ahmad

aku ada sebuah pendrive.

size nya 1gb.

pendrive ini aku beli masa belajar di ukm dulu, aku tak ingat berapa ringgit.

pendrive ini aku letak sekali dengan key chain kunci kereta aku.

pada sabtu yang lepas, aku pergi menonton arsenal di UIA gombak.

UIA banyak orang arab.

baru aku tau orang arab ramai sokong arsenal.

setelah game tamat, aku telah tercicir kunci kereta.

aku menjadi sangat takut, sebab spare pun mmg dah tak ada.

keesokan harinya seorang mat arab telah menelefon aku dan memulangkan kunci kereta itu. ahmad namanya.

aku menjadi sangat gembira, rupanya dalam pendrive tu ada resume aku.

selepas berbual-bual, ahmad sempat mintak sebatang rokok.

aku cakap aku tak ada, aku bagi dia sepuluh ringgit.

TAMAT.

Comments

Chika Chika said…
cuba tambahkan isu moral pada perenggan akhir iaitu : simpan resume dlm pendrive dan jgn sesekali delete. untung2 dapat kerja sekali.
Amar B. said…
kau gemok dan pelupa.

tanda-tanda tua.
Khalisa Ridzuan said…
cool cool.aku sokong kata2 chikadior

Popular posts from this blog

17 Tahun

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat