selamat hari raya jumaat

hi korang semua..

sejak akhir2 ini aku sibuk membuat inventori komputer di jabatan2 lain.kerja aku hanyalah perlu mengambil no siri semua komputer yang ada di sebuah jabatan tu..kemudian conteng CPU tu no siri baru dia pakai marker.aku terpaksa pergi bersama makcik2 yang wujud kat jabatan aku ni.jadi nak diikutkan kerja ini taklah mengambil masa yang lama..tp aku terpaksa menunggu makcik ni berborak dgn member2 mereka..

sbg contoh , unit audit dalam hanya mempunyai 4 buah komputer , tetapi terpaksa mengambil masa yang lama kerana makcik team aku ni sempat bertukar2 resipi kuih raya..

menarik kan?

sempena hari jumaat , aku mau mengajak korg yang tak sembayang jumaat tu (kalau ade)supaya bawak2la semayang jumaat.
kepada selalu yg dtg lambat , dtgla awal supaya bole dgr khutbah.
kepada selalu yang dgr khutbah , dgr2 dan hayatilah isi khutbah tu.

oh ya , aku pernah membaca khutbah di sekolah aku dulu..

jom jom kite flashback ke zaman skolah..

pagi itu aku berasa sangat ngantuk dan tiada mood untuk belajar.jadi selaku pelajar yang berhaluan kiri haha dengan sopan santun-nya aku naik ke asrama pada waktu rehat.tapi agak hampa kerana asrama berkunci.jadi aku membuat keputusan untuk landing di surau sekolah.oleh kerana keadaan surau yang agak 'open' jadi aku telah mengambil keputusan untuk tidur di dalam mimbar..

sedar tak sedar aku telah tidur sampai pukul 1..dan aku terjaga kerana terdengar orang tengah solat..jadi aku mengintai dari dalam mimbar tu..kelihatan satu saf warden2 yang digeruni tgh sembayang.imam masa tu ialah ahli sihir tak silap (nickname warden sekolah aku mmg gempak2)

jadi dengan kool (cuak) aku membuat keputusan untuk menyorok di dalam mimbar itu sehingga diorg sume habis solat dan chow..

tapi langit tak selalunya cerah..

ku sangka panas sampai ke petang..

berakit rakit ke hulu..

kalau salah tolong jolokkan...

tiba tiba muncul warden yg aku paling menyampah , blanka , menjenguk ke dalam mimbar itu..dan bermulalah sebuah epik penuh tragedi..

bayangkan muka 'loser' yang aku buat ketika itu..

"ingat saya tak nampak kepala awak mengintai2 dari dalam mimbar tadi?" kata blanka.

"encik tgh sembayang pun bole nampak saya ke..x khusyuk siut" balas aku.
dalam hati jela..

kemudian dtglah lagi beberapa warden menghangatkan keadaan..dan kemudian azmi , dieni warden ke cikgu biasa aku pon x ingat , bertanya;

"hah ni ape kamu buat ni..baca khutbah ke?"

= (

itulah yang aku ckp.pengalaman membaca khutbah.

ok semua jangan lupa pergi solat jumaat dan dengar khutbah.jangan tido.
sekian.

Comments

ILynn Virgobiru said…
bodoooooooooo
faridfadhly
hobi kamu ni kan
tido tido tido tido tido tido tido tido tido tido tido tido tido
mcm mane x buncit?
kalo tak tido,
bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola bola
sampaikan sanggup berjaga sbb bola
tuka lah hobi anda ke ilynn. bole?
biar ilynn je spjg mase.
tp aku tau...ia x mungkin terjadi
ape yg aku rs indah, x semestinye indah buat org lain......

sekian
demam lg
sejuk sgt di sini
Anonymous said…
ili ili li ili ili

tdo dlm mimbar tu hot gak tu
tp jaba berpura2 mati mase smayang jumaat lg hot la..
Amar B. said…
jap, aku nak sebok cube.

ili ili ili ili...uppp(muntah)

sorry la ili, xleh bla la.

batek, selamat ari raye.
Anonymous said…
hahahahahahah..en batek telah berjaya buat aku gelak di pagi hari (aku tak mandi lg waktu komen ini=P)
khutbah jumaat anda sgt menarik.gila!!
tak smyg jumaat,tgk org semyg..loser abes.
pantun tu menarik ah ---hebat tul pantun merepeks itu(geleng kepala)
tp warden ko tu kantoii ah,nmpk sgt tak khusyuk.hikhikhik =P

p/s:ha..yg lain g smyg jumaat,dtg awl,dgr khutbah,tu rukun tu..eheh.sekian!=P
faridfadhly said…
get well soon si kacang..

jaba berpura2 mati dlm solat tu lagi loser dr aku siut.
sape hero dlm cite tu? ahli sihir..

selamat hari raye amar

lisa ko pompuan xyahla nak smayang jumaat gak (tetibe je aku)
Anonymous said…
sial ape aku berpura pura mati lak..haha..damn aku harap2 semua org lupe je bende tu..loser betul aku

cis ape2 hal pun tido dalam mimbar mmg loser gak aaa..siap aa ko nanti ikan...
Unknown said…
mase jabar pura² mati.. aku ade blkg dia.. tgh solat.. skali aku tgk jabar gugur syahid.. lalu aku bersuara "hmph" dan kawan ku di sebelah tergelak time semayang haha haram bukan nak tolong aku angkat jabar

-ini adelah bojed kiut tp aku tumpang account member aku jap-
Anonymous said…
ces kau memang la suke tido.sampai dlm mimbar pon jadik (huhu bajet kenal sgt)

dan selamat hari raya!!
faridfadhly said…
jaba loser

bojed..kau batalkan solat utk sambut jabar ke..gila murni..

ifahoho selamat hari raya
Jed Sulaiman said…
aku xsempat sambut, dia dah syahid dulu haha...

selamat hari raya batek...

kau hutang aku n ridek cd terbaek tu
asiput said…
haha aku gak tak loser ..

tido kat bilik syukbah tp tejaga sbb mimpi cikgu BM (maimunah) kejut aku..

tak loser kan?

Popular posts from this blog

17 Tahun

aku masih hidup.