Posts

Showing posts from 2008

harini bukan kerja ke? apesal semua macam mood-mood cuti je ni

pagi tadi aku dikejutkan dengan berita steven gerrard kena masuk jel. kalau aku jadi wartawan kosmo, kompom esok aku letak headline "gerrard terjerat". baru aku nak sms kat budak2 liverfool, aku tengok gerrard dah kena lepas. potong betul. nak kata dia main untuk team polis kat liga perdana tu tak pulak. kalau dia main team polis yela bole lepas. aku syak mamat yang lepaskan dia tu mesti liverfool punya fan. kalau joey barton ke, azizul kamaludin ke ching hong aik ke kompom tak lepas punya. ta

berapa sekejap kah sekejap dan berapa lamakah lama

4 minit 4 minit adalah terlalu lama terutama macam game arsenal tadi. injury time 4 minit telah memberi upset kepada aku for the whole season. mungkin tak seteruk 4 minit ketika lawan spurs, tapi yang ni kesan dia lagi mendalam. buat aku tak boleh tidur, hati berkecamuk, mungkin menyebabkan aku tak bangun esok pagi, dan lambat pergi date, gaduh, kena pujuk, dan nanti bila ok, arsenal kalah lagi. 4 jam. 4 jam adalah terlalu sekejap bila meeting perlu ditangguhkan untuk 4 jam, tapi at least kau boleh kata, "ada project delay sampai 3 tahun, setakat 4 jam takkan tak boleh tunggu" 4 tahun. 4 tahun adalah terlalu sekejap di mana kau boleh menghabiskan pengajian di ipt dalam tempoh itu, create direction di mana engkau akan pergi selepas itu, mungkin bertemu jodoh, bertemu business partner.. rezeki yang ditetapkan tuhan kepada seseorang itu dah ada somewhere yang kau perlu cari tapi kadang-kadang kerana kau graduate dalam sesuatu bidang, ia mungkin mengubah direction kau selama-lama

masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

memang aku sengaja tak set up network password untuk wifi rumah aku, sebab tak dapat sedekah duit, sedekah internet free kat jiran2 pun boleh la. tapi kalau slow sangat internet nanti barula aku set up password. semalam pejabat aku didatangi 4 orang tetamu, aku percaya dari penampilan mereka adalah lawyer (lelaki dengan tie, perempuan dengan skirt dan shirt tuck in). muda lagi mereka ni. (muda di sini membawa maksud generasi yang celik it dan internet, boleh membaca pada skrin komputer tanpa print, yang faham bahawa email bukan hanya untuk attach document, gadget2 yang up to date, boleh berbual mengenai filem apa yang menarik di panggung sekarang etc.) ok daripada mereka berempat aku familiar dengan mamat sorang ni, lawyer, rumah dia depan rumah aku. rupanya mamat ni dah lama approach bapak aku, mintak firm dia jadi panel kita orang. so harini dia orang datang nak melobi la tu. siap bawak hadiah. waktu aku join diorang, dia cakap, "ha farid.." bila dia tau nama aku? "har

23 disember

aku tak ada apa-apa yang boleh aku janjikan untuk engkau. apa yang boleh aku kata, aku mahu kahwini engkau. aku mahu kau yang halal, aku mahu jadi orang yang lebih 'hidup'. aku mahu jalan yang lurus, aku harap jalan hidupku akan lebih terang bila dengan engkau. aku ingin bawa kau pergi haji, agar tuhan boleh ajar aku kenapa aku hidup dalam dunia ini. apa yang harus aku buat, apa yang harus kau buat, apa yang perlu kita buat. aku harap pintu rezeki akan terbuka lebih luas bila aku dengan engkau, akaun kita akan menjadi lebih besar dan kuat bila bersama, aku boleh guna kelebihan engkau dan engkau boleh guna kelebihan aku. aku harap dosa-dosa aku akan diampunkan. selamat hari ulangtahun pertunangan, ili liyana. dan segala yang ku ada ku berikan semua untuk dirimu saja ku mahu dirimu bahagia untuk selamanya biar sampai syurga aku menunggu cinta darimu agar ku sempurna sampai syurga ku menunggu sampai syurga ku cintamu hanya kamu

surat untuk akak leha

hi kak leha. tujuan surat saya ni adalah untuk berkongsi perasaan dengan akak. sepanjang karier saya dalam family business ni, ada beberapa moment hampeh selalu berlaku time saya kerja yang merobek hati saya la kak. moment2 yang saya maksudkan ni biasanya akan membuatkan saya mengalami kemurungan, tidak sedap badan dan kadang2 buat saya tak semangat nak meneruskan hidup saya ni. walaupun benda ni agak remeh tapi saya tak kirela saya nak cerita jugak. antara moment2 yang saya maksudkan kat akak tu ialah: 1. saya berurusan dengan sesuatu pihak dalam telefon terlebih dahulu dan beliau akan memanggil saya encik atau kadang2 tuan, tapi bila dah jumpa depan mata, diorang  panggil saya adik.  2. bila orang carik saya di pejabat, tiba2 bapak saya lalu ke apeke dan cakap " ni anak saya..biarla dia belajar sikit-sikit" 3. bila saya nak sain satu2 agreement, lawyer/the other party akan tengok nombor ic saya dan cakap "muda2 lagi dah..." 4. kadang2 saya dan bapak saya kene jump

harimau malaya

Image
"sampai bila nak jadi macam ni",  bincang 4 orang jantan tegar berkenaan dengan pasukan bolasepak tanah air mereka. "Malaysian football should go private" ketika itu aku cuma terbayang bagaimana agaknya kalau ak u di tempat goalkeeper malaysia selepas vietnam menjaringkan goal ke-3 dan tidak diturunkan untuk game bertemu thailand. adakah aku juga akan menangis di padang sambil menutup muka dengan glove? "syed adney main lagila aku tak berharap...tapi dia hensem. adik syarifah sofea tu dia tu", sambung aku. perbualan jantan-jantan bersemangat patriotik akhirnya bertukar topik kepada syarifah sofea, lisa surihani memakai baju nipis, lana nodin bukan pamela malaysia dll. bak kat mokhzaini; what one man can do? sekian.

suit up!

meet barney stinson. jika anda gemar menonton how i met your mother, anda akan banyak mempelajari teori-teori sosial yang disampaikan oleh barney stinson seperti the cheerleader effect, hot/crazy scale, olive theory dll. minggu lepas barney memberi pendapat beliau tentang woo girl. woo girl ialah perempuan perempuan muda yang woo-ing dengan apa saja (terutama bila lepak kawan-kawan). barney juga menyatakan bahawa woo girl adalah sangat penting dalam komuniti. walaupun mereka ini woo, jika didengar betul-betul apa yang di-woo-kan, mereka adalah golongan yang sedih, bosan dan lost dan sebab itu mereka perlukan woo. tidak ada woo girls, tidak ada parti, tidak ada kelab, souvenir shot glass industry akan collapse, glitter industry turut collapes, banyak periuk nasi akan tertutup; akan ada satu benda yang kita guna setiap hari tidak akan wujud jika bukan kerana woo girl. tiny cowboy hats would be worn only by tiny cowboy. jadi siapa akan woo? kalau bukan woo girl? that's what i call leg

mungkin untuk bacaan seorang gooner sahaja.

Image
kepada lelaki-lelaki di luar sana yang merasakan hidupnya tidak ke mana-mana; meet cesc. cesc mula menonton bolasepak pada umur 9 bulan di camp nou bersama datuknya. kerana minat yang mendalam beliau menyertai pasukan belia barcelona tapi biasalah ia tidak menjanjikan apa-apa. berhijrah ke kota london kerana polisi pemain muda arsenal.* membuat appearance dalam first team pada umur 16 kerana kecederaan patrick vieira & gilberto. menjadi penjaring termuda uefa champions league. mewakili pasukan spain dan menjadi pemain termuda dalam sejarah 70 tahun bolasepak negara itu. . . . . . pada 24 november 2008, pada umur 21, francesc fabregas, menjadi kapten pasukan arsenal. cesc; beliau menjadi jawapan kepada persoalan semua gooner dari afrika ke india singapura ke russia di istana atau di parlimen di belakang jalan dan di bar; kakitangan awam, ahli perniagaan dan askar; yang berjalan di islington dan hertfordshire dengan risiko berdepan dengan penyokong spurs; yang merasa 24 hari tanpa me

diet 101

aku tengok mak & adik aku diet kaw-kaw skarang. dan mereka akan menderita menelan air liur bila tengok aku makan. aku rasa aku tau sabda Nabi mengenai diet; "makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang" jadi kenapa bila lapar, tak makan?

nothing is certain accept death and taxes.

saya ada jiran. jiran saya ada kereta mitsubishi lancer. dia pergi kerja naik motor. bini dia naik kancil. kereta dia so far aku rasa baru bergerak 3 kali dalam tempoh 3 bulan. kereta itu perlu dibayar setiap bulan, lebih mahal dari rumahnya. Chuck Palahniuk, Fight Club , Chapter 5: You buy furniture. You tell yourself, this is the last sofa I will ever need in my life. Buy the sofa, then for a couple years you're satisfied that no matter what goes wrong, at least you've got your sofa issue handled. Then the right set of dishes. Then the perfect bed. The drapes. The rug. Then you're trapped in your lovely nest, and the things you used to own, now they own you. ta

snippets

Image
hari itu aku bagitau ah cong tentang sepupu aku yang tinggal di jelai. perbualan kami terus terpesong mengenai video 3gp budak felda jelai. aku baru sedar dalam tempoh 5 tahun, teknologi telah banyak mengubah orang melayu. dari zaman vcd pramugara terlampau hingga 3gp sayang-sayang-ohmygod . kepada semua anak dara melayu, aku tujukan karya abdullahjones yang dipetik dari blognya telanjang dan tersenyum; diatas daun ada kumbang memakan daun perlahan-lahan setelah kenyang kumbang terbang tinggal daun berlubang-lubang daun berlubang tidak cantik mata memandang hati berdetik -ah, itu daun sudah berlubang bekas makanan pria kumbang itu ibarat anak gadis tiada usaha akhir yang manis pelihara dirimu duhai sayang hati,hati, jangan kangkang sembarang. (sekadar gambar hiasan)

kau sihat pun dah banyak menyusahkan aku, kau pengsan pulak kat siniiiii

Image
ya anak-anak, hari ini saya nak beri nasihat sedikit mengenai kata-kata itu ibarat pedang yang boleh menikam. sebagai contoh Ray Wilkins, coach pasukan chelsea berkata sebelum perlawanan league cup; it's all about winning trophies when you're a big club. The fact we've won the Carling Cup twice in the last four years and Arsenal have won none justifies our policy, "You enter a competition to win the competition. Why go into it if you're not concerned whether you win it? Playing a young or weakened team undermines the value of the competition. And we have not and will not do that. We want to w in it, big time." ya, wilkins telah mengutuk pasukan arsenal yang menang perlawanan league cup dengan pasukan muda dengan purata umur 19 tahun. pasukan chelsea selepas itu bermain dengan kesebelasan utama untuk bertemu pasukan-liga-bawahan burnley. dalam perlawanan itu drogba menjaringkan gol pendahuluan dan menunjukkan jari tengah kepada penyokong burnley. dia ingat dia

meet cristina rollover.

Image
pada hari sabtu yang lepas, saya telah pergi melaka untuk melepakkan diri di rumah kawan saya. saya berbuat begitu adalah kerana untuk suka-suka sahaja. saya berasa sangat gembira sebab saya dapat makan ikan bakar, makan nasi ayam xl, makan cendol dan juga makan a&w. oh baru saya perasan yang semua program banyak makan sahaja. macamana nak memperolehi berat badan unggul kalau begini. at least saya tak makan set ayam goreng + order extra burger dan kemudian telan air liur tengok meja sebelah makan waffle macam kawan saya memang nafsu jin betol dia tu. malam sabtu itu juga saya berasa happy sebab arsenal menang dengan man utd, samir nasri telah menjaringkan 2 gol. semasa nasri meraikan gol kedua, saya telah menghantar pesanan ringkas kepada bojed; "nasri dah azan dah..." bojed membalas; " kau tunggu kejap lagi diaby doa qunut" sekian.

au revoir upm

Image
blog chedet adalah blog yang akan aku buka setiap hari. ada satu statement yang aku sangat minat pada entry beliau baru2 ini (lebih kurangla); "our current financial system has collapsed, and it is brought by greedy people. instead of trading products and goods, they are trading debt and money, ficticous money" aku juga pernah baca satu komen yang aku suka..lebih kurang macamni la; saya nak sentuh 5 benda je yang tun buat: jambatan pulau pinang, proton saga, klia, klcc, putrajaya. masa tu semua orang bising, tapi they didnt realize how much it change us, boost the economy, create employment etc. komen aku; great people talk about ideas. normal people talk about things. small people, talk about other people. p/s: aku dah grad masters, ta!

marchez, marchez, qu'un sang impur abreueve nos silons

di malaysia ada orang melayu, cina dan india. di perancis, ada orang algeria, tunisia dan morocco. pada tahun 2001, national anthem perancis telah di-boo oleh french Algeria semasa perlawanan France vs Algeria. jadi pada perlawanan France-Tunisia selasa lepas, untuk mengelakkan insiden yang sama, pemain perancis dan Tunisia berdiri dalam line yang berselang seli. dan national anthem france dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Tunisia. She belted her way through the song with tears in her eyes, as Tunisan fans booed and whistled. Sekali lagi national anthem ini di-boo oleh rakyat mereka sendiri. ini tidak ada kaitan dengan aku, cuma aku menonton match ini dan aku rasa sangat emosional. itu belum masa tunisia score the first goal. nasib baik orang malaysia tak suka tengok bola. at least tak ada orang boo lagu negaraku masa Malaysia - China etc. ta!

hari-hari terakhir seorang pelajar MBA.

hari selasa ialah hari di mana aku akan berada di UPM untuk 13 jam (9 pagi - 10 malam) hari ini bermula dengan submission assignment yang perlu aku prepare the whole trimester. aku punya progress? 0%. dan aku janji pada lecturer-separa-matang untuk submit esok pagi. aku juga jadi saviour untuk class aku di mana tiada siapa mahu bersuara untuk discussion on GAP presentation. lecturer mau keluar, tapi aku sempat angkat tangan dan bagi aku punya point of view. itupun setelah aku sms mok tanya dia pasal baby boomers. lecturer-separa-matang tak jadi keluar kelas. sebelah malam, keputusan mid term exam subject finance-guru-aku-paling-'sembah' dah keluar, ada beberapa orang dapat 0/20. ini menyebabkan ramai student yang tak nak ambil dia orang punya result. tapi aku rasa aku confident aku boleh dapat 10. aku pergi bilik finance-guru-yang-aku-paling-'sembah', cuba berbual2 tanya soalan asas. dia bagi paper aku dan berkata "its ok try harder". 3/20. gila sadis. takpela

legend...wait for it...almost there......dary!

bagi aku telefilem hari raya terbaik tahun ini jatuh kepada telefilem arahan adlin aman ramli- joe & farida. (astro) ulasan daripada ajamihashim : Ini bukan telefilem bertemakan raya tapi sebuah kisah percintaan Joe & Farida yg unik & magik! The centre of attention ialah Farida tapi Joe yg menggerakkan naratif kisah ini. Ia mcm cerita Aladdin dgn 3 pilihan-nya (atau kurniaan good-luck & bad-luck?). Mungkin kalau skrip ini diangkat ke filem juga rasanya mungkin menarik. Dialog-dialog-nya mcm bertih jagung, witty, humorous & unpredictable! Watak-watak tambahan Azlan, Sarah, Amir & Rizal memang memantapkan lagi kisahnya yg berpusing-pusing ligat & laju! Malahan watak-watak cameo kecil Abu Simbel, Hassan, Hj Rafik & Nazri juga tidak kurang rencahnya! Dan saya sgt asyik dgn babak-babak kejutan yg di luar jangkaan satu-persatu bergerak ke depan naratif hingga terasa cepatnya telefilem ini berentetan sehingga tamat. Paling saya suka ialah babak ala 'Romeo &

selamat hari raya.

ok, aku memang bias kepada osman ali. selamat hari raya, maaf zahir batin.

ramadhan.

thamud dipanah petir tertiupnya taufan kepada kaum 'Ad terbaliknya bumi pada kaum nabi luth. apa bezanya dengan financial crisis? balasan tuhan yang dulu adalah sangat jelas dan nyata; dan balasan tuhan hari ini, adalah lebih dahsyat. manusia tidak sedar yang mereka sedang ditimpa bencana. dan nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan?

meet uncle Arsène

Image
bila orang cerita pasal successful investor - orang akan bercerita pasal ben graham, warren buffet, Joel Greenblatt. yada,yada,yada. hari ini masa kat mapley aku terfikir seorang investor tegar yang aku follow dari aku kecil - mr. arsene wenger. yeah. investor dalam football market. arsene beli player below their 'intrinsic value'. arsene tak beli over-rated player dan bagi statement "he's worth every penny". arsene beli satu2 player bila semua orang takut nak beli that player. arsene tak gopoh bila semua orang bagi dia 'buying pressure'. arsene tak gopoh bila club announce ada 30m fund utk beli player. bila semua club2 lain beli player masa transfer window, arsene jual player yang dah ada value. arsene tau bila nak jual henry, bila nak jual vieira, bila nak jual pires, bila nak jual ljungberg - masa diorang tgh 'bearish reversal'. arsene seorang risk taker. dan yang paling penting bila theo walcott became talk of the town sebab score hat-trick unt

chedet

Image
Finally, research 1 taun setengah aku dah menampakkan hasil. merill lynch, Lehman Brothers to AIG. ya, that AIG. tun mahathir (hidup tun), dalam blognya; " I read this morning that the Federal Reserve Bank will loan to AIG US$85 billion to prevent it from going into bankruptcy. I remember well how we were told never to bail out failing companies. But in the last one year the Fed has bailed out dozens of failing banks, mortgage corporations and other businesses. Altogether the bail out has cost the Fed almost US$500 billion dollars. I just wonder where the money comes from. Does the Fed hold hundreds of billions of dollars in readiness to rescue failed banks? I don't think so. The money used is "created" through entries in account books. No cash or dollar notes are issued or even printed. Like a magician, the Fed make money from invisible sources. AIG, the biggest insurance firm in the world, kini milik Federal Reserve. mungkin man. u boleh tukar sponsorship logo kat

penantian satu penyiksaan.

Image
apa yang anda boleh buat jika anda seorang billionaire? mungkin membeli sebuah pulau; atau takeover syarikat minyak; al fahim, seorang billionaire dubai telah membeli manchester city dan berbelanja 32 juta pound sterling untuk seorang player. all in one damn night. lebih 100 player had been speculated to join arsenal, and arsene wenger end up buying no one. sekian, luahan hati seorang gooner yang stay up satu malam pada transfer deadline menanti news yang tak pasti. why so serious?

Paradoks pertama dalam hidup saya.

Image
jalan mana yang kau pilih?

ep 2: u have the whole universe untuk diexplore.

pada tahun 2003, matt, seorang lelaki australia menyedari bahawa ada something missing dalam hidupnya; dia berhenti kerja dan merealisasikan impiannya, travel melihat dunia. dengan menggunakan wang simpanan, dia memulakan perjalanan ke beberapa negara asia. ketika di Hanoi, dia membuat keputusan untuk menari di hadapan kamera. perkara ini telah mengubah hidupnya, forever. inspirational ke tak? layan video terbaru dia.. aku pernah tgk 1st video dia dulu, rupanya dah ver 3 dah...nasib baik cucu monik bagitau. siapa yang rasa video ni inspirational, sila nangis. ta!

say hello to the new #8 gunner.

kira-kira setahun yang lalu, saya telah menghadiahkan sebiji kamera DSLR kepada dia. saya hadiahkan kamera tu sebab konon2 ia akan menjadi aset untuk dia mengembangkan bakat dalam fotografi. masa terus berlalu dan kini jadual dia dah penuh dengan tempahan2. dia juga sudah menjadi semakin sombong dan 'ek' dengan saya. kesian saya, saya ingat saya nak ungkit balikla pasal kamera tu. cam busut kan perangai saya ni? okla, kalau nak pakai photographer ke ape calling2la dia ye. sekian. (iklan ini dipaksa ditaja oleh virgobiru fotopages )

jangan main belakang

internet marketing 101: iklankan produk anda di website yang mempunyai hits yang tinggi. contohnya macam website ini

mari menjilat

Image
aku ada rahsia nak bagitau. cuti sem 2 minggu dah pun habis, byk classmate yg pulang ke negara masing2 bawak ole2. ada member aku budak indonesia bawak banyak t-shirt. aku jadi rambang mata, sebab semua lawa2. tapi bila aku try satu2, semua tak muat. apa maksudnya tu? maksudnya= bodo tul mamat tu, kau beli baju saiz kanak2 pehal? (aku kurus) --- akhirnya setelah 8 hari berturut-turut merah, harini mata aku sejuk sikit. soalan = kira berapa banyak no.2 pada post ini. ta!

bila berbual politik di kedai mamak, kamu perlu tanya soalan "kau di pihak mana?" terlebih dahulu.

seorang lelaki turun dari kereta mercedes dan menghampiri aku. dia tidak pandai english, dia cakap arab sampil pegang not rm100. "ana indi khamsin wa khamsin" dia tanya, "khamsin, asyarah wa asyarah?" aku jawab, "la" dia berterima kasih, sambil memberi puji-pujian sebelum berlalu. tak sia-sia aku belajar sekolah agama lima tahun. "hanya orang arab yang kenal orang belajar arab" cakap aku dalam hati. TAMAT.

sepi dan pensil.

sepi dan pensil boleh buat orang menangis. cuma ada 4 orang yang menonton pensil di cathay cineleisure, aku pasti 2 orang menangis menonton filem itu. aku rasa sedih sebab hero filem ni ialah watak melayu terencat yang dekat dengan tuhan, dan dilakonkan oleh orang india. sepi, mempunyai penonton yang lebih ramai. lelaki kat sebelah aku menangis selepas menonton sepi. "semua orang pernah sepi" "tapi saya tak pernah" lelaki itu kata dia tak pernah merasa sepi, sehingga lepas dia baca puisi; bisikku pada bulan kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku. tanpa dia malam menemaniku sepi memelukku bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam biar ia sepi sepertiku.

satu jam sebelum final euro.

aku banyak belajar tentang hidup terutama sejak lepas grad di ukm dulu. dalam banyak-banyak benda yang aku belajar, yang paling melekat dalam jiwa aku ialah 'la tahzan' dan 'law of attraction'. aku percaya bahawa ada persamaan antara 2% manusia yang memiliki 90% wealth yang wujud di dunia. it depends on how u define wealth. aku percaya pada orang yang hidupnya sentiasa didatangi kesenangan demi kesenangan, adalah kerana pilihan mereka sendiri. aku percaya orang yang bahagia adalah orang yang sentiasa bersyukur dan grateful pada setiap saat hayatnya berjalan. depends on your perception. paradigma. aku percaya there is no way to happiness. happiness is the way. aku percaya pada ujian tuhan yang diberi mengikut kemampuan setiap manusia. dan ayat surah 2:214 ; adakah kau yakin kau masuk syurga sedangkan kau belum diuji dengan ujian yang diberi kepada orang-orang sebelum kau? aku percaya pada rezeki tuhan yang diberi macam air hujan. kepada kau yang baca; selamat berjaya. u

i am no zidane

oleh kerana bz dengan hal dunia lama betul aku tak dapat layan internet betul2. france dah kalah dan nasri akan sign dengan arsenal. jom layan video yang mak aku rakam masa aku kanak2 dulu. ta.

samir nasri ( سمير نصري ) from, arsenal?

Image
kepada raymond domenech, saya rasa nasri patut start sebab malouda selalu mengarut. selamat menonton euro 2008 !

leka

abu seorang pesawah. beliau mendapat bayaran rm10 bagi padi yg dihasilkan. padi tersebut akan masuk kilang untuk diproses - rm20. proses transportation beras - rm25. peruncit jual kat kedai- rm30. bila minyak naik? peruncit dan transportation tak ada masalah, transportation naikkan harga jadi 30, peruncit jadi 35. abu masih dengan rm10 nya, orang kampung yang tidak tahu apa-apa mengenai nilai rm10 yang semakin susut nilainya setiap pusingan jam. suatu hari ketika hendak ke sawah, beliau berasa terkejut kerana rm10 tidak lagi cukup untuk bayar minyak nak pergi sawah. abu merajuk, dia taknak tanam padi lagi. dia cakap kerja kat bandar dok rilek je pun boleh dapat rm10. dia pun pindah ke bandar. oleh sebab semakin kurang orang tanam padi, beras naik lagi - rm40. abu dah kerja kat bandar sekarang, dan sekali lagi dia terkejut bila duit dia tak cukup nak beli beras. kehidupan adalah komedi. not that funny comedy, tapi komedi hitam yang menyakitkan. (irondanwine)

viruspadu telah menaikkan hits blog ini.

romantik. apakah perkara paling romantik di dunia yang lelaki boleh buat? menurut si kacang perkara paling romantik ialah apabila lelaki mengambil tangan perempuan dan meletakkan ke janggutnya. renung-renungkan...dan selamat beramal!

roy..roy..hati kau keras

setiap pagi, ketika memandu untuk memulakan hari anda, aku cadangkan pasang lagu ini. kalau tak kena dengan mood, boleh pasang versi kristal. atau boleh try versi kaza & kristal live, yang tgh2 lagu ada dengar suara pompuan menjerit "azroy datang woi! azroy datang!" ia akan menambah semangat untuk mengharungi kehidupan seharian. selamat mencuba! ku jejak jalan yang berliku membara jiwaku memburu impian ku renang lautan gelora biarpun tersadai di hujung dunia akan ku rempuhi segala rintangan biarpun rebah ku bangun sendiri akan ku genggam biarpun hitam menjadi milikku ku mula dengan langkah ini menuju sinaran yang abadi

monday blues

spam (spām) n. Unsolicited e-mail, often of a commercial nature, sent indiscriminately to multiple mailing lists, individuals, or newsgroups; junk e-mail. bagaimana menyebut perkataan spam dengan betul? petang itu aku berbual dengan cik x (nama ditapis), mengenai spam. "sekarang orang bagi spam pun dah boleh buat duit. dulu hacker. skarang spammer." dia jawab, "yela kan banyak lelaki yang mandul" awas, pastikan anda sebut perkataan spam dengan jelas, takut orang keliru spam dengan sperm. sekian.

sibuk.

sinopsis project paper, fasa 1. what is money? dari mana datangnya duit? atas dasar apa duit itu dicetak? bila duit akan dicetak? di manakah letaknya tempat yang paling banyak duit (fizikal)? apa yang akan berlaku jika semua orang mengeluarkan duit mereka dari bank serentak? apa yang berlaku jika tidak ada orang yang apply loan, dan semua orang melangsaikan loan mereka? jika semua duit yang wujud ialah total hutang, jadi dari mana datangnya duit untuk membayar bunga? duit, adalah reason kenapa ada orang merana. dan juga reason, kau, pergi bekerja untuk membayar hutang. selamat bekerja, jangan risau, kalau bosan anda boleh baca blog.

tiga nama yang bila orang lain sebut, aku akan berdebar-debar.

ili liyana (si kacang) prof dato' dr aziuddin (supervisor project paper) samir nasri (please arsene, beli dia kalau nak menang liga)

apa yang kamu perlu buat sekarang hanyalah go with the flow.

(sila rujuk gambar di atas) the worst thing can happen to an atheist ialah apabila dia mendapat sesuatu yang amat berharga; dan tidak tahu kepada siapa mahu berterima kasih.

selamat hari jadi.

hadiah hari jadi saya pada tahun ini ialah: 1. international finance test - 11/30 2- portfolio management test - 10/30 3- floating loss in stock market - RM 1645 4- discussion for business law test - 6 jam. 5- kemeja dan bermain squasy dengan si kacang. 6- msg harijadi dari kawan2. 7 - semua pengajaran hidup (rujuk perkara di atas) berlaku pada ulangtahun saya - priceless.

i am me, once more

Image
main stock game sambil dengar suara kokokaina adalah nikmat dunia. (buat masa sekaranglah)

selamat hari isnin/////////

Image

alahai anak omak

Image
omak den dah pandai send email. siap ado attach gamba laktu. ingat nabil ingat nasik lomak mambau (baca: nak beli nasi lemak pun kena amik nombor untuk que). bil, kasi teh o ais kurang harga satu!

doktor, saya tak boleh tidur malam sebab missed the boat beli saham google.

Image
satu ketika dulu aku pernah (secara tak sengaja) subscribe sms alert celcom pasal famous quote mcm tula. sebelum aku stop subscribe tu, ada satu sms yang aku ingat sampai sekarang; jangan sesekali membuang masa memikirkan perkara yang anda benci -lao tze aku banyak buang masa la sekarang. takpela, at least aku bukan john arne riise. (aku rasa dia manusia paling down dalam dunia semalam)

we were all in love and we were all got hurt

semalam aku telah pergi tengok wayang cite congkak dengan amar. dalam cerita itu nanu telah tidur terapung. "anak aku dah hilang! bini aku dah terapung!", keluh suaminya. oh ya, kami share pop corn bersama. kepada farah (awek amar) jangan jeles. ta!

gua cilok dari forum

Lesson 1: A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings. The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbour. Before she says a word, Bob says, 'I'll give you $800 to drop that towel.' After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob, after a few seconds, Bob hands her $800 and leaves. The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs. When she gets to the bathroom, her husband asks, 'Who was that?' 'It was Bob the next door neighbour,' she replies. 'Great,' the husband says, 'did he say anything about the $800 he owes me?' Moral of the story: If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time, you may be in a position to prevent avoidable exposure. Lesson 2: A priest offered a Nun a lift. She got in and crossed her leg

company perlu maximize kan capital, bukan kedekut sampai dalam hutan pun tak nak negotiate beli arah. baru aku tau apa rasa sesat dalam hutan.

ada satu perasaan yang sangat priceless, yang pertama kali aku rasa, bila di saat kami berjalan setelah enam jam di dalam hutan yang gelap tanpa mengetahui apa yang akan muncul di hadapan, tiba tiba muncul satu cahaya samar2. harap jangan jadi macam lagu metallica; then it comes to be that the soothing light at the end of your tunnel, its just a freight train coming your way.

aku pernah mimpi arsenal vs henry. never going to happen.

aku tak faham kenapa arsenal terlalu unlucky season ni. tapi tak apa, aku rasa season ni semua mmg perform well.. aku banyak belajar control emosi bila tengok bola, terutama bila ada hard time macam ni, macamana aku taknak bagi 'down' jika arsenal kalah. malam tadi mmg aku sure semua peminat arsenal akan down gila tapi aku rasa aku dpt control la benda tu, walaupun susah, improve sikitla dari dulu. aku masih ada kawan2 yang tak pergi kerja/belajar/makan satu hari bila arsenal kalah, aku tak dpt bayang apa yang mereka buat lepas game malam tadi. oh, aku kena pergi corporate war game esok sampai weekend, yang katanya camp yang benar2 menguji pelajar mba untuk control emotion, stress, macamana nak handle 'hard time', negotiate dan team building. how to face the real business world. 4 hari tidur dalam hutan beb. aku kesian tgk classmate aku yang mak budak, family yg kat kelantan, yg baru kawin dll. aku yang bujang pun malas nak pergi. "akak bawakla anak2 akak dalam be

narrator : this, is freedom. losing all hope is freedom.

ungkapan "aku akan pastikan aku beli rumah dulu, baru aku melamar kau." semakin menimbulkan uncertainty. uncertainty is worse than risk. mari doa NOVAMSC naik 12 sen dan IDAMAN naik 17 sen. kpd syafiq abas, kalau benda ini berlaku, dan arsenal masuk semi, aku belanja kau nasik goreng napoleon kat murni. ta!

tiada kata yang tak klise, hingga habis bahasa bermutu. (azam baru kali ke- 8 : blogging dengan aktif)

siti, pembantu rumah dari seberang yang lebih mesra dipanggil bibik, berkata sesuatu kepada aku. "kamu kelihatan semakin gendut" aku terasa sangat down, aku mencapai pisau yang terletak tidak jauh dari situ, dan aku tikam perutnya. beliau mati begitu saja.

pagi.

implikasi daripada political scene di Malaysia haritu, kita dapat tengok klci jatuh menjunam macam kita pulas kepala paip habis-habis pastu tak tutup2. pukul 2.58 bursa tutup sekejap, for the first time dalam sejarah sebab market dah down cecah 10% dalam masa beberapa jam. bila bukak balik market rebound sampai semalam, tapi still tak kuat sangat. winners: long term investor. start invest. buy low sell high. warren buffet kata start early. kalau anda start saving rm100 sebulan pada umur 25, dengan compunded interest 12% setahun, anda ada rm979,307 pada umur 65. lu orang pikir la sendiri (nabil la pulak)

berita hari ini.

hari ini ada 8 orang imam di kelantan kantoi time nak pergi cashkan cheque. dan siti nurhaliza. ta!

ahmad

aku ada sebuah pendrive. size nya 1gb. pendrive ini aku beli masa belajar di ukm dulu, aku tak ingat berapa ringgit. pendrive ini aku letak sekali dengan key chain kunci kereta aku. pada sabtu yang lepas, aku pergi menonton arsenal di UIA gombak. UIA banyak orang arab. baru aku tau orang arab ramai sokong arsenal. setelah game tamat, aku telah tercicir kunci kereta. aku menjadi sangat takut, sebab spare pun mmg dah tak ada. keesokan harinya seorang mat arab telah menelefon aku dan memulangkan kunci kereta itu. ahmad namanya. aku menjadi sangat gembira, rupanya dalam pendrive tu ada resume aku. selepas berbual-bual, ahmad sempat mintak sebatang rokok. aku cakap aku tak ada, aku bagi dia sepuluh ringgit. TAMAT.

hi blog, apa khabar.

aku baru sedar bila kelas aku tak ada, semua benda bergerak dengan perlahan. kerja, hal2 lain pun turut jadi perlahan. bila perlahan aku ada banyak masa untuk internet. internet jadi sangat bosan bila ia digunakan dengan lama, jadi update blog mungkin dapat mengurangkan bosan itu. jadi mba boleh dikategorikan sebagai entiti yang me'laju'kan hidup aku. faham? dulu masa aku darjah satu, aku ada kawan kat sekolah agama. nama dia uzair. bila sembahyang asar berjemaah, aku selalu sembahyang sebelah dia. bila lepas iktidal, semua orang sujud, aku dengan dia akan stay berdiri dan tengok semua orang sujud. lepastu aku dengan dia akan cakap "banyaknya bontot!" uzair, mana kau?

float like butterfly. sting like bee.

Image
orang ini telah membuat aku duduk depan tv 4 jam semalam.

stand up, if u hate tottenham

mari berbaik-baik

video terbaik abad ini. layannn...