih itu masih wujud sampai skarang..tp sayang ia jadik cam perhiasan je..aku gantung x pernah nak gune..kadang2 aku rasa bersalah jugak sebab tak menggunakan tasbih tu..

hmm..


menulis ni jugak membawa aura kemengantukan aku ke tahap yang tinggi , penat jugakla aku bertarung dengan nafsu ni tapi ianya sungguh sukar.jadi aku ingat baik aku layan je nafsu tidur ini..

jangan lupa berzikir selalu.tak payah pakai tasbih pun takpe.

pegang mouse tanda sayang kat aku.(wow syg gak korg ye).
selamat berpuasa!



Wednesday, October 11, 2006

16 ramadhan.

halo semua orang.

hari ini adalah hari tidur.
petang tadi aku telah dikejutkan oleh brader jen (jendul)..aku bangun sekejap dan kemudian ingin menyambung tidur , sekali tgk jam dah pukul 5 dan sejurus selepas itu badan aku tiba-tiba menjadi 'cargas' seperti baru lepas minum pawarut.

dalam beberapa saat aku telah melesapkan diri dari pejabat dengan jayanya.

ok dalam perjalanan pulang aku sempat singgah di bazaar dan aku dapat memerhatikan kewujudan ramai budak2 skolah memakai baju batik outing mereka..ya aku kenal baju tu..budak smap rupanya.teringin pulak nak pakai baju batik outing tuh..

beli kebab.roti jala.puding caramel.

pukul 7 aku di meja makan.
ada kebab.roti jala.puding caramel.
seperti ada yang tak cukup..ape aa?

oh.
family aku yang tak ada rupanya.
berbukalah aku seorang diri di rumah..

angkat keyboard tanda simpati kat aku.

p/s: malam ni apeeee? bolaaaaa...

fikir dulu.sebelum buang.

setelah membaca tentang orang tak bertamadun di blog akirasuri.

aku pernah mengalami satu kejadian aneh dan mistik , tahun lepas.

ketika aku sedang mendaki great wall of china , beijing , aku telah berniat untuk menconteng nama di situ dengan alasan, kalau sampai ke situ lagi suatu hari nanti..bolehla tgk balik nama aku tu.

dan.

ketika dalam perjalanan aku melihat sekeliling.orang china mungkin tidak ada di situ.tapi bermacam2 jenis masyarakat di dunia ada di situ.putih dan hitam.mata sepet dan mata merah.orang arab dan tidak lupa juga orang utan <-- percubaan membuat lawak.

jadi dalam perjalanan aku membuang sampah dengan penuh konfidennya.

"tak maula buang sampah kat negeri org dik.buat malu je"

tegur seorang lelaki.

"tak kentangla mcmni" <--ayat penyedap cerita


oh.
orang malaysia pun banyak di situ.niat menconteng dinding juga turut terhenti selepas itu.

mistik kan kan? sila angguk 3 kali.

p/s: jangan buang sampah merata rata.

Sunday, October 08, 2006

gadis mencaduk.

pernahkah anda puasa 'setengah hari' masa kecik2 dulu?

aku pun.

tapi semalam aku dah tak puasa setengah hari dah..

semalam aku puasa 3 jam.

lepas sahur tidur.bangun pukul 11.
pukul 12 tidur balik.
bangun pukul 5.

hebat kan...puasa 3 jam.

jadi disebabkan aku dah 'mencapai kejayaan' yg cemerlang..aku telah membuat keputusan untuk menulis blog.mungkin kat sini aku bolehla meng-ekspresikan kebanggaan aku.. ha ha.

di sini aku ingin cerita pasal perempuan lawa.
apa yg ada pada perempuan lawa ?

biasanya lelaki akan teruja jika ada 'aweks hot'.
jadi kerana inilah perempuan lawa perlu digunakan sebagai model barangan dan produk.
sebuah filem juga memerlukan heroin yang ada rupa dan mantap.
pelbagai jawatan2 utk perempuan lawa juga telah wujud seperti gadis litar la..awek bagi hadiah kat podium..dll.
wujud juga 'gadis booth' selalunya kalau ada pameran mcm pc fair tu...kerja diorg ni hanyalah melepakkan diri di booth untuk menarik perhatian pengunjung utk pergi ke booth diorg...

aku juga sebagai lelaki mmg mengakui la benda2 mcm ni.


1.selalunya aku mmg akan tgk siapa heroin dalam sesebuah filem sebelum menontonnya..kalau setakat heroin muke mcm busut..berat sikitla aku nak tgk kan..biasanya la..tak semua (ok ini ialah ayat backing diri sendiri)

aku juga pernah menonton cite2 yg amat menyedihkan (cite bodola senang) semata2 sebab awek cun yg berlakon.mcm cerita jebon jr.(cerita spy melayu..lan pet pet hero dia) sungguh gigih aku membeli cerita tu sebab ada natasha hudson..fuhh..padahal ala kadar aje minahtu berlakon..


2. disekolah dulu..ketika kami sedang melepakkan diri beramai2..tiba - tiba muncul sorg 'aweks hot' lalu depan kitorg..dan tiba2 kepala die terlanggar tiang..mula2 aku dan beberapa org lagi tergelak tiba2 budak2 lain backing..


"weh2..kesianla dia..sakit tu.."

kemudian semua menjadi senyap dan bersetuju bahawa beliau sakit terlanggar tiang...

padahal kalau minahni muke ala2 sarah raisudin berambut afro ke..konfem2 kena gelak beramai2..


3.bila melepakkan diri bersama kawan2 di mapley..biasanya budak2 laki akan meng'usha' gadis2 cun ..dan bila dah nampak aweks cun..semua akan menjadi happy tanpa sebab...ntah aku pun x paham haha tapi layankan ajela..

ada sekali tu aku dan ikan sedang melepakkan diri sambil mengusha kalau2 ada aweks chantek..sekali tiba2 aku ternampak mak nyah india..make up tebal nak mampus..dahla gelap x hengat.
argghh menyesal gile..dgn cepatnya kami terus pulang.ikan pulak sempat bertukar2 no phone dgn mak nyah itu.keji sungguhh..

tapi aku tipu aje..gile hape nak mintak no phone mak nyah india tuh.

baru2 ni fav. show aku kat espn, football crazy dah ade host baru..jamie yg bole kata hot la jugak..jadi aku pelikla apesal la rancangan bola pon nak kene ade pompuan lawa..minahni xdela tau byk sgt pun pasal bola..kire asal bole jela..pakai mmg nak sexy abes..

paula malai ali pun dah pindah espn...jadi kalau korg tgk pakwe korg layan espn tu fikirla baek2..bukan tgk bola sangat diorg tuh..ha ha..

ok apa yg aku nak ckp kat sini ialah..entahla..kalau aku nak cakap ' lawa luaran tu tak penting..dalaman tu yg nak kena ada'...biasa sgt kan ayat tuh..hm..'lelaki cpt cair dgn perempuan lawa'..tak jugak...aku igt pandai2 korg jela nak buat kesimpulan apa..ha ha.








kat sini juga aku letak pic 2 orang 'perempuan lawa' yg mmg sangat lawa di hati aku..si kacang bersama ibuku yg terchenta..hmm..sejuknye hati gwe..






p/s: sorila aku igt tak mau tulis post yg jiwang last2 keluar jugak kan..ha ha jangan maraa...

Wednesday, October 04, 2006

iklan.

"mana perginya 3 orang itu ya?"mereka bertanya.
mereka tidak tahu.
mana hilangnya tuan doktor yang mereka harapkan.

"lihat orang itu..kita akan sentiasa mempunyai harapan jika beliau masih ada"
kata mereka sambil menunjuk ke arah john locke.orang tua itu.
tua tapi berbudi.
keras tapi mengerti.

a tale of two cities.apakah nasib jack , kate dan sawyer yg ditangkap oleh 'others'.

pembukaan season 3 .malam ini.( jadi esok baru bole download. )

sekian saja iklan lost cakap melayu di faridfadhly.blogspot.com



p/s: virus chii diterima..tunggu..

Monday, October 02, 2006

mana hilangnya orang itu?

jika anda membaca entry perkara terindah di dunia , si kacang ada dalam senarai itu..jadi..

kali ini aku nak cerita sikitla pasal 1st date aku dengan si kacang
manela tau nnt aku lupa ke..bolela baca bende ni balik.

mula2 aku mengenali si kacang ialah pada sem pertama aku di ukm.pada waktu kuliah kmk.... group projek kmk aku terdiri dari ikan , abang burung dan ramai lagi la..siap ade sorg mamat cine nih xde geng teros join kitorg...skali terlebih ahli lak..maka dengan slambenya akak tutor tuh memilih seorang 'loser' untuk dicampak ke group lain..


mesti korg rasa 'loser' tu aku kan?

salah tu...

maksud aku salah kalau korg x teka aku..


maka tercampaklah aku ke group budak2 pompuan yg sorg pon aku x kenal..budak multimedia rupenya diorg sume.pastu dtgla watak si kacang ni kat aku lalu bertanya..

"nnt kite buat discussion ok..blablabla"

"bagila no phone blablabla"

sebenarnye sepatah haram die ckp pon aku x amik 'port' sbb aku tgh tension time tuh..tetibe je aku kene buang dan mamat cine tu buat muka x bersalah lak join geng2 aku tuh..cerempet sungguhh...

oh balik cite tadi..die mintak no phone...dgn siap sediala dia pandang aku sambil jari dia dah ready nak tekan keypad.

tapi aku diam aje.kool kan aku? kan kan?
(sile menyampah)

pastu dgn slambenye aku amik phone kat tangan dia..pastu aku tulis sendiri nama ngn num phone aku kat phone book dia..dan berlalu...

fuhhh... konon2 mcm gempak abes la aku buat camtu..time tu aku rasa cam hero2 filem je.
tapi setelah difikir2 balik ape yg aku buat tuh mcm gaya lakonan jalil hamid pon ade..lantak ahh...

member2 aku ade ckp yg si kacang nih ade perform main gitar mase malam persembahan minggu mesra mahasiswa dulu tapi aku xtau pon..manela aku perasan..kalau setakat pengacara majlis malam tu ke..lagila aku x perasan..hmm..


lepastu ade gakla aku msg si kacang ni tapi sume hal2 group aku tuh la..dahla topic kitorg pasal lelaki lembut.xde tajuk lain ke? dahla aku sorg je jantan dlm group tuh..aku bukan lelaki lembut aa (tetibe je terasa)..ade gakla kadang2 die main miscall aku tapi aku kan kool dan bersahaja..jadi aku buat x tau aje (padehal aku misscall balik senyap2..syyhhh)

sem itu habis mcm tu je...

masa cuti sem 3 bulan tu aku keje dekat pejabat bapak aku kat seremban ni..bapak aku pulak mmg keje kat pejabat dia yg lagi satu dekat keramat , kl.kalau dalam seminggu tu adela sekali je die dtg opis seremban nih..xpon x dtg lgsg...

jadi kerja yg aku buat sepanjang 3 bulan kat situ , ialah , chat dgn si kacang la ha ha.time tu dia pon keje kat company bapak dia.chat punya chat..gaji jalan beb..sape x suka ye x?adela keje aku buat sebenarnya..tp x byk pon.yg byk pon diorg bagi aku bende2 utk pass kat bapak aku kat rumah..kadang2 kalau nak kene sain bapak aku.. slambeje aku tolong sainkan..tu jela.

org kat opis tu pon naik pelik sbb diorg x bagi aku keje sgt tapi aku sikitnye khusyuk mengadap pc sampaila ke petang.agaknya diorg mesti igt aku ni sgt rajin dan berdedikasi dalam bekerja.err..yela kot.aku rasa.

jadi sepanjang kitorg ber-msn ade gakla aku rasa cam nak dating tp biasala hati keras beb, lepak sudaa..kadang2 tu ade gakla die kasi hint2 mcm.."ala kita bukannye bole jumpe pon..tunggu bukak sem jela ye.." dan mcm2 la.mak aihh...tapi biasela aku kan..err..ok2...aku x ckp aku kool dah...

tapi pada suatu pagi yang indah ,adela dalam bulan ke-3 aku ber-msn-an dgn dia,ber-sms-an dll mcm biasala aku chat ngn dia kat pejabat..masa tu dia dekat rumah, dah stop keje dgn bapak dia.

aku: bile nak jumpa ? aku belanja..

dia: ele yela tu...

aku:betul la..jom la...

dia:bile?

aku:skarang?

aku xtau camana aku bole cakap mcmtu..tp alang2 aku cakap mcmtu..aku pegi jela betul2..dia tanya xpeke dtg jauh2.slambeje aku klentong ckp aku nak pegi office bapak aku kat kl tuh..balik bole singgah jumpa dia...kang nampak cam aku gigih la pulak..mane bole..ha ha.maka pada hari itu adalah hari pertama keluar bersama si kacang..sungguh best..best sungguh...walaupun aku rasa bodo je lepak pakai baju keje kat midvalley.nasib baik aku x pakai tie kang org ingat aku salesman mane pulak..ha ha

"eh mana farid hilang tu?"

kata kak mas pengurus nestin sdn bhd.

kot.

=)


kelihatan langit cerah pada pagi itu...

oh bulan , dimanakah bintang?
sudah terlindung di kayu ara....

Sunday, October 01, 2006

inderaloka kita.

berdua di dalam kereta kami pulang dari tarawikh.
seperti biasa laluan pintas kami gunakan untuk ke stesen minyak.
dan.
ketika pulang , short cut , berdiri sendiri seorang lelaki ; di bahu jalan.di dalam gelap.
dan aku , memandu dengan lebih laju....

"ibu pernah lalui situasi sebegini dahulu, tapi bukan jantan , perempuan berbaju putih"
jelas ibu kepada aku.

"oh.saya juga"
"saya pula pernah terlihat 2 ekor kuda , ya kuda , ketika hendak me-mapley-kan diri jam 3 pagi di bangi dulu"

ya , kuda.

seram kan?

hiii hiiiiiii hiiiiiiiiiiiiiiiii (gelak seram)